3.5.09

Selesema BABI

Kementerian Kesihatan mulai sekarang akan merujuk wabak selesema babi sebagai influenza A (H1N1) seperti yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Ketika mengumumkan perkara itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow
Tiong Lai berharap media akan menggunakan istilah baru itu bagi tujuan penyeragaman, lapor Bernama.

"Dengan penyeragaman nama wabak influenza A(H1N1) ini, ia akan memudahkan laporan, berita akan lebih tepat, dan tidak akan menimbulkan kebimbangan kepada mana-mana pihak," katanya selepas mengadakan wawancara di stesen Radio Star FM hari ini.

Liow berkata siasatan WHO mendapati penyebaran wabak itu bukan
berpunca daripada kandang-kandang babi yang terletak berdekatan desa di Mexico, negara pertama wabak itu tercetus.

Tambahnya, kementerian menempatkan alat pengimbas di balai ketibaan lapangan terbang KLIA dan terminal LCCT di Sepang bagi melakukan saringan kesihatan terhadap penumpang.

"Setakat ini kami hanya menjalankan saringan kesihatan terhadap penumpang dari negara yang dilaporkan berlakunya kes influenza A (H1N1) seperti Mexico, Amerika Syarikat dan negara Eropah," Liow dipetik berkata.

Agensi berita itu juga melaporkan, tiada tanda jangkitan influenza A (H1N1) dikesan di kalangan 829 penumpang daripada 16 penerbangan antarabangsa yang menjalani saringan kesihatan semalam.

Kementerian juga dilaporkan bekerjasama dengan Jabatan Imigresen untuk mempergiatkan aktiviti saringan kesihatan di kesemua pintu masuk negara yang utama.

Pengarah kawalan penyakit kementerian, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman juga berkata, sehingga semalam tiada laporan kes yang disyaki melibatkan wabak berkenaan, manakala pemantauan penyakit selesema di semua fasiliti perubatan dan kesihatan di seluruh negara juga mendapati tiada peningkatan kes.

http://www.malaysiakini.com/news/103466

So, no more selesema BABI ok.
Marah plak menteri penerangan baru tu karang.
Tak sopan langsung, tak mencerminkan budi bahasa masyarakat Malaysia.
Kesian Nabil jadi orang pertama kena marah.
Tapi tak pe dah menag kereta sebijik.
Marah jangan tak marah!
Apa guna jadi pak menteri.
Siap dapat tukar potfolio febret walaupun tak menang MT.

Budi Bahasa Budaya Kita!

p/s: orang berbudi kita berbahasa,
orang memberi, kita merasa

4.4.09

3 APRIL

Justify Full
Tanggal 3 April 2009 mencatat satu sejarah baru dalam lipatan sejarah Malaysia apabila Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 telah mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertuan Agung.

Seperti yang dijanjikan oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun) pada tahun lepas, peralihan kuasa kepada Dato' Seri Najib Razak berlaku seperti yang dirancang walaupun ini bukanlah rancangan awal beliau yang terpaksa diubah akibat desakan akar umbi katanya (lebih tepat Tan Sri Muhyidin Yasin sebenarnya).

Dengan jasa beliau itu, Tan Sri Muhyidin Yasin bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri tidak lama lagi.

Tambahan lagi beliau telah berjaya memenangi kerusi Timbalan Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini yang mana berjaya mengetepikan Tan Sri Muhammad Mohd Taib sekali gus memberi gambaran bahawa Tan Sri Muhammad juga akan diketepikan dari senarai kabinet baru yang bakal diumumkan kelak, bermakna beliau akan kehilangan jawatan yang disandangnya sekarang iaitu sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Perdana Menteri Malaysia yang baru juga diramal akan berjaya memimpin negara ke arah yang lebih cemerlang, gemilang, dan terbilang di samping beliau merupakan seorang pemimpin yang disayangi dan disanjungi rakyat.

Dengan pelantikan Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 ini, Barisan Nasional dijangka akan berjaya menyapu bersih ketiga-tiga pilihanraya kecil di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Air yang akan berlangsung serentak pada 7 April ini.

Selain itu, penganalisis politik juga berpendapat bahawa Barisan Nasional juga akan berjaya merampas kembali 4 negeri yang jatuh ke tangan pembangkang serta berjaya menakluk kembali Kelantan pada pilihanraya umum yang akan datang.

Keyakinan ini timbul disebabkan oleh personaliti Dato' Seri Najb Razak (bakal Tun) yang amat desenangi dan disegani rakyat tidak kira dari pihak penyokong kerajaan mahupun pembangkang.

Hal ini dapat dilihat apabila beliau mengumumkan pembebasan 18 orang tahanan ISA serta memansuhkan larangan pengeluaran 2 akhbar milik pembangkang pada malam pertama beliau sebagai Perdana Menteri.

Selamat bertugas Mr Prime Minister!

***

harap2 akhbar utusan malaysia akan terima aku bekerja dengan artikel yang amat menyayat hati ni, yang mana wartawan diorang pun tak sanggup tulis artikel macam ni, mesti diorang tak sanggup menahan ketawa.hahaha

28.2.09

Beberapa Perkara

1. Bulan february adalah bulan yang paling sikit hari tapi kurasa macam terlalu lama nak mengabiskan bulan ni, tak tahu mengapa.

2. Hidup ni takkan selamanya kita berasa selesa walaupun kita memang biasa hidup dengan selesa.

3. Selesa di sini bukan bermaksud banyak duit, cukup makan pakai tempat tinggal, atau tak dibelenggu masalah mahupun hutang.

4. Selesa dalam konteks dapat melakukan apa yang kita nak lakukan tanpa halangan atau gangguan atau sekatan walupun apa yang kita nak lakukan tu bukanlah sesuatu yang membuatkan kita selesa.

5. Kadangkala halangan atau dugaan tu datang menyapa saja, seperti angin sepoi bahasa, terasa di muka dan cepat-cepat pula hilang kesannya, seketika kemudian ia datang lagi menyapa, namun kita tak pernah mengendahkannya.

6. Sesekali pula masalah tu datang betul-betul mengganggu kita, mengacau kita, mengusutkan kita, seperti angin ribut kecil, meniup rambut kita, kusut masai jadinya, serabut dibuatnya, tapi tubuh kita tetap teguh, sikit pun ribut kecil tu tak dapat mengganggunya, namun kesan ribut kecil tu tetap kita terasa, walaupun mungkin hanya seketika.

7. Namun jarang sekali ia datang seperti taufan, malah mungkin tak pernah, membawa sekali semua benda bersamanya, tubuh kita turut diheret sama, perkara seperti ni lah yang betul-betul mengacaubilaukan hidup kita, malah kesannya amat dahsyat dan lama berlarutan, malam-malam sebelum tido kita akan memikirkannya, menyesalinya, membuatkan mata tak senang lelap.

8. Sesiapa yang pernah mengalami sesuatu seumpama itu, malah pernah beberapa kali mengalaminya, maka bersyukurlah. Setiap kali kita laluinya kita belajar banyak benda, menjadikan kita lebih kuat untuk menentang taufan yang mendatang.

9. Dan barang siapa yang belum pernah melauinya, cubalah untuk bersedia, kerana kita takkan boleh besedia sepenuhnya, kita tak tahu sekuat mana angin yang akan bertiup dan ketika mana ia akan bertiup.

10. Bersedialah semana mungkin kerana hidup takkan selamanya selesa.

*yang ini memang tak berapa difahami penulis sendiri, hanya melayan jari yang menaip mengikut irama mata yang terkatup-katup.

Pengumuman

KEMPEN BOIKOT BERMULA DI SELURUH DUNIA











BOIKOT BARANG BUATAN ZIONIS


Sila perhatikan barkod 729 – ini adalah barangan buatan negara Zionis.

Barangan ini sedang menyusup masuk. Waspada dimana-mana sahaja ketika membeli belah.

Kempen boikot Zionis Isreal telah dilancarkan di seluruh dunia.

*dipetik dari laman blog TT.

The Happening



Aku baru sudah habis menonton filem "The Happening" setelah beberapa hari cuba menyudahkannya. Bukanlah panjang mana pun cite tu, disebabkan ketiadaan masa terpaksa memakan beberapa hari.

The Happening, seperti diketahui ramai (atau tak tahu), adalah sebuah filem M Night Shyamalan. Tak banyak yang aku tau pasal director sorang ni. Tapi yang aku tau dia sorang director yang hebat dan mengarahkan filem-filem yang hebat.

Bila aku tengok je intro cite The Happening ni, nampak je nama M. Night Shyamalan (baru skarang aku reti sebut nama dia) aku terus decide nak menonton hingga ke tahap nama-nama watak dan pelakon terpapar sambil bergerak ke atas.

Sebabnya aku adalah peminat filem "The Village". Aku minat gile The Village, bagi aku cite ni sangat style, walaupun sorang rakan mengatakan cite tu sangat bosan. Tapi bagi aku tak, kejutan dalam filem tu btul-btul berjaya mengejutkan aku dengan sesuatu yang tak ku jangkakan. Tak tau la bagi orang lain, untuk rekod aku tak pernah tengok cite ni dari awal, mungkin sebab tu aku terkejut. hehe.

Bagi The Happening ni plak takde la mengejutkan malah tak memeningkan seperti tajuknya just agak mengantuk kalau menonton jauh malam sebab cerita yang agak slow. Jadi, apa sebenarnya aku nak cakap ni. Erm, ceritanya memang menarik dan penuh misteri macam filem-filem beliau yang lain dan membuat kita banyak berfikir, kalau rajin la, kalau tak lantak la kan.

Bila aku menonton cite ni mengingatkan aku kepada novel karya Ramlee Awang Mursyid yang paling baru aku baca itu hari, "Ungu Karmila". Ramlee Awang Mursyid amat berjasa dalam hidup aku. Beliau lah yang membuatkan aku berselera nak baca novel dan kadang-kadang jadi bernafsu.

Tapi tu la, filem tu betul-betul berkaitan novel Ungu Karmila tu. Tang mana yang berkaitan tu? Ntah la, susah nak cakap. Kalau rajin tengok la filem tu, dan baca la novel tu. Kalau rajin la, kalau tak lantak la kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...