Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

29.4.12

Jangan Serius Sangat


Akhirnya blog ni dah jadi blog review filem semata-mata. Sesuatu yang aku amat cuba elakkan di awal usia dulu; menggunakan hanya satu genre sebagai idea penulisan. Sebab itu diadunkan dengan isu-isu semasa, politik, sukan dan sebagainya awalnya dulu.

Namun kini nyata tak ada isu-isu yang lebih menarik pemikiranku untuk deterokai dan dikupas lanjut melainkan industri perfileman yang makin berkembang tapi susah nak keluar dari kepompong yang lama. Bagi aku setiap filem tempatan adalah layak ditonton selagi ia masih mengekalkan polisi sebuah naskah seni. Untuk kepuasan berkarya dan mengongsi kepuasannya dengan masyarakat umum (suka hati aku je buat polisi sendiri). Jika nawaitunya sudah menyimpang, maka boleh dikatakan tidak layak lagi untuk ditonton.

Berbalik kepada persoalan akar, isu-isu yang boleh dikupas melainkan review filem bertaraf tadika yang aku coretkan, isu-isu lain tidak lagi mendatangkan minat untuk aku mula menaip.

Sebagai contoh; politik. Tak dapat disangkal, politic is one of my passion. Walaupun tak terlibat secara langsung dan tak pernah membuat bacaan/kajian mendalam mengenai dunia politik, tapi aku amat berminat dalam perkembangan politik semasa. Aku dibesarkan dengan politik, dengan latar belakang keluarga yang amat aktif dalam politik. Jadi aku mewarisi aliran darah yang sama, walaupun mungkin warnanya bebeza.

Bagi aku, politik adalah satu perkara yang amat subjektif, sukar untuk dinilai dan ditimbang. Pasti ada pro dan kontranya. Kalaulah kita betul-betul arif dalam bidang politik, kita akan nampak lebih bijak jika berbahas mengenai perkara-perkara seperti ideologi, pendirian, polisi dan seangkatan dengannya. Jika kita berbahas lebih kepada perkara-perkara yang melibatkan emosi, perkauman, moral, dendam, peribadi dan seumpanya, aku berfikiran lebih baik kita berdiam diri daripada dilihat kurang bijak.

Politik melibatkan pendirian. Yang pertama, kita harus menghormati pendirian orang lain waluapun kita 100% yakin pendiriannya salah, dan kita betul. Tidak sesekali harus timbul ungkapan "kau salah, aku betul". Apa yang lebih relevan ialah membuktikan pendirian di pihak yang kita sokong lebih baik daripada pihak bertentangan, dan juga membuktikan kelemahan-kelemahan yang ada pada pihak bertentangan untuk menunjukkan pihak kita lebih baik. Jika mereka setuju, mungkin mereka akan menyertai kita. Jika tidak, mungkin mereka ada sebab yang lebih kukuh untuk tetap teguh dengan pendirian mereka. Tidak perlu lah kita menyalak ke sana sini cakap siapa betul siapa salah, siapa menang siapa kalah. Kerana pasti ia akan lebih menjengkelkan.

Bercakap tentang sukan pula, lebih membosankan. Jangan salah faham, sukan tidak pernah membosankan, tapi isu-isunya adalah isu lapuk untuk diperkatakan. Harimau Malaya, menang, kalah, ranking, juara, Sukan Sea, Piala Suzuki, friendly, ranking lagi, dan sebagainya. Perkara yang sama berulang-ulang sehingga tiada apa yang boleh diulaskan lagi. Tiada perkembangan lain.

Untuk mencoret mengenai manusia dan alam pula, aku sudah tidak punya banyak masa untuk memerhatikan alam dan meneliti ragam manusia untuk dijadikan bahan tulisan. Malah aku pun sudah tidak punya masa untuk diri sendiri.

Sudah lama aku tak menulis panjang sebegini, akhirnya terzahir juga yang tersimpan di hati. Sudah kehabisan tenaga untuk terus menaip. Maafkan tersilap kata, tersalah info, ter-typo error.

Sekian.

6.12.10

Masih Wujudkah Blog Ini?


Disebabkan seseorang, aku telah membaca balik semua carutan-carutan lama aku dalam blog picisan ini. Memang sungguh lama aku tak mencarut/mengarut dalam blog ni. Semangat mentos ku hanya lah semangat seketika, seperti nikmat mentos ketika melarut dalam mulut, hanya seketika.

Aku mohon jutaan maaf kepada semua follower(s) yang sentiasa menanti-nanti update terbaru dari blog ini. Aku faham perasaan kalian yang asyik menekan butang refresh berkali-kali namun hampa kerana masih tiada sebarang perubahan selama berbulan-bulan.

Aku masih di sini, tak ke mana-mana, jangan risau semua. Alhamdulillah aku masih bernafas, masih sihat, mampu bergerak bebas, dan mampu menaip seperti biasa, tiada apa yang luar biasa. Aku cuma sedikit malas, seperti biasa. Sedikit ke? Banyak mungkin.

OK, ramai orang tulis blog untuk update dan bagitau orang lain pasal kehidupan diorang. Apa yang diorang buat, masak apa, beli apa, makan kat mana, susun apa, nyanyi lagu apa, dan macam-macam lagi lah. Ada juga yang gunakan sebagai medium menunjukkan bakat masing-masing macam berpuisi, photography, tulis cerpen, dan banyak lagi.

Tapi konsep aku lain sikit, bagi aku blog aku ni tempat aku nak zahirkan pemikiran-pemikiran yang berlegar-legar dalam benak fikiran aku yang agak sempit ini. Jadi satu hari nanti aku boleh belek-belek apa yang aku tulis dulu dan dapat gambaran bagaimana cara aku berfikir suatu ketika dulu.

Dan itulah yang aku buat baru-baru ni, jarang ada orang baca blog sendiri dari awal rasanya.hehe. Dan apa yang aku sedar dari pembacaan aku tu, menggambarkan aku banyak berfikir tentang perkara-perkara yang remeh. Erm, serius. Perkara yang remeh bila dipikirkan lalu ia menjadi rumit, kemudian aku tulis. Erm, pelik bunyinya.

Jadi selama beberapa bulan aku tak menulis aku anggap aku tak banyak berfikir tentang perkara-perkara remeh. Maknanya aku banyak memikirkan perkara-perkara rumit. Perkara yang rumit bila dipikirkan jadi apa pula? Aku masih memikirkannya...

30.12.09

2009 - Tahun yang penuh serius.

Tahun 2009 dirasakan terlalu panjang berjalan, sampaikan aku terasa macam benda yang berlaku tahun ni macam berlaku tahun lepas. Padahal semuanya berlaku dalam tahun 2009, tahun yang amat panjang dan sarat dengan isu dan perkara yang padat.

Namun tahun ini jugak aku amat kurang menulis disebabkan kemalasan yang amat sangat disertakan dengan semangat tahi-tahi ayam semulajadi manusia. Memasuki tahun 2009 jugak penulisan aku menjadi semakin serius dengan bahasa dan ayat yang besimpul-simpul serta meleret-leret seperti sekarang. Sekali gus membelakangi nama blog Jangan Serius Sangat yang diperjuangkan selama ni.

OK bolehlah kita mulakan rangkuman tahun 2009 dari perspektif Jangan Serius Sangat menjelang tahun 2010 yang bakal tiba tak lama lagi.

2009 memberikan kita pelbagai kenangan dan peristiwa suka duka sampai aku tak tau nak start dari mana dulu ni.huhu. Baiklah, aku cuba sedaya upaya.

Selepas saja mengucapkan selamat tahun baru 2009 pada awal Januari lalu perkara pertama yang ditulis adalah mengenai bola sepak Malaysia. Mari kita mulakan dengan Harimau Malaya 2009.

Pasukan harapan segenap warga Malaysia yang juga menggunakan jolokan Harimau Malaya memulakan tahun 2009 dengan menghampakan, seperti biasa. Di bawah kendalian B. Sathianathan langkah longlai skuad bola sepak negara disambut dengan penuh cemuhan dan krikitan hebat semua pihak.

Akhirnya dengan mengeluarkan ungkapan "M League is not football" sebagai alasan kepada kemerosotan bola sepak negara, B. Sathianathan seperti dijangka dipecat daripada jawatannya dan digantikan oleh seorang lagi jurulatih tempatan, K. Rjagobal yang rambutnya sampai ke dahi seolah-olah memakai rambut palsu (tak penting).

Setelah K. Rajagobal mengambil alih, tak banyak yang aku tau dan ingat sepanjang skuad di bawah kendalian beliau.
Sehingga la pada pertengahan Julai, berpuluh ribu yang hadir di Stadium Bukit Jalil kononnya nak tengok kehebatan Manchester United dikejutkan dengan persembahan memberangsangkan skuad Harimau Malaya yang hampir-hampir memalukan Man. Utd. yang berkesudahan dengan gol Micheal Owen menyelamatkan Man. Utd dengan kemenangan tipis 3-2.
Dan akhirnya skuad Harimau Malaya yang dibarisi pemain bawah 23 kebangsaan berjaya menutup mulut pengkritik dengan membawa pulang pingat emas Sukan Sea dari bumi Laos dan mengakhiri kemarau 20 tahun negara dalam Sukan Sea. Satu kejayaan yang amat manis buat semua rakyat Malaysia, sudah sekian lama kita tak merasai kejayaan sebegini. Walaupun mungkin hanya seketika, kita harus meraikannnya.

Dengan itu skuad bola sepak kebangsaan akhirnya berjaya menamatkan kalendar 2009 dengan penuh gemilang walaupun bermula dengan hambar. Pingat emas di Laos dikatakan sebagai titik tolak peningkatan bola sepak tanah air. Aku berharap begitu lah, sangat berharap. Kalau cakap pasal bola ni, sampai bila pun tak abis.

Baik, terlalu panjang pasal bola. Kita berpindah ke agenda seterusnya.

* * * * *


Najib Razak dilantik ke jawatan tertinggi negara menggantikan Abdullah Ahmad Badawi pada April dan terus memperkenalkan gagasan 1Malaysia yang terus terusan dipromosikan ke seluruh negara hingga kini.





Dalam tahun yang sama juga, cuma lebih awal sedikit, Barack Obama diangkat sebagai Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat yang dijangka membawa banyak perubahan dalam dasar pemerintahan Amerika. Namun semuanya tampak sama saja hingga ke hari ini. Beliau dikhabarkan akan memperkenalkan gagasan 1Amerika tidak lama lagi.




* * * * * *

Sedikit perkembangan hiburan.


Band Meet Uncle Hussain yang menggegarkan idustri seni tanah air dengan menjuarai Juara Lagu TV3 dan Hits 1 RTM pada permulaan tahun mengalami pelbagai krisis sebelum mengumumkan dengan rasmi pengunduran vokalis utama mereka, Norazlan Roslee (kalau tak silap) atau Lan yang memilih untuk bergerak dengan band barunya, Azlan and The Typewriter.


Dan masa Rock The World 9 tempoh hari, disebabkan aku tak pergi (pergi tapi tak masuk) maka aku tak dapat tahu Meet Uncle Hussain menggunakan siapa sebagai vokalis mereka, tapi dapat dikenal pasti sebagai Black Mentor dan seorang lagi yang tak dikenali. Sesiapa yang tahu tolong hubungi saya ya.

* * * * *


Influenza A H1N1 yang lebih mudah disebut selesema babi juga tambah memeriahkan tahun 2009.

Wabak yg merebak dengan cepat di seluruh dunia ini menyebabkan suasana panik di beberapa buah negara termasuk Malaysia sendiri. Beberapa institusi pengajian terpaksa ditutup bagi mengelakkan menyebaran virus babi ini.

Namun apa yang menarik, dalam ramai yang sedar atau tidak, virus ni mulai redha ketika memasuki bulan Ramadhan dan hampir tiada jangkitan baru dalam bulan Ramadhan hingga ke Syawal. Besarnya kuasa tuhan.

* * * * *



Bumbung Stadium Sultan Mizan di Terengganu runtuh dalam masa setahun setelah siap dibina, manakala dalam pada yang sama, Jaya Supermarket di Petaling Jaya yang dalam proses perobohan, roboh secara tidak dijadualkan dan mengorbankan nyawa.

Kedua-dua kes roboh ini menjadi topik hangat di dalam dan juga di luar negara hingga ke Korea. Kita tunggu apa pulak nak roboh lepas ni.


* * * * *


Beliau boleh digelar sebagai lagenda filem Melayu. Filemnya amat unik dan tak mungkin dapat dibikin oleh orang lain dalam dunia ini filem menyerupai filem beliau.

Bakatnya hanya dapat kita nikmati hanya sebentar. Mungkin banyak lagi yang ingin beliau luahkan dalam karya beliau, namun hanya sampai sini dibenarkan yang esa.

Kita doakan kebahagiaannya di sana.
Al-fatihah untuk Allahyarhamah Yasmin Ahmad.



* * * * *


Nama Kartika Sari Dewi juga adalah di antara nama-nama yang paling popular menjadi sebutan dan tulisan di dalam blog tahun ini di samping nama-nama lain seperti Manohara Odelia Pinot, Altantuya Shaariibuu, Elizabeth Wong, dan semestinya Rosmah Mansor.

Kartika Sari Dewi yang juga seorang bekas model sambilan dan ibu kepada beberapa orang anak berjaya meletakkan nama dan wajahnya di muka depan akhbar-akhbar tempatan dalam masa lebih kurang satu minggu.

Mengenai kesnya, kite semua pun dah sedia maklum dan tidak perlu diulas lanjut.

(Gambar tidak diperlukan bagi bahagian ini.)


* * * * *

Masuk politik sikit. Tahun 2009 juga digelarkan tahun pilihanraya kecil. Banyak pilihanraya kecil kita tengok tahun ni. Siapa yang menang? Semua kita dah tau.

Cumanya ada orang cakap pilihanraya kecil ni membazir, tak payah buat pun tak apa. Tapi kalau tak buat siapa nak jadi wakil rakyat? Siapa nak bela nasib rakyat? (kalau bela la)

Jadi kena buat jugak la pilihanraya kecil. Sekurang-kurangnya kita tau ke mana pergi wang rakyat daripada hilang ke tempat-tempat yang kita tak tau.

Ok, sikit saja.

* * * * *

Rasanya itu saja lah yang telah dirangkumkan dalam blog ini sepanjang tahun 2009 (alasan penat menulis dan berfikir).

Diharapkan tahun 2010 datang dengan penuh hikmah dan keberkatan.

Aku memang dah tak ada modal nak mencarut apa lagi ni.

Sekian.

16.9.09

16 September

Satuuu............MALAYSIA!


26.8.09

Pematang Pasir

KEPUTUSAN PENUH

Barisan Nasional (UMNO) - 5,067 ( 5,571 )

Pakatan Rakyat (PAS) - 9,618 ( 11,004 )

Majoriti - 4,551 ( 5,433 )

Peratusan mengundi- 73.1% ( 82.6% )

*dalam kurungan adalah keputusan PRU Mac 2008

ANALISIS KASAR

Semua sudah sedia maklum bahawa PAS memenangi kerusi DUN Permatang Pasir dalam pilihanraya kecil ini.

Akan tetapi PAS telah kehilangan 1,386 undi berbanding pilihanraya sebelumnya.

Jadi, bolehlah dikatakan UMNO berjaya dalam pilihanraya ini seperti yang berlaku di DUN Manek Urai sebelum ini?

Namun tak semudah itu apabila UMNO turut kehilangan 504 undi.

Jadi, tiadalah pemenang dalam pilihanraya kali ini, hanya pengalah.

Persoalannya, kemana hilangnya undi-undi PAS dan UMNO ini? Sedangkan calon bebas tak bertanding kali ini.

Mungkin ada yang dah pergi, meninggalkan dunia selamanya (innalillah) .
Namun mungkin sedikit saja.

Atau mungkin ada tak dapat cuti balik kampung, berkerja nun jauh di bandar lain.

Namun mungkin sebilangan saja.

Atau mungkin ada yang penat berpuasa, tak berdaya ke pusat-pusat mengundi.
Namun mungkin segelintir saja.

Atau mungkin ada yang sibuk, tak berkesempatan turun mengundi.
Namun mungkin tak ramai yang sibuk.

Atau mungkin ada yang sudah bosan?
Dan mungkin merekalah yang ramai.

Lalu hilanglah undi seperti daun-daun kering berterbangan ditiup angin.

Seperti pahala bersahur yang semakin menipis menjelang waktu berbuka.

3.6.09

Tiada Isu




Jaya Supermarket Sect. 14 Petaling Jaya


Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Gong Badak

***

Selepas peristiwa runtuhan di Bukit Antarabangsa tak lama dulu, ini lah isu seterusnya yang membawa jurutera-jurutera terhebat Malaysia sekalian untuk beragenda sesama sendiri sekali lagi.

Yang menariknya kali ia datang dua dalam satu, dua-dua kes roboh, tapi dua situasi berlainan.

Satunya bangunan yang memang sedia nak dirobohkan, cuma pelan perobohan yang dikatakan tak betul. Aku tak pasti sama engineer terlibat ke tak dalam projek perobohan, sebab belum belajar, baru belajar construct, roboh belum lagi.

Manakala satu lagi sememangnya belum sedia nak dirobohkan sebab baru berusia setahun jagung. T-Team pun tak puas lagi main kat stadium tu, namun apakan daya terkubur di tengah jalan. Tapi padang takde effect kot, still boleh main lg. Ayuh!

Di samping itu, seperti biasa ahli-ahli politik jugak takkan terlepas pandang isu-isu seumpama ini. Kalau engineer borak senyap-senyap cari solution dalam bilik air-cond, tapi mereka borak mesti masuk paper, masuk tv.

Ini salah siapa? Tak ada kod rasmi roboh bangunan. Engineer Korea lepas tangan, lari balik Korea tak datang pantau stadium. PBT lepas tangan. JKR corrupt. Sana corrupt. Sini corrupt. Pengondolan bukit (takde kot dalam kes ni). Kerajaan Terengganu bergolak. Ops, tak berkaitan.

Jadi inilah yang akan kita dengar dalam masa terdekat ni sebelum ia senyap begitu saja. Kemudian timbul balik isu yang sama bila ada kes lain yang terjadi.

So, got issue?

4.4.09

3 APRIL

Justify Full
Tanggal 3 April 2009 mencatat satu sejarah baru dalam lipatan sejarah Malaysia apabila Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 telah mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertuan Agung.

Seperti yang dijanjikan oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun) pada tahun lepas, peralihan kuasa kepada Dato' Seri Najib Razak berlaku seperti yang dirancang walaupun ini bukanlah rancangan awal beliau yang terpaksa diubah akibat desakan akar umbi katanya (lebih tepat Tan Sri Muhyidin Yasin sebenarnya).

Dengan jasa beliau itu, Tan Sri Muhyidin Yasin bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri tidak lama lagi.

Tambahan lagi beliau telah berjaya memenangi kerusi Timbalan Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini yang mana berjaya mengetepikan Tan Sri Muhammad Mohd Taib sekali gus memberi gambaran bahawa Tan Sri Muhammad juga akan diketepikan dari senarai kabinet baru yang bakal diumumkan kelak, bermakna beliau akan kehilangan jawatan yang disandangnya sekarang iaitu sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Perdana Menteri Malaysia yang baru juga diramal akan berjaya memimpin negara ke arah yang lebih cemerlang, gemilang, dan terbilang di samping beliau merupakan seorang pemimpin yang disayangi dan disanjungi rakyat.

Dengan pelantikan Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 ini, Barisan Nasional dijangka akan berjaya menyapu bersih ketiga-tiga pilihanraya kecil di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Air yang akan berlangsung serentak pada 7 April ini.

Selain itu, penganalisis politik juga berpendapat bahawa Barisan Nasional juga akan berjaya merampas kembali 4 negeri yang jatuh ke tangan pembangkang serta berjaya menakluk kembali Kelantan pada pilihanraya umum yang akan datang.

Keyakinan ini timbul disebabkan oleh personaliti Dato' Seri Najb Razak (bakal Tun) yang amat desenangi dan disegani rakyat tidak kira dari pihak penyokong kerajaan mahupun pembangkang.

Hal ini dapat dilihat apabila beliau mengumumkan pembebasan 18 orang tahanan ISA serta memansuhkan larangan pengeluaran 2 akhbar milik pembangkang pada malam pertama beliau sebagai Perdana Menteri.

Selamat bertugas Mr Prime Minister!

***

harap2 akhbar utusan malaysia akan terima aku bekerja dengan artikel yang amat menyayat hati ni, yang mana wartawan diorang pun tak sanggup tulis artikel macam ni, mesti diorang tak sanggup menahan ketawa.hahaha

13.2.09

Elections

Dua pilihanraya serentak.
Penamaan calon 29 Mac.
Aku igt 29 Febuari.
Aku ingat SPR buat lawak tahun lompat.
Sempena pesta lompat-melompat di Perak.
Tapi 29 Mac tu pun dah kira buat lawak gak.
Mengundi dijadualkan 7 April.
Kalau ada pertandinganlah.
Macam kata pengerusi baru SPR tadi.
Pemilihan UMNO bulan Mac.
Maknanya pilihanraya lepas pemilihan.
Jadi apa maknanya?
Kenapa tak buat sebelumnya?
Atau serentak?
Lagi bagus.
Ntah la.
Bosan.

25.1.09

En. Husin


Hari ini genap 5 hari Barack Hussein Obama menerima panggilan 'Mr President' di Amerika Syarikat.

Hari ini juga genap seminggu Meet Uncle Hussain merangkul Anugerah Juara Lagu yang ke-23.

Rupanya Pak Cik Hussein dah jadi presiden kat Amerika, susah la mereka nak jumpa lepas ni.

Tahniah MUH, anda berjaya memukau audiens pada malam itu, sebagai mana Barack Hussein Obama memukau rakyat amerika.

Dulu, aku pernah tulis dalam blog ni marahkan seorang wartawan hiburan yang salah tulis nama vokalis MUH sebagai Noh. Marah betul aku sampai aku tulis dalam blog. Baca ni, kalau tak percaya.

Aku marah punya pasal dorang leh menang AJL. Aku memang boleh jadi penilik nasib la, tak pun peramal masa depan, atau penganalisis politik. Karut la.

Akhir kata, tahniah kepada Meet Uncle Hussain.


Dan kepada Uncle Hussein juga.


12.12.08

Gambar Promosi


Gambar-gambar dari galeri Berita Harian


Promosi Ski-Doo oleh Pak Lah.
"Boleh willy tak ni?" kata Pak Lah berseloroh. (aku reka)

Promosi Kampung Boy Dato' Lat.
Aku cukup mengagumi beliau.
Menganggapnya sebagai seorang genius, tiada galang ganti.


Promosi kawin Mawi.
Ikut suka korang lah, jangan sampai cerai berai sudah.


Promosi hari jadi.
Erm..no comment.


Promosi diri?
Atau promosi undi?
Erm..no comment lagi.


Langit pun tersenyum.
Gambar yang sungguh indah.

Barangkali


Dalam tren KTM.
Perjalanan dari Stesen Tasik Selatan ke Seremban.

Aku tertarik dengan seorang pemuda yang sedang terkumat-kamit menyanyikan rangkap lagu mengikut muzik yang dinikmatinya melalui earphone yang disumbat ke dua-dua belah telinganya. Sungguh enjoy dia, sehingga kekadang terasa terlalu kuat pulak dia melafazkan bait-bait lagu tu. Nyanyi dalam hati dah la, beberapa kali aku menoleh ke arahnya yang duduk tak jauh dariku.

Setelah beberapa stesen baru aku perasan ada beg galas mamat tu disebelahnya. Ketika itu dia masih rancak berbisik mengikut irama lagu apa ntah, aku tak dapat tangkap. Beg galas hitam dengan dua pin besar dilekatkan di depan beg tu. Satu bertulis; NIKAH, connecting people. Dah banyak jugak pin macam tu yang aku pernah tengok. Dan satu lagi berimej bendera Parti Keadilan Rakyat. Aku tersenyum sendirian.

Aku menengok lagi jauh ke bawah, kalau-kalau ada pin lain. Tapi lain pulak yang aku jumpa. Kat bahagian poket kecil depan beg tu terdapat sulaman Kementerian Pembangunan Wanita dan Luar Bandar beserta lambangnya sekali yang seakan-akan matahari atau mata, entah lah.

Aik, aku kaget. Itu bukan ke bekas kementerian bawah teraju Shahrizat Jalil, yang sekarang dah diambil alih oleh nyonya Singapore. Aku pandang ke wajah mamat tu, dia masih asyik sambil terangguk-anguk mengikut rentak muzik atau mengikut henjutan tren tu barangkali.

Macam mana ni. Pakai beg kementerian wanita, tapi ada pin keADILan rakyat. Lantas aku teringat kepada datuk sedara ku dari Keratong. Katanya beliau adil, bagi undi untuk dua-dua pihak. Undi parti lain untuk kerusi DUN, dan undi parti lain untuk kerusi Parlimen. Dua-dua dapat undi, adil kan. Mungkin mamat ni sama pemikiran dengan tokde ku.

Erm... Barangkali..

22.11.08

I Don't Know


As I said before:


Politik sentiasa menjanjikan sesuatu yang menarik!

Rafidah Aziz vs Shahrizat Jalil.

Menarik bukan?

Pada suatu ketika aku memuji keingkaran Shahrizat untuk mencabar jawatan mentornya sendiri. Dan pada masa yang lain, dalam keadaan yang mana dijangkakan Rafidah akan berundur, aku juga tertarik dengan keangkuhan Rafidah menyahut cabaran menteenya sendiri. Walaupun mungkin kebarangkalian untuk menang adalah tipis, atau mungkin sebaliknya.

Siapa tahu, politik sentiasa menjanjikan sesuatu yang menarik.

I don't know.

10.11.08

Update


Update terbaru dari saya:

***

Sedang mengharungi minggu yang sukar, memenatkan, memeningkan kepala, melenguhkan sendi dan otot, meletihkan otak, membuntukan minda, dan lain-lain yang sama erti dengannya.

Namun tetap kulalui juga dengan tabah hati dan tenang sehingga ada yang mula syakwasangka dengan ketenangan ku. Jangan disangka air tenang tiada buaya, sebab buaya memang tak lepak kat area air deras.

Tertarik dengan cerita gossip terbaru rumahtangga kian bergolak Norman-Abby. Aku menaip 'norman+abby' di carian YouTube, cuba mencari video terbaru mereka, mana tau ada adengan tampar-menampar ke, seronok jugak dilihat. Lagi-lagi Abby kelihatan bertambah comel walaupun sedang bersedih dalam mengandungkan baby. Tapi malangnya banyak video yang kujumpa mengenai dua ekor anak ajing yang sedang bermain-main di halaman rumah dan anjing-anjing itu bernama Norman and Abby. Erm, tafsirkanlah sendiri. Atau kata Nabil, lu pikir la sendiri.

Pertandingan '3M' merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO turut menarik perhatianku. Muhyidin Yasin akan dicabar. Erm, menarik bunyinya. Politik sentiasa menjanjikan sesuatu yang menarik walaupun sesetengah orang dah mula menyampah dengan politik, namun aku tetap setia. Darah politik mengalir dalam tubuhku. Hahaha. Agak over bunyinya.

Dan akhir sekali sedang menunggu kemunculan Antoo Fighter di pawagam berhampiran. Jika ada kesempatan akan ku pergi menontonnya. Akan ku tulis di dalam diari ku sebagai filem-wajib-tonton (walaupun aku tak ada diari).

***

Jadi itu sajalah rasanya update dari saya untuk kali ini. Walaupun tak ada orang yang nak tahu, saya tetap lampirkan juga di sini.

Terima kasih.

14.10.08

R.A.H.M.A.N


Mencari pengasas 'teori Rahman'
Jimadie Shah Othman | Oct 13, 08 9:40pm

Rancangan penyerahan kuasa Umno kepada Datuk Seri Najib Razak akan melengkapkan "teori Rahman" yang dianggap satu kaedah menjelaskan usaha mencari bakal perdana menteri Malaysia.

Sekurang-kurangnya sejak 20 tahun lalu, tokoh atasan Umno termasuk mereka yang berusaha mencapainya berharap keberkatan teori ini membawa tuah kepadanya atau pemimpin pilihan mereka.

Suatu waktu dahulu penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap A pada "teori" yang diambil pada nama perdana menteri pertama itu Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj melengkapkan sebahagian misteri peralihan pucuk pimpinan negara.

Bagaimanapun, sehingga kini, masih tidak jelas sejak bila teori ini mula-mula dikemukakan dan siapakah yang memperkenalkannya sehingga berjaya menangkap khayalan peminat tegar politik negara ini.

Malaysiakini menghubungi tiga penulis politik Melayu berpengalaman dan tersohor untuk mencungkil asal-usul mitos moden ini – mungkin boleh dianggap satu-satunya "teori" yang paling tepat untuk menjadi nujum politik Melayu, setidak-tidaknya untuk melihat siapa pemimpin nombor satu Umno.

Pengamat-pengamat politik itu bagaimanapun semuanya tidak dapat mengesan tarikh tepat ia mula diperkenalkan tetapi umumnya bersetuju ia muncul pada zaman 1980-an, awal pentadbiran perdana menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad.

Namun mereka sepakat hanya satu nama dalam urutan teori itu, yang asalnya diramal jatuh kepada Anwar, tidak menjadi kenyataan.

Ketua pengarang mingguan Siasah, Mohd Sayuti Omar percaya teori Rahman mula-mula dikemukakan oleh penulis politik Ikhwan Nasir dalam tabloid Mingguan Tanah Air pada pertengahan dekad itu.

"Boleh jadi juga beliau (Ikhwan) yang memulakannya. Beliau memang suka menggunakan akronim seperti 'jubir' bagi jurubicara rakyat dan 'kadun' bagi Kawasan Dewan Undangan Negeri," katanya, yang pernah menulis untuk tabloid itu.

Ikhwan, juga bekas ahli parlimen Pontian dan juga bekas setiausaha politik Tun Musa Hitam, pemilik akhbar politik yang diterbitkan oleh syarikatnya SIR Sdn Bhd.

Teori itu, menurut Mohd Sayuti yang mengenali secara peribadi Ikhwan, sangat berpengaruh pada waktu itu sehingga ada tokoh politik terkenal mempercayainya.

"(Bekas menteri besar Kedah) Tan Sri Sanusi Junid pernah memberitahu saya, nama beliau sebenarnya bermula dengan Mohamad," katanya merujuk kepada huruf M pada nama Rahman.

Terdapat juga buku politik karya Abd Bashid Harun mengupas teori itu pada pertengahan 1990-an, jelas Mohd Sayuti.

Melalui blognya, Abd Bashid mendakwa beliau pertama kali menulis tentang "teori Rahman" di Mingguan Tanah Air sewaktu Umno sedang bergolak antara kumpulan pro-Tengku Razaleigh Hamzah bersama Musa melawan DR Mahathir menjelang pemilihan parti itu 24 April 1987.

"Dalam kesibukan berkempen dan melobi dalam perhimpunan agung Umno itu timbullah suara-suara di kalangan perwakilan bahawa baik Tengku Razaleigh ataupun Musa, mereka tidak akan menjadi perdana menteri.

"(Tanggapan) ini semacam satu takdir yang ditetapkan untuk mereka berdua. Sebahagiannya pula menganggap pertandingan melawan Dr Mahathir itu sia-sia sahaja.

"Alasan mereka ialah nama Razaleigh dan Musa tidak termasuk dalam susunan nama Rahman itu.

"Maka bermula dari situlah bermulanya teori Rahman," tulisnya pada 10 Oktober lalu, dua hari selepas presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan untuk bersara pada Mac tahun depan.

Menurut Abd Bashid - seorang guru di Simpang, Taiping - tulisannya menghuraikan secara terperinci maksud "teori Rahman", termasuk "mengupas agak mendalam tentang kedudukan Abdullah dan Anwar sebagai bakal perdana menteri."

Artikelnya itu, kata Abd Bashid, kemudian diulas oleh lidah pengarang akhbar tersebut yang memetiknya sebagai "penulis dari Semanggol (Perak)" memaklumkan bahawa "hanya ada seorang sahaja dari Pulau Pinang yang akan berjaya menjadi perdana menteri. Orang itu ialah Pak Lah."

Penulis kolum veteran Subky Latiff pula berkata, teori itu mula-mula dikemukakan oleh ahli parlimen Kepala Batas sebelum Abdullah, Saupi Ibrahim.

"Seingat saya, Saupi yang mula-mula tulis. Lebih kurang 20 tahun dulu," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Tulisan yang dihasilkan oleh bekas duta itu dalam umur persaraannya, kata pemimpin PAS dan penulis kolum Harakah itu, diterbitkan di sebuah akhbar harian dengan gaya popular.

Ditanya kenapa idea itu mendapat perhatian rakyat Malaysia, beliau berkata: "Ia menarik. Sedap (dijadikan) hujah."

Sementara penulis buku-buku politik terkenal Syed Hussein Alattas mendakwa teori ini muncul pada awal 1990-an.

Beliau bagaimanapun tidak pasti siapakah yang memulakannya.

Menurutnya, teori itu rancak diperkatakan pada 1990-an apabila Anwar, yang timbalan perdana menteri, dijangkakan menjadi menggantikan Dr Mahathir.

"Tetapi akhirnya A itu untuk Abdullah," katanya.

Ketiga-tiga mereka percaya teori Rahman "terjadi secara kebetulan" sahaja dan tiada asas ketekalan untuk diyakini bulat-bulat.

Namun ia berjaya mempengaruhi orang Melayu termasuk pemimpin politik yang "kuat percaya kepada mitos," kata Mohd Sayuti.

"Ia memberikan kesan psikologi, mempengaruhi 20-30 peratus perkembangan politik negara. Kalau selalu diulang-ulang, jadi (kenyataan).

"Tetapi kita tidak boleh percaya seratus peratus."

Syed Hussein, juga popular dipanggil Pak Habib, berkata "teori ini tidak logik."

Seperti banyak pihak lain, Subky pula mempertikaikan asas penyusunan huruf pertama pada nama-nama pemimpin yang dikatakan memenuhi urutan Rahman.

Katanya, bagi perdana menteri pertama, "teori" ini membuang nama awal Abdul untuk menjadikannya sebagai Rahman sahaja, sedangkan tokoh seterusnya menggunakan nama Abdul.

"Secara popular, perdana menteri pertama disebut penuh sebagai Tunku Abdul Rahman, sedangkan perdana menteri kedua lebih dikenali Tun Razak (tanpa Abdul)," katanya, seorang wartawan berpengalaman sebelum menyertai PAS.

Bakal perdana menteri yang menduduki huruf keenam dalam "teori Rahman" bermula dengan nama "Mohd Najib" tetapi nama awalnya tidak diambil kira dalam teori popular itu.

www.malaysiakini.com/bm/news/91193

Seorang sahabat menghampiriku ketika aku membaca artikel ni.

"Sape yang buat toeri Rahman ni?"

"Aku nak tanya dia, lepas dah abis teori Rahman teori apa pulak."

Nadanya seolah-olah marah dan tak puas hati, tapi aku tak pasti.

Dulu aku pernah dengar soalan yang sama, dan ada yang jawab teori Rahman akan berulang-ulang. Maknanya akan bermula dengan 'R' kembali.

Mungkinkan Razaliegh Hamzah? Jikalau begitu Hishamuddin terpaksa memberikan laluan kepada dua orang lagi PM selepas Najib sebelum beliau boleh menyimpan angan untuk memegang jawatan nombor satu itu. Dan Muhyidin terpaksa menunggu giliran selapas Hisyamuddin. Atau mungkin Mukhriz.

Agak melucukan kan. Itu pun jika tiada calon lain yang namanya mempunyai pangkal abjad yang sama seperti yang berlaku kepada Anwar dan Abdullah.

Atau mungkin akan muncul teori baru mengikut nama PM terakhir dalam teori Rahman. Maka muncul la pula teori NAJIB. Jadi selepas Najib adalah Ahmad Zahid Hamidi?

Siapa tahu.

Tak siapa tahu.

Siapa tahu Najib akan naik jadi PM.

Belum tahu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...