17.12.08

Menghabiskan Carutan Tak Abis


Lepas tengok Antoo Fighter, aku terus masuk tengok LOS dan FAUN plak, filem terbaru Afdlin Shauki yang merupakan 'director-wajib-tengok-filem-dia' bagi aku la.huhu.


LOS dan FAUN merupakan satu filem yang amat hebat bagi aku, tapi pelik gak camne filem sehebat ni promosinya tak seberapa, tak macam previous filem dia, Sumolah. Tapi Afdlin Shauki sendiri dah ada label dia sendiri, tak payah promote lebih-lebih, berduyun-duyun orang ke wayang. Dengar je filem Afdlin Shauki, orang dah label sebagai 'filem-wajib-tonton'. Orang tu merujuk kepada aku sebenarnya.huhu.

Kita dah sedia maklum, bila kita melangkah masuk panggung untuk menonton filem Afdlin Shauki, samalah juga macam filem Black Jack, kita dah bersedia untuk gelak besar dengan mereka (kata Mirnawan Nawawi). Namun kali ni nyata persediaan aku tak cukup sebab filem ni menyajikan lawak-lawak berlebihan sampai aku dah tak larat nak gelak besar dengan mereka.

Ternyatalah tak adil bagi aku dan bagi kita nak bandingkan filem ni dengan filem sebelumnya yang aku tonton. Chunk dan Afdlin jauh perbezaannya, malah filem mereka juga jauh perbezaannya. Afdlin bukan saja mempunyai perut yang lebih jauh ke hadapan, malah filemnya juga lebih jauh ke hadapan berbanding Chunk.

Aku bukan kata filem Antoo Fighter tak bagus, bagus sebenarnya. Aku tak akan teringin nak tengok filem yang tak bagus. Cuma mungkin masih kurang di beberapa segi. Contohnya aku tak boleh dengar apa yang Radhi dan rakan-rakan cakap masa babak dorang attack jembalang kat KL Tower tu sebab background muzik yang terlalu kuat. Satu lagi babak-babak waktu malam gelap sangat sampai susah nak nampak apa yang cuba ditunjukkan. Rambut tocang Scha pun tak jelas kelihatan, kecewa rakan kat sebelah aku. Dia peminat Awan Dania.

Sebaliknya LOS dan FAUN digarap dengan begitu baik, hampir sempurna, kalau tak keterlaluan aku cakap gitu. Bukan dari mata seorang pemerhati atau pengkritik filem, tapi dari seorang pecinta filem tempatan.cewah. Dari jalan cerita, ke gaya bahasa, ke unsur komedi, ke pembawakan watak, ke aksi-aksi, semuanya tampak bergaya style Aflin Shauki.

Bagi aku ni lah filem Afdlin yang aku boleh bagi 200 peratus markah. Syabas diucapkan, semoga filem yang akan datang dapat 300 peratus pulak.huhu.

Aku pun dah tak tau nak tulis apa lagi. Sekian saja ulasan filem saya kali ini. Akhirnya berjaya lah disiapkankan carutan yang tak abis.

Sekian.

16.12.08

Congratz!


Sathia alive

And kicking!!
Tak sangka ya
Cempedak jadi nangka
Moga pisang tak berbuah dua kali

In Sathia we trust!
Bcoz Sathia la we frust
huhu

14.12.08

Carutan Tak Abis

Menggigil-gigil aku dibuatnya, walhal dah nak dekat pukul 1 tengahari. Aku cuba tulis secara tak serius. Moga-moga berjaya.

* * *

Dulu aku ada cakap nak pegi tengok filem terbaru arahan Azizi 'Chunk' Adnan, yang juga filem pertama beliau rasanya, Antoo Fighter (AF). Filem wajib tontonlah kononnya. Last-last masuk third week main kat wayang baru aku pegi tengok. Tu pun nasib baik still ada tayang lagi, sambutan menggalakkan kot. Tapi masa aku pegi tengok tu tak nampak plak macam sambutan menggalakkan untuk filem ni. Entah la, yang penting aku dapat tengok jugak.

Ok, apa yang menarik pasal filem ni sampai aku nak tengok sangat pun aku tak pasti. Ada ramai jugak orang yang aku tanya pasal filem ni memberi respon; "...macam bodo je cerita tu tengok kat iklan, tak nak la pegi tengok.."

Malah ada yang sampai tahap; "...antoofighter? tolong la, cite tu la yang aku paling tak nak tengok sekali..."

Nampaknya Chunk betul-betul menghadapi masalah besar kalau ramai lagi orang yang sama pemikiran dengan orang-orang yang aku kenal tu. Mungkin masalah di bahagian promosi kot, entah lah bagi aku promosi dah hebat, tapi mungkin mesej tak sampai atau benda lain yang sampai.

12.12.08

Gambar Promosi


Gambar-gambar dari galeri Berita Harian


Promosi Ski-Doo oleh Pak Lah.
"Boleh willy tak ni?" kata Pak Lah berseloroh. (aku reka)

Promosi Kampung Boy Dato' Lat.
Aku cukup mengagumi beliau.
Menganggapnya sebagai seorang genius, tiada galang ganti.


Promosi kawin Mawi.
Ikut suka korang lah, jangan sampai cerai berai sudah.


Promosi hari jadi.
Erm..no comment.


Promosi diri?
Atau promosi undi?
Erm..no comment lagi.


Langit pun tersenyum.
Gambar yang sungguh indah.

Barangkali


Dalam tren KTM.
Perjalanan dari Stesen Tasik Selatan ke Seremban.

Aku tertarik dengan seorang pemuda yang sedang terkumat-kamit menyanyikan rangkap lagu mengikut muzik yang dinikmatinya melalui earphone yang disumbat ke dua-dua belah telinganya. Sungguh enjoy dia, sehingga kekadang terasa terlalu kuat pulak dia melafazkan bait-bait lagu tu. Nyanyi dalam hati dah la, beberapa kali aku menoleh ke arahnya yang duduk tak jauh dariku.

Setelah beberapa stesen baru aku perasan ada beg galas mamat tu disebelahnya. Ketika itu dia masih rancak berbisik mengikut irama lagu apa ntah, aku tak dapat tangkap. Beg galas hitam dengan dua pin besar dilekatkan di depan beg tu. Satu bertulis; NIKAH, connecting people. Dah banyak jugak pin macam tu yang aku pernah tengok. Dan satu lagi berimej bendera Parti Keadilan Rakyat. Aku tersenyum sendirian.

Aku menengok lagi jauh ke bawah, kalau-kalau ada pin lain. Tapi lain pulak yang aku jumpa. Kat bahagian poket kecil depan beg tu terdapat sulaman Kementerian Pembangunan Wanita dan Luar Bandar beserta lambangnya sekali yang seakan-akan matahari atau mata, entah lah.

Aik, aku kaget. Itu bukan ke bekas kementerian bawah teraju Shahrizat Jalil, yang sekarang dah diambil alih oleh nyonya Singapore. Aku pandang ke wajah mamat tu, dia masih asyik sambil terangguk-anguk mengikut rentak muzik atau mengikut henjutan tren tu barangkali.

Macam mana ni. Pakai beg kementerian wanita, tapi ada pin keADILan rakyat. Lantas aku teringat kepada datuk sedara ku dari Keratong. Katanya beliau adil, bagi undi untuk dua-dua pihak. Undi parti lain untuk kerusi DUN, dan undi parti lain untuk kerusi Parlimen. Dua-dua dapat undi, adil kan. Mungkin mamat ni sama pemikiran dengan tokde ku.

Erm... Barangkali..

Marilah Pulang


Geylang si paku geylang.
Geylang si rama-rama.

Anda habiskanlah bait-bait terakhir lagu tradisional ini.
Menyambut kepulangan 'wira' Malaya yang mana perginya gah menaiki Charlie.
Namun pulangnya tak ku tahu naik apa.
Hanya ku nampak mereka turun dari bas kuning FAM.
Selamat pulang Harimau Malaya, Harimau Biru barangkali.
Apa lagi selepas ini?
Sama-sama kita tunggu.

5.12.08

Kata Bermadah

"Sedangkan tunggul di air pun ada jodohnya dengan lumut, ini pula manusia."

Lain Tunang Lain Kawin, Sulaiman Awang
Majalah Filem, Januari 1971

3.12.08

Lalat dan Pasar

Aku kebulur.
Tidak punya uang.
Hanya mengharap ehsan.
Belas kasihan.
Mereka yang lebih
sempurna.
Jauh lebih sempurna.
Untuk sesuap nasi.
Makanan free.
Hehe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...