25.8.08

90:10

"KAMI MAHU 90:10"

What does it mean abang-abang, akak-akak ?

Saya ni mentah lagi, fikiran belum matang, mumayyis orang cakap. Kurang faham lah slogan laungan abang-abang serta akak-akak dan ada juga makcik-makcik serta pakcik-pakcik yang penuh bersemangat menandatangani petisyen yang kabarnya dah bejaya mengumpulkan 700 tandatangan tu.

Saya kenal benar dengan nama-nama macam Sheila On 7, Dewa (now Dewa 19), Slank, dan lain-lain yang seangkatan dengan mereka. Saya suka dengar lagu mereka dulu. Masa zaman lagu berhantu Sephia dulu. Masa tu saya baru belajar bejalan, tateh orang panggil (saya tak pasti ejaannya). Saya semangat dengar lagu tu. Lagu Mery-Go-Slow pun saya minat sangat (saya tak pasti lagi ejaannya).

Masa tu abang-abang dan akak-akak tak kesah. Persaingan sihat kata mereka. Boleh lah, lagu mereka masih laku sebab penghebah radio waktu tu masih fasih bercakap bahasa melayu dengan sebutan orang melayu Malaysia.

Lepas tu, masa saya mula boleh belari-lari anak, saya dengar pulak kartun berenang menyeberang laut. Peterpend tak silap namanya (sekali lagi tak pasti ejaan). Mereka berjaya berenang dengan selamat dan berenang kembali ke sana membawa juta-juta duit rakyat kita. Tak mengapa, untuk perkembangan muzik kata abang-abang dan akak-akak. Tak cukup juta-juta mereka datang balik, terbang pula, tak perlu berenang lagi. Tapi kali ni, dengan rakan-rakan mereka. Samsong la, Radje la, Nidjib la (bukan Najib), Ungul la, macam-macam lagi la (semua ejaan tidak pasti).

Masa tu saya dengar suara-suara kecil yang cuba bercakap tentang hak kita. Mereka sedar kita dalam bahaya. Tapi mereka kecil sangat, corong radio pun tak keluar karya mereka. Kecik sangat, takde orang nak dengar pun, kata corong. Abang-abang dan akak-akak tak ambik port. Lagu tak sedap nak complain plak, lagu aku elok je keluar corong tiap-tiap hari, kata mereka. Lagu tak boleh jual tu sedar la diri, jangan nak salahkan orang pulak. Cemuhan saja yang mampu mereka berikan.

Majalah-majalah muzik mula mengakatan tentang perkara ni. Mereka sedar, sebab tu mereka tulis. Sudah lama mereka tulis benda tu, maknanya dah lama mereka sedar. Read again : majalah muzik. Bukan majalah hiburan yang saya maksudkan. Majalah muzik tulis pasal muzik, ahli muzik, event muzik, fakta muzik, dan segalanya tentang muzik. Majalah hiburan cerita pasal gossip, cinta, kawin, cerai, swimming pool, skandal, fitnah, musuh, dan segalanya tentang abang-abang dan akak-akak.

Mereka nak hak kita dibela, bukan hak mereka semata-mata. Mereka kata ibarat kera dihutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Mereka bukan suruh usir, tapi suruh kaji, suruh fikir. Mereka cuba bersuara. Saya dengar, tapi ramai yang tak dengar atau buat-buat tak dengar. Pedulikan la mereka, siapa mereka tu. Siapa yang kenal mereka. Majalah hiburan pun tak pernah masuk, banyak bunyi pulak. Mati kelaparan konon, ulat dalam batu pun boleh hidup. Pandai-pandai la cari makan.

Bukan masalah makan atau hidup. Ini soal industri, soal maruah, soal negara. Mereka cuba lagi tanpa putus asa. Mereka kata akan cuba lagi lain hari, sampai mati. Tapi tiada sahutan, hanya dikalangan mereka saja. Abang-abang dan akak-akak tak terganggu pun isi poket mereka, buat apa mereka kesah. Saya pernah terbaca sehingga mereka sanggup nak berdemonstrasi mengenai perkara ini, mungkin terpengaruh dengan reformasi barang kali. Namun undang-undang bukan di tangan mereka.

Akhirnya pabila cuba menjadi coba, pabila boleh menjadi bisa, pabila beza menjadi beda, pabila bila menjadi kapan, mereka terasa kerusi empuk mereka bertukar panas. Orang cakap panas bontot, tak senang duduk. Bila poket terasa ringan, corong mula nampak sempit, pentas bergegar, microphone masuk angin, mereka pun mula mencari balik rakaman suara orang yang mereka tak ambik port suatu ketika dulu. Lalu mereka ulang balik suara-suara itu dengan suara mereka yang lebih lunak kononnya. Keluar lah kembali segalanya. Kera dan susu, dianaktirikan, martabat industri, dan macam-macam lagi.

Sedangkan mereka yang sudah lama sedar pula tak ambik port dengan abang-abang dan akak-akak ni. Zaman tu dah berlalu kata mereka. Mereka dah perjuangkan lama dahulu, masa tu tak ada orang peduli. Tiada gunanya semua itu lagi. Mereka dah jumpa cara yang lebih baik dari itu, lebih baik daripada meminta ehsan, berteriak tanpa suara. Mereka sudah bergerak ke depan. Mencuba dengan pelbagai formula, untuk berenang pula ke sana. Dan membawa balik juta-juta kita yang dinikmati mereka. Tiada guna lagi bersuara, yang perlu sekarang ialah idea, kerja, keringat, dah hasil yang dapat menunjukkan kita lebih baik dari yang lain.

Abang-abang dan akak-akak. Teruskan lah usaha anda. Semoga berjaya. Supaya poket kembali kembung, kerusi kembali empuk, corong kembali luas, dan microphone kembali hangat. Saya amat-amat berharap dapat mendengar perkataaan cuba, boleh, beza, dan bila dalam bibit-bibit lagu yang keluar dari corong.

Semoga mereka berjaya. Sama-sama kita doakan.

90:10 - Perlukah ini semua?

Janganlah serius sangat abang-abang dan akak-akak.




20.8.08

TEN %


Bila orang bersuara, kita bersuara balik. Dengan lebih lantang, bergema ke serata pelusuk.
Berharap suara kita didengar satu dunia. Harap-harap begitu la. Jangan hanya seperti anjing menyalak bukit pulak. Siapa anjing!? Tak siapa mahu digelar anjing. Apatah lagi babi atau khinzir. Tapi menggelar orang, kita semua suka. Itulah kita, KAMI.

Cukuplah orang dah buat macam-macam kat kita. Cakap macam-macam kat kita. Gelar macam-macam kat kita. Cukuplah semua tu. Biar mereka buat apa yang mereka suka. Sebab mereka adalah mereka. Bukan kita, KAMI.

Mereka kata untuk persaingan. Mereka pula kata untuk ketuanan. Mereka kata lagi, untuk orang kita. Mereka jawab balik, untuk orang lain. Kita tanya siapa yang betul. Mereka jawab merekalah yang betul. Ada ramai mereka. Mana satu yang betul? Mengapa mereka saja yang betul? Bukan kita yang betul. Sebab kita bukan mereka. Kita adalah kita, KAMI.

Sudahlah kita. Mereka tak akan jadi kita. Tapi kita mungkin akan jadi mereka satu hari nanti. Jadi mereka yang mana satu? Itu semua tak penting. Mereka tetap mereka, tiada bezanya. Bercakap untuk kepentingan sendiri, bukan untuk kepentingan kita. Kita juga bercakap untuk kepentingan mereka, bukan untuk kepentingan kita. Sebab kita mungkin akan jadi mereka satu hari nanti. Tapi ingat, bila kita sudah jadi mereka kita tak akan jadi kita semula.

Kesimpulannya kita semua, kita janganlah serius sangat.

Sekian.


2.8.08

KEMBALI kepada petak pertama

Dalam situasi yang agak bosan tak tahu nak buat apa malam tadi, aku ternampak senaskah majalah atas sebijik meja paras lutut dalam master-bedroom rumah bujang (dulunya rumah family) ni. Lantas aku menyambar majalah tu dan mula membelekbelek halaman demi halaman yang amat menarik dengan gambar dan warna yang pelbagai.

Sudah agak lama juga lah aku meninggalkan aktiviti membaca komik2 hiburan yang menggunakan konsep ala2 komik jepun yang diadun mengikut citarasa remaja Malaysia masa kini. GEMPAK menjadi perintis kepada kelahiran lambakan komik atau majalah seumpama itu di pasaran pada masa ini.

UTOPIA lahir selepas GEMPAK, aku masih ingat lagi dengan jelas. Aku boleh dikatakan pengikut yang agak setia majalah tu pada masa tu. Walaupun jarang beli, tapi selalu pinjam la. Seronok la baca kartun2 dan info2 hiburan di dalamnya. Walaupun pernah ditegah dek cikgu BM sebab bahasa rojak yang digunakan penulis2 dalam majalah tu boleh mengakibatkan sesuatu yang buruk. Tapi aku baca gak.

Aku terus la belek2 dari muka ke muka majalah UTOPIA tu, cari kartun lukisan Ben. Dan aku jumpa la lukisan Ben yang begitu comel sekali ukisan awek2 nya. Lukisan dan pewarnaannya nampak kemas dan mudah dibaca. Dah lama aku tinggal siri komik tu. Aku pun tak tau dah sampai mana cerita tu berlanjutan. Hanya melihat awek2 comel lukisannya.

Aku belek2 lagi ke belakang lepas baca komik Ben. Sampai satu part tu pasal berita hiburan artis2 barat. Aku tertarik pada satu artikel ni. Mengenai seorang penyanyi wanita berkulit hitam. Siapa ntah nama dia aku pun tak kenal. Semestinya lah seorang penyanyi RnB. Apa yang menarik hati aku ialah headline artikel tu, berbunyi:

"KEMBALI KE PETAK PERTAMA"

Bukanlah sesuatu yang asing bagi aku ayat itu. Selalu sangat dah aku dengar. Lirik lagu orang kot. Dia leh plak ambik lirik lagu orang lain buat headline untuk artikel dia pasal artis barat. Kalau artikel pasal band yang menyanyikan lagu tu memang lah sesuatu yang tak perlu dipertikaikan lagi.

Dan tanpa segan silu dia pun merungkaikan mengenai tajuk artikel dia tu. Lebih kurang macam ni la bunyinya;

"Mesti korang tertanya-tanya kan pasal headline di atas. XXX (nama penyanyi) bukan lah seorang pelumba kereta atau motor, kembali ke petak pertama tu bermaksud beliau dah kembali ke landasan sebenarnya sebagai seorang penyanyi.."

Sungguh seronok tulisan dia kan. Mungkin mengganggap remaja yang membacanya akan berpendapat beliau seorang penulis yang sangat berstyle dapat mengaitkan bidang nyanyian dengan bidang lumba2. Wow, so cool.

Mungkin benda ni langsung tak menjadi isu bagi orang lain dan perkara yang dilakukan oleh penulis tu pun mungkin langsung takde salahnya pun. Mungkin dia dah berjumpa dengan penulis lirik lagu tersebut mintak kebenaran sebab setau aku penulis tu pun salah seorang peminat band yang menyanyikan lagu tu. Atau kalau dia tak mintak kebenaran pun bukan lah satu kesalahan menggunakan ayat dalam lirik orang lain, suka hati dia lah. Atau dengan nada yang lebih positif penulis tu cuba mempromosikan lagu band tersebut.

Namun bila dah dipandang buruk oleh aku yang serba jahil ni mula lah aku rasa nak menulis tentang benda tersebut. Rasa macam tak profesional plak ciplak2 lirik lagu orang. Dah la album pun belum release lagi. Tak enak la bagi aku, bagi orang lain mungkin tak menimbulkan masalah langsung. Lain la kalau dia tulis dalam ayat dia;

"seperti yang dinyanyikan oleh BUTTERFINGERS dalam lagu 1000tahun, XXX (nama penyanyi) telah 'kembali kepada petak pertama' dengan kembali mengeluarkan album terbaru...bla..bla..bla.."

Mungkin itu lebih enak bagi aku. Nampak la yang kita ni pinjam ayat orang. Tak la nampak macam kita cuba memperbodohkan orang lain dan akhirnya kita yang nampak bodoh.

Tapi tak tau la kan. Mungkin ayat tu sememangnya keluar dari otak dia sendiri tanpa dipengaruhi oleh lirik lagu. Siapa tahu. Sedangkan pelanduk dua serupa pun wujud 7 orang yang sama dalam dunia ni, masakan takde orang yang mempunyai buah fikiran yang sama. Lagipun 'kembali ke petak pertama' dan 'kembali kepada petak pertama' ada juga perbezaannya kan.

Itu saja lah buat kali ini.
Renung-renungkan, dan selamat beramal. (macam biasa dengar je ayat ni)

K E M B A L I kepada petak pertama.
K E M B A L I kepada selamanya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...