Day 1 - 29 Ogos 2015 (Sabtu)
Malindo Air
Secara jujur, pengalaman terbang
dengan Malindo Air pesawat Boeing 737 dari KLIA2 ke Soekarno-Hatta International
Airport (SHIA), Jakarta tenghari itu boleh dikatakan antara penerbangan yang tidak berapa menyenangkan. Dengan pesawat yang bergegar sepanjang perjalanan dan
pendaratan yang mencemaskan, kami sepakat untuk menge'ban' Malindo untuk trip
selepas ini. Hehe
Tapi apa yang bagus tentang Malindo
ni, selain dihidangkan dengan snack percuma berupa biskut dan air mineral,
mereka juga menyediakan in-flight entertainment system yang mana kita boleh
layan movie dan lagu dalam penerbangan. Yang lagi best, kita boleh charge handphone
dengan port USB yang disediakan. Cool!
|
In-flight entertainment system berserta port USB di dalam pesawat Malindo Air untuk kemudahan dan keselesaan penumpang. |
Penerbangan dari KLIA2 ke SHIA
memakan masa kira-kira 2 jam. Kami berlepas pada jam 11:30 AM waktu Malaysia
dan selamat mendarat pada jam 12:30 PM Waktu Indonesia Barat (WIB) – disebabkan
WIB adalah 1 jam lewat dari waktu Malaysia.
Soekarno-Hatta International Airport
(SHIA), Jakarta
Kami melangkah masuk melepasi
imigresen Indonesia dengan agak mudah. Tidak ada pemeriksaan imigresen yang
melampau mahupun borang-borang rumit yang perlu diisi. Dengan hanya perlu cop
passport dan isi borang deklarasi tidak membawa bahan larangan, kami sudah pun
berjaya melangkah keluar dari airport dalam masa kurang 10 minit. Walaupun pada
hari Sabtu, keadaan SHIA yang kelihatan lengang agak menghairankan kami. Jauh berbeza
jika nak dibandingkan dengan KLIA2 yang sentiasa dipenuhi lautan manusia.
|
Keadaan lengang di SHIA, kelihatan seorang backpacker sejati sedang mencari arah tujuan. |
|
Perkhidmatan 'penitipan' barang juga disediakan di SHIA, kami tidak menggunakan perkhidmatan ini. |
|
Toilet di sini dipanggil 'Kamar Kecil' |
Ada Apa Di Jakarta?
Sebelum berlepas ke Jakarta, aku sudah
pun membuat beberapa research tentang info-info yang perlu diketahui ketika
berada di Jakarta. Contohnya, harga bas dan teksi dari airport ke pusat bandar,
kawasan penginapan backpackers, tempat menarik untuk dilawati, malahan route
commuter di Jakarta juga telah di-download untuk rujukan. Namun, kami bernasib baik
kerana ada kenalan di Jakarta yang sudi untuk menjadi hos sepanjang kami berada
di sana. Kami sangat terhutang budi atas layanan yang sangat-sangat baik.
Mereka menyediakan hampir kesemua keperluan kami ketika di Jakarta termasuklah
pengangkutan dan penginapan. Jadi, tak banyak info tentang kos yang boleh
dikongsikan sepanjang kami di Jakarta. Di Jakarta, boleh dikatakan trip kami
lebih bertemakan makanan. Hehe
Waroeng Mbah Jingkrak Setiabudi
Lokasi pertama yang kami tuju
setelah tiba di Jakarta ialah rumah makan! Untuk makanan pertama kami di tanah
Jawa, kami dibawa ke sebuah restoran masakan Sunda yang diberi nama Waroeng
Mbah Jingkrak Setiabudi. Jangan ditanya dekat mana tempat makan ni, memang aku
kurang tahu. Selain daripada makanannya yang enak, hiasan dalaman restoran ini
amat menarik perhatian aku, memang lain dari yang lain dan jarang dijumpai. Di
restoran ini makanan dihidangkan seperti ala buffet, tapi kita hanya perlu
pilih lauk apa yg kita nak dan mereka akan hantar ke meja lauk apa yang kita
pilih berserta dengan nasinya sekali. Kalau berkesempatan singgah di restoran
ini, silalah cuba lauk ‘Ayam Rambut Setan’ andai ingin mencuba tahap ketahanan
pedas anda. Jangan lupa order extra air minuman sekali!
|
Pintu masuk ke Waroeng Mbah Jingkrak Setiabudi |
|
Pelbagai lauk yang dihidangkan secara buffet. Tak perlu ambil, hanya perlu pilih dan akan dihidangkan ke meja |
|
Rekaan dalaman restoran ala-ala dine in garden |
|
Lagi hiasan dalaman restoran yang menarik dan klasik |
|
Beware of Sharks! |
|
Appetizer yang cukup membuka selera |
|
Inilah Mbah Jingkrak yang dimaksudkan. Mbah = Nenek, Jingkrak = Loncat |
Masjid Istiqlal
Destinasi kami seterusnya ialah ke
Masjid Istiqlal (memang ada dalam itinerary asal aku). Kami berpeluang untuk
menunaikan solat di dalam masjid terbesar di Asia Tenggara ini. Masjid ini
boleh memuatkan kira-kira 120,000 orang Jemaah dalam satu-satu masa. (Untuk
perbandingan, masjid terbesar di Malaysia ialah Masjid Shah Alam dengan
kapasiti 24,000 jemaah). Apa yang menarik, betul-betul berhadapan dengan masjid
ini terdirinya sebuah gereja Kristian. Kami difahamkan ia adalah untuk
menunjukkan kesefahaman dan toleransi antara agama di Indonesia yang mana
mereka boleh berkongsi rumah ibadat dalam satu kawasan yang sama.
Nota: Di pintu masuk masjid, terdapat adik-adik dan makcik-makcik yang akan cuba menjual plastik untuk menyimpan kasut. Sebenarnya anda tidak memerlukan langsung plastik itu, hanya perlu buka kasut anda dan terus bawak ke kaunter penyimpanan barang di dalam masjid. Bayaran untuk penyimpanan barang adalah infak yang dimasukkan ke tabung masjid. Namun jika anda rasa nak menderma kepada mereka yang menjual plastik di pintu masjid, anda boleh beli plastik tersebut dengan niat ikhlas untuk menderma. Harganya murah saja sekitar Rp. 1,000 kalau tak silap.
|
Pandangan hadapan Masjid Istiqlal |
|
Tempat mengambil wudu' Masjid Istiqlal |
|
Ruangan solat Masjid Istiqlal |
|
Ruangan solat Masjid Istiqlal |
|
Gereja yang berada betul-betul berhadapan dengan Masjid Istiqlal |
Monumen Nasional (MONAS)
Kami tidak lama di Masjid Istiqlal
kerana kesuntukan masa. Setelah selesai solat, kami langsung bergegas ke lokasi
yang seterusnya, Monument Nasional (MONAS). MONAS merupakan salah satu mercu
tanda Jakarta dan menjadi tumpuan pelancong dan juga penduduk setempat. Tapi
ketika kami ke sana, tidak pula kelihatan pelancong asing lain di sana
melainkan kami yang tidak kelihatan asing sangat. Disebabkan hujung minggu,
ramai sekali warga kota Jakarta mengambil peluang untuk bersantai di sekitar
kawasan MONAS. Juga terdapat banyak gerai jualan ole-ole di sekitar MONAS ini.
Jika ke Jakarta, bolehlah mencari souvenir di sini kerana agak sukar untuk
dijumpai di tempat lain. Cuma harga dan kualitinya tak dapatlah dipastikan baik
atau tidak. Di sini kami hanya snap dua, tiga gambar dan mula beredar ketika
matahari mulai tenggelam. Kami sempat singgah pekena ‘kerak telor’ dan cucur
berserta dengan air kelapa di gerai tepi jalan dalam perjalanan pulang ke
kereta. Boleh dianggap sebagai dinner kami untuk malam ini. Sungguh
bersederhana dinner kami bukan? Tunggu dulu, aku tak memberi nama ‘trip makan’
tanpa sebab. Anda akan tahu sebabnya apabila baca hingga ke hujung entri ini.
|
Tugu MONAS yang menjadi mercu tanda Jakarta. Banyak sekali manusia. |
|
Terdapat menara tinjau di puncak MONAS yang dibuka kepada pengunjung dengan bayaran tertentu. Segi tiga di puncak MONAS ini pula dikatakan diperbuat daripada emas tulen. |
|
Gerai-gerai menjual t-shirt dan souvenir di sekitar MONAS |
|
'Kerak Telor' dalam pembikinan. Campuran telur, pulut dan kelapa. Mesti cuba kalau ke Jakarta! |
|
MONAS juga kelihatan cantik dengan lampu hiasan pada waktu malam |
Pada
malamnya, kami menghabiskan masa di salah sebuah mall di kotaraya Jakarta. Untuk
makluman, Jakarta mempunyai sangat banyak mall dan shopping complex yang besar
dan mewah. Sekali lagi, rekaan dalaman mall ini sangat menarik hati aku.
Terdapat pelbagai konsep berlainan untuk setiap bahagian di dalam mall ini
dengan rekaan yang kreatif dan elegan. Berbeza dengan crowds di Masjid Istiqlal
dan MONAS yang dilawati sebelumnya, di sini kita dapat melihat kelompok lain
penduduk Jakarta yang boleh dikatatakan terdiri daripada golongan berada. Semua
cewek and cowok persis drama sinetron akan dapat dilihat di sini. Ketika itu
anda akan terfikir untuk menetap di sini selamanya. Hehe
|
Rekaan dalaman shopping complex yang menarik |
|
Bangga orang Penang tengok ni |
|
Lagi rekaan dalaman shopping complex yang menarik |
|
Lagi-lagi rekaan dalaman shopping complex yang menarik |
|
Ruangan luar surau yang besar, bersih dan selesa |
|
Ruangan luar surau yang besar, bersih dan selesa |
Selain
daripada mencuci mata dan ronda-ronda di dalam mall, tak lengkaplah trip kami
kalau tak ada aktiviti makan. Kami singgah di sebuah restoran pencuci mulut di
dalam mall tu jugak, namanya apa ya? Tapi yang penting hanya menyediakan
dessert dari pelbagai jenis dan pilihan.
|
Inilah dessert yang dimaksudkan. Harga? Tepuk dada, tanya selera (aku tak ingat harga sebenarnya) |
Sate Padang
Sebelum
pulang ke tempat penginapan, kami singgah pula di sebuah warung Sate Padang sebagai
supper untuk hari ini (makan lagi). Lokasinya sekali lagi aku kurang tahu
kerana dibawa oleh hos kami yang memang superb bab makanan. Terdapat dua jenis
sate di sini iaitu sate daging (ke ayam? aku lupa) dan sate babat. Kelainannya
ialah kuahnya seakan-akan kuah chicken chop yang dituang terus ke atas sate dan
ditabur dengan bawang goreng di atasnya. Lidinya pula diperbuat
daripada buluh yang dirincing halus. Yang pasti, rasanya memang lazat dan ada
potensi untuk jadi viral jika di bawa masuk ke Malaysia.
|
Waroeng Sate Padang yang dimaksudkan |
|
Beginilah rupanya Sate Padang semasa dihidangkan |
Dengan
itu, berakhirlah hari pertama kami di Jakarta yang dirasakan cukup panjang
dan cukup makan. Esok merupakan hari terakhir kami di Jakarta sebelum kami
terbang ke Surabaya untuk pengembaraan seterusnya. Di Jakarta saja, sudah
banyak perkara yang boleh dijadikan agenda untuk dibincang dan dikupaskan dalam
post-mortem harian kami sebelum tidur. Namun kerana kepenatan dan kekenyangan,
kami langsung pengsan dengan memasang niat untuk merasai sendiri suasana kempen ‘Car Free Day’ yang diadakan pada setiap hari Ahad di
pusat Bandar Jakarta keesokan harinya.
Selamat
Malam Jakarta…
Trans Java Link:
No comments:
Post a Comment