24.9.08

Balik Kampong


Sudah lama tak menulis.

Atau lebih tepat menaip.
Kesibukan membelenggu diri.
Kalau tak sibuk, cuba buat-buat sibuk.

Seminggu menjelang hari lebaran.
Bertambah sibuk.
Sibuk atau menyibukkan diri.
Sama saja.

Seminggu sebelum Ramadhan melabuhkan tirai.
Tamatlah sebulan berpuasa.
Macam lirik dalam kebanyakan lagu raya.

Aku sudah ketandusan buah fikiran.
Lagu raya berkumandang di sana sini.

Aduh, terasa nak balik kampung.

Selamat bercuti!

17.9.08

Tujuhbelas Bulan Sembilan

17 September

Hangat!
Panas sungguh hari ni.
Terasa bahang satu badan.
Walaupun baru lepas bersiram.
Haba yang menggelisahkan.
Umpama cacing kepanasan.

Pakaian di ampaian sudah hampir kering.
Walaupun baru dijemur.
Itulah nikmat panas terik.
Di kampung, setiap kali panas begini,
mesti ibu berkata,
"Cantiknya hari ni, rugi kalau tak basuh baju".

Bila hari panas,
tekak mula rasa haus.
Berbuka lagi 4 jam.
Menunggu dengan penuh sabar.
Raya lagi 13 hari.
Menghitung dengan penuh debar.
Dah nama pun hari lebaran.

Hari ini cuti.
Sama macam semalam.
Semalam cuti Selasa.
Hari ni bukan cuti Rabu.
Cuti Nuzul Quran.
Apa itu Nuzul Quran?
Ataupun ada orang panggil Nuzul Kitab.
Apa ye? Aku rasa macam tahu.
Tapi macam tak tahu.
Tahu cuti je, orang cuti kita cuti.
Orang tanya, kita tak tahu.

Eh, pakaian dah kering.
Lambat angkat kang lemau pulak.
Angkat kain jemuran anda.
Pergi!

16.9.08

Enambelas Bulan Sembilan


16 September

Ini bukan political issue.
Ini juga bukan personal issue.
Ini national issue.

Genap 45 tahun pembentukan sebuah negara Malaysia. Pembentukan Malaysia yang menggabungkan Malaya, Singapore, Sabah, Sarawak, dan Brunei diilhamkan oleh Tunku seawal tahun 1961 sebelum berjaya dilaksanakan pada tahun 1963 tanpa penglibatan Brunei manakala Singapura dipisahkan dari Malaysia pada tahun 1965 yang juga keputusannya dibuat oleh Tungku di atas sikap Lee Kuan Yew yang enggan bertolak ansur. Maka terlahirlah negara yang kita diami dan miliki di saat ini.

(Betulkan saya jika tersalah fakta di atas. Saya sering tertidur dalam kelas Sejarah dulu.)

Walaupun hari ini tidak diisytiharkan sebagai cuti umum, namun saya tetap bercuti. Cuti yang digelar cuti Selasa, atau cuti selesa.

Selamat menyambut hari Malaysia yang ke-45.

Sekali lagi, ini bukan political issue.

14.9.08

Ahmad Albar


"Harta itu Ahmad Albar yang punya. Ahmaaaaad Albar yang punya!!! Hahahaha."

Bergema seantero gua dengan teriakan jin berskirt rambu-rambu itu. Syawal pun kaget dan tertanya-tanya sendirian.

"Siapa itu Ahmad Albar???"

**********

Budak-budak memang suka bertanya, atau lebih tepat banyak tanya. Kalau duduk-duduk tengok Buletin Utama, mesti mereka bertanya.


"Abah, I.S.A. tu apa? Kenapa asyik cerita I.S.A. je dalam berita ni?"

I.S.A.?

I = Ikut
S = Suka
A = Albar

**********

Alamak, ada orang ketuk pintu. Bahaya. Sape plak yang datang rumah malam-malam buta ni. Tu la, yang aku tulis tak pasal-pasal ni kenapa. Mengancam keselamatan negara. Kan pintu rumah dah kena ketuk.

Huh, nasib baik membe aku yang ketuk. Baru balik dari kerja McD. Bikin suspen je. Lain kali bawak la kunci rumah. Kacau aku tengah dengar lagu Jessica Alba je la.

*********
Sekian.

Jangan serius sangat.

11.9.08

Kak Pora (cont'd)

Ok, straight to the point.

Kak Pora ni sebenarnya salah seorang wartawan hiburan dalam sisipan akhbar Berita Minggu yang berselindung disebalik karikatur kartun pada setiap minggu penulisannya dalam akhbar tu. Aku bukan kenal dia pun, dan tak berminat nak mengenalinya pun.

Nak dijadikan cerita, aku cukup tak berkenan dengan wartawan hiburan yang sorang ni. Ada je benda tak kena pada mata dia. Macam la dia tu perfect sangat. Gambar pun letak gambar kartun je, Zubir yang lebar tu pun berani nak letak gambar sendiri.

Kepada sesiapa yang mengenali wanita ini, auntie anda kah, kenalan ibu anda kah, sedara mara kah, bau-bau bacang anda kah, tolonglah sampaikan kepada beliau.

Berhentilah menulis.

Letak la pena tu, pegi lah angkat sudip dan senduk di dapur lagi banyak faedahnya. Aku pun pelik macam mana Berita Harian boleh benarkan wartawan ini macam tulis dalam sokabar dorang tiap-tiap minggu. Siap page depan-depan lagi tu.

Adeh la makcik sorang ni, isu kecik suka diperbesarkan, tak abis-abis nak cari salah orang, orang buat semua tak betul, konon-konon bagi kritikan membina, membina jamban boleh la kot.

Mungkin beliau lebih berpengalaman, puluh-puluh tahun jadi wartawan. Nak banding dengan aku, aku memang tak pandai menulis, tapi aku pandai membaca, yang itu aku yakin sangat-sangat. Sebab aku membaca lah aku menulis, atau membaca sebab menulis? Mana satu? Mana-mana lah kan.

Aku pun tak tahu kenapa yang aku emosional sangat pasal makcik sorang ni. Macam la penting sangat dalam kehidupan aku dan kehidupan anda semua. Tak de kena mengena pun kan. So, mengapa ya?

Entah lah, dah lama sebenarnya aku tak berkenan, lama aku pendam. Setiap kali aku bukak akhbar sisipan tu, sakit hati je baca artikel dia. Tapi aku baca gak kan, kalau tak suka tak payah la baca. Btul gak kan.

Sudah lah, nanti aku sendiri hantarkan cadangan kat dia suruh berenti menulis. Jangan la cemarkan bidang penulisan dengan tulisan-tulisan tak bermakna dia tu. Sebab aku sayang bidang ni, walaupun aku bukan dalam bidang. Hoho. Mengarut.

Ok, puas hati aku Kak Pora. Selesai sudah luahan perasaan ku yang sungguh tak bermakna. Bukan Kak Pora baca pun. Huhu. Kepada sesapa yang terbaca, sepuluh jari disusun memohon kemaafan di kala Ramadhan.

Jangan serius sangat.

10.9.08

Kak Pora (intro)

Kisahku di pagi Ahad lalu.

Selesai saja menyaksikan game bola membosankan (England vs Andorra) awal pagi tu, aku kembali ke rumah menaiki Perodua Kembara milik kenalan atau lebih tepat milik kakak kenalan yang dipandu oleh kenalan. Sedikit pun tidak terdetik keriangan di hatiku walaupun England berjaya melakar kemenangan pagi tu sebab pemain kebangaanku tiada di atas padang.

Sekembalinya ke rumah aku terus menghadap computer, buat kerja - macam biasa. Terbantut sekejap dek bunyi-bunyi pelik alarm yang nyaring memecah keheningan pagi. Cis, alarm sikit punya kuat, last-last aku jugak yang jadi alarm. Selesai menunaikan tanggungjawab mengejut sahur bujang-bujang serumah dan bersahur sekali bersama mereka, aku kembali mengadap computer, sambung kerja - macam biasa.

Kira-kira jam 8 lebih sikit-sikit aku tersedar dari lamunan kerja. Uish, sungguh asyik aku buat kerja sampai tak sedar hari dah cerah. Aku berganjak dari computer. Mula melangkah turun ke bawah. Tiba-tiba aku terpikir nak beli sokabar minggu, lama dah tak baca. Lantas aku mencapai kunci motor dan menuju ke kedai runcit berhampiran dengan perpakaian baju melayu hitam+kain pelikat hijau kotak-kotak yang aku pakai dari malam tadi - termasuk masa nonton game bola. Ah, malas la salin baju. Bukan orang nak marah pun.

Tanpa berpikir panjang aku mencapai akhbar kecil yang lebih terampil tu. Bukan apa, aku rasa teringin membaca akbar sisipan di tengahnya. Mana tau ada apa-apa yang menarik akak-akak dan abang-abang tu zahirkan apa yang tersimpan dalam batin mereka. Kerana batin mereka batin tersiksa. Haha.

Huh, sungguh panjang nak sampai kat cerita Kak Pora nih.

Selesailah intro Kak Pora.

Sekian.

5.9.08

Siapa tahu..

Semalam..

PUTRAJAYA: Kerajaan mungkin mengumumkan penurunan harga petrol dan diesel sebagai hadiah hari raya sebelum Aidilfitri ini jika harga minyak mentah dunia terus stabil, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad.

Hari ini..

PUTRAJAYA: Kerajaan akan menurunkan 15 sen lagi harga petrol dan diesel akhir tahun ini jika harga minyak mentah dunia terus susut di bawah paras AS$109 setong, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Esok..

Siapa tahu.

16 September..

Siapa tahu..

**********

Semalam mereka kata sebelum raya, hari ni mereka kata akhir tahun. Esok apa pula kata mereka?

Dulu mereka kata 1 September, alih-alih sebelum pilihanraya. Bagus la dicepatkan, rakyat pun senang hati. Ada orang cakap bermotif politik. Pedulikan semua, fikir apa yang penting (maharani).

So, sebelum raya atau akhir tahun? Atau tak perlu tunggu lama, mungkin 16 September pun boleh. Erm, boleh ke? Siapa tahu. Kita tak ada laci doraemon nak pegi jeguk masa depan. Kita boleh bercakap sampai mulut berbuih-buih, tapi kita tak boleh jamin apa yang kita cakap tu akan jadi kenyataan sebab kita tak mampu.

So, akhir tahun atau sebelum raya atau 16 September atau lebih awal? Mana satu pilihan anda?

Siapa tahu..


2.9.08

Alhamdulillah

2 Ramadhan 1429

Ramadhan tiba lagi tahun ni. Aku puasa lagi. Sama macam yang aku buat beberapa tahun lepas. Sejak dari aku berusia enam. Aku cukup kental ketika tu. Sehari pun tak pernah miss. Abang-abangku menjeling cemburu. Nak duit raya lebih la tu, bisik mereka, walaupun aku boleh dengar dengan samar-samar.

Kawan-kawan lain masa tu dapat upah, sehari-seringgit. Abah cakap tak payah upah-upah la nak puasa, puasa nak pahala, bukan nak duit. Aku cakap kat kawan-kawan, dorang tak faham. Dapat duit la best, 3o ringgit dah cukup banyak. Walaupun terpaksa puasa tipu-tipu. Makan nyorok-nyorok, masuk hutan makan buah rambutan (cam pantun plak). Yang penting bagi mereka dapat duit, leh beli kereta dash-young-kuro. Tak pun beli mercun mancis.

Tapi aku tak macam tu, aku jujur, walaupun tak ada tawaran upah. Tapi aku tau, duit raya aku mesti lebih dari abang-abang aku. "Tu la, sape suruh tak puasa penuh, dapat la duit sikit". Aku pasti itu yang akan didengari oleh abang-abang aku di pagi raya yang hening dengan telinga yang panas. Aku pun dengar jugak, tapi dengan perasaan yang bangga dan eksen, sebelum kembali dibuli oleh mereka pada petang harinya.

Kini ramadhan kembali bertandang, dan akan pergi dalam masa kira-kira 28 hari lagi. Sebelum menggamit kehadiran syawal yang pastinya lebih dinanti-nanti. Ganjaran selepas sebulan berpuasa, orang kata, aku tak pasti. Lebih dinanti-nanti daripada ramadhan, bulan yang mempunyai satu malam yang bagaikan 1000 bulan. Lamanya seribu bulan, nak abiskan satu sem enam bulan pun dah cukup seksa. Begitu lah keistimewaan ramadhan. Sekali dalam setahun, mungkin dua kali setahun ikut kalendar kuda.

Alhamdulillah aku diberikan satu lagi nikmat ramadhan. Di usia yang makin tua walaupun masih muda. Bukan lagi umur enam tahun, masa untuk berlumba-lumba kumpul duit raya sapa lagi banyak. Mungkin sebab tu lah dulu aku kental menahan lapar dan dahaga. Mungkin, aku dah lupa. Yang penting aku puasa penuh, dan dapat duit raya lebih.

Semua itu sudah tidak bermakna lagi sekarang. Ramadhan membawa pengertian yang berbeza berbanding semasa umur enam. Pengertian yang masih dicari.


Alhamdulilllah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...