4.4.09

3 APRIL

Justify Full
Tanggal 3 April 2009 mencatat satu sejarah baru dalam lipatan sejarah Malaysia apabila Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 telah mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertuan Agung.

Seperti yang dijanjikan oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun) pada tahun lepas, peralihan kuasa kepada Dato' Seri Najib Razak berlaku seperti yang dirancang walaupun ini bukanlah rancangan awal beliau yang terpaksa diubah akibat desakan akar umbi katanya (lebih tepat Tan Sri Muhyidin Yasin sebenarnya).

Dengan jasa beliau itu, Tan Sri Muhyidin Yasin bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri tidak lama lagi.

Tambahan lagi beliau telah berjaya memenangi kerusi Timbalan Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini yang mana berjaya mengetepikan Tan Sri Muhammad Mohd Taib sekali gus memberi gambaran bahawa Tan Sri Muhammad juga akan diketepikan dari senarai kabinet baru yang bakal diumumkan kelak, bermakna beliau akan kehilangan jawatan yang disandangnya sekarang iaitu sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Perdana Menteri Malaysia yang baru juga diramal akan berjaya memimpin negara ke arah yang lebih cemerlang, gemilang, dan terbilang di samping beliau merupakan seorang pemimpin yang disayangi dan disanjungi rakyat.

Dengan pelantikan Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 ini, Barisan Nasional dijangka akan berjaya menyapu bersih ketiga-tiga pilihanraya kecil di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Air yang akan berlangsung serentak pada 7 April ini.

Selain itu, penganalisis politik juga berpendapat bahawa Barisan Nasional juga akan berjaya merampas kembali 4 negeri yang jatuh ke tangan pembangkang serta berjaya menakluk kembali Kelantan pada pilihanraya umum yang akan datang.

Keyakinan ini timbul disebabkan oleh personaliti Dato' Seri Najb Razak (bakal Tun) yang amat desenangi dan disegani rakyat tidak kira dari pihak penyokong kerajaan mahupun pembangkang.

Hal ini dapat dilihat apabila beliau mengumumkan pembebasan 18 orang tahanan ISA serta memansuhkan larangan pengeluaran 2 akhbar milik pembangkang pada malam pertama beliau sebagai Perdana Menteri.

Selamat bertugas Mr Prime Minister!

***

harap2 akhbar utusan malaysia akan terima aku bekerja dengan artikel yang amat menyayat hati ni, yang mana wartawan diorang pun tak sanggup tulis artikel macam ni, mesti diorang tak sanggup menahan ketawa.hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...