10.10.08

Cet...


Aku duduk bersandar di atas kusyen empuk Honda Accord lama berwarna merah metallik milih ayahandaku sambil Radio Muzik, radio pilihan anda berkumandang dari corong radio motokar itu, pada hari raya ke-3 selepas aku selesai menunaikan Solat Jumaat di masjid.


Selang beberapa lagu raya dan ucapan-ucapan raya, aku
terdengar satu ucapan atau mungkin amanat raya dari seorang insan yang kurang aku cam suaranya.
"APALAH HARI RAYA TANPA RADIO DAN TELEVISYEN."
Itu lah ayat pertama yang betul-betul menarik hati aku dan pada masa yang sama menjelikkan aku. Kemudian suara itu kedengaran bersungguh-sungguh memuji peranan radio dan televisyen ketika hari raya, sebelum menamatkan ucapannya dengan mengulangi ayat itu.
"APALAH HARI RAYA TANPA RADIO DAN TELEVISYEN."
Sekali gus menambahkan lagi kejelikan aku. Belum pun aku sempat berkata apa-apa, lantas terhambur kata-kata berbentuk maki hamun dari mulut ayahanda ku di petang hari raya ke-3 itu.

"Apa punya orang la boleh cakap macam ni?"


Lebih kurang begitu lah kata-kata beliau setelah diolah dan ditapis. Sejenak selepas ucapan itu, terdengarlah suara merdu seorang wanita.
"UCAPAN DARI MENTERI PENERANGAN MALAYSIA, DATUK bla bla bla..."
Cet. Apa punya menteri la. Hilang kekaguman aku di atas keberanian beliau berdebat dengan ketua pembangkang suatu ketika dulu, walaupun orang cakap dia kalah teruk, aku tak pasti. Tapi aku tetap kagum, bukan senang nak bertekak dengan orang yang memang kerja bertekak siang malam.

Tapi malangnya statement beliau itu betul-betul tak dapat di terima akal ku. Tak dinafikan apa yang dinyatakan tu ada benarnya.

Tapi kenyataan beliau seolah-olah hari raya ni langsung tak bermakna tanpa radio dan tv. Seolah-plah pengertian raya bagi beliau ialah dengar radio, tengok tv.


Cet...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...