-----------------------------------------------------------
Permulaan baik KL Indie Fest 08
VOKALIS Meet Uncle Hussein, Noh (tengah) penuh bertenaga
ketika menyanyikan lagu berjudul Lalala Kerjalah pada KL Indie
Fest 08 di Menara KL, baru-baru ini.
**Utusan Malaysia Online - Hiburan, 9 Julai 2008 / 6 Rejab 1429
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
apakah yang cuba disampaikan oleh wartawan Utusan Malaysia ni sebenarnya?
sejak bila plak Noh jadi vokalis Meet Uncle Hussain?
mungkin beliau tersilap, noboby perfect kan orang cakap.
tapi takkan lah tersilap dengan nama vokalis band lain. band HUJAN plak tu.
band yang dimaki setiap kali nama band tu ditimbulkan dlm festival indiependent terbesar (kata mereka) yang berlangsung dengan jayanya itu (kata meraka lagi).
ada ketika Naza dan Aru menyebut perkataan 'BILA' mengikut gaya Noh menyanyikan lagu Bila Aku Sudah Tiada, berderet-deret jari hantu di tunjukkan ke udara seraya makian dihamburkan berkali-kali. rata-ratanya berbunyi 'FUCK HUJAN'.
"apa yang korang benci sgt kat HUJAN tu? gua ok je. gua peace.."
spontan respon Aru sebelum meneruskan dengan lagu seterusnya. dan crowd kembali menggila.
Republik of Brickfield betul-betul menjadi pengubat duka aku malam tu lepas dapat tahu Butter tak dapat main; semoga sedara emmet cepat sembuh.
bukan itu yang nak ditekankan kat sini. itu pasal indie scene lain.
ini pasal akhbar yang dibaca bejuta-juta orang dalam sehari.
come on la.
takkan la nak tulis pasal indie fest tak buat revision kot.
ataupun beliau berpendapat bahawa semua vokalis band indie bernama Noh?
ataupun itu satu perlian berbentuk sinis kepada indie scence yang sering melaungkan 'SUPPORT OUR LOCAL MUSIC SCENE'..?
entah la. hanya mereka yang tahu.
mungkin hanya satu lagi kesilapan kecil mereka.
seperti ralat ketika menyiarkan berita pelajar terbaik SPM dengan 18A1 dua tahun lepas.
dan juga pernah dapat penangan 'Go To Hell' daripada Adnan Yaacob dalam dewan rakyat suatu ketika dahulu.
dah beberapa tahun aku tak membeli akhbar tu.
terasa jijik pulak nak beli akhbar tu sejak kes parang kira-kira lima tahun lepas.
penipuan terbesar yang aku pnah baca dalam surat kabar.
banyak mana lagi yang dorang tipu tak tau la.
dah la. maafkan la mereka. mereka pun nak cari makan.
dengan cara apa itu terpulang pada mereka.
semua orang buat salah. cuma satu ku pinta.
jangan la dibuat salah yang pelik-pelik.
nama vokalis tu LAN, jauh sangat bunyinya dengan NOH.
mungkin sama sebab tiga abjad, terkeliru. siapa tahu.
jangan serius sangat.
sekian.
No comments:
Post a Comment