2.8.08

KEMBALI kepada petak pertama

Dalam situasi yang agak bosan tak tahu nak buat apa malam tadi, aku ternampak senaskah majalah atas sebijik meja paras lutut dalam master-bedroom rumah bujang (dulunya rumah family) ni. Lantas aku menyambar majalah tu dan mula membelekbelek halaman demi halaman yang amat menarik dengan gambar dan warna yang pelbagai.

Sudah agak lama juga lah aku meninggalkan aktiviti membaca komik2 hiburan yang menggunakan konsep ala2 komik jepun yang diadun mengikut citarasa remaja Malaysia masa kini. GEMPAK menjadi perintis kepada kelahiran lambakan komik atau majalah seumpama itu di pasaran pada masa ini.

UTOPIA lahir selepas GEMPAK, aku masih ingat lagi dengan jelas. Aku boleh dikatakan pengikut yang agak setia majalah tu pada masa tu. Walaupun jarang beli, tapi selalu pinjam la. Seronok la baca kartun2 dan info2 hiburan di dalamnya. Walaupun pernah ditegah dek cikgu BM sebab bahasa rojak yang digunakan penulis2 dalam majalah tu boleh mengakibatkan sesuatu yang buruk. Tapi aku baca gak.

Aku terus la belek2 dari muka ke muka majalah UTOPIA tu, cari kartun lukisan Ben. Dan aku jumpa la lukisan Ben yang begitu comel sekali ukisan awek2 nya. Lukisan dan pewarnaannya nampak kemas dan mudah dibaca. Dah lama aku tinggal siri komik tu. Aku pun tak tau dah sampai mana cerita tu berlanjutan. Hanya melihat awek2 comel lukisannya.

Aku belek2 lagi ke belakang lepas baca komik Ben. Sampai satu part tu pasal berita hiburan artis2 barat. Aku tertarik pada satu artikel ni. Mengenai seorang penyanyi wanita berkulit hitam. Siapa ntah nama dia aku pun tak kenal. Semestinya lah seorang penyanyi RnB. Apa yang menarik hati aku ialah headline artikel tu, berbunyi:

"KEMBALI KE PETAK PERTAMA"

Bukanlah sesuatu yang asing bagi aku ayat itu. Selalu sangat dah aku dengar. Lirik lagu orang kot. Dia leh plak ambik lirik lagu orang lain buat headline untuk artikel dia pasal artis barat. Kalau artikel pasal band yang menyanyikan lagu tu memang lah sesuatu yang tak perlu dipertikaikan lagi.

Dan tanpa segan silu dia pun merungkaikan mengenai tajuk artikel dia tu. Lebih kurang macam ni la bunyinya;

"Mesti korang tertanya-tanya kan pasal headline di atas. XXX (nama penyanyi) bukan lah seorang pelumba kereta atau motor, kembali ke petak pertama tu bermaksud beliau dah kembali ke landasan sebenarnya sebagai seorang penyanyi.."

Sungguh seronok tulisan dia kan. Mungkin mengganggap remaja yang membacanya akan berpendapat beliau seorang penulis yang sangat berstyle dapat mengaitkan bidang nyanyian dengan bidang lumba2. Wow, so cool.

Mungkin benda ni langsung tak menjadi isu bagi orang lain dan perkara yang dilakukan oleh penulis tu pun mungkin langsung takde salahnya pun. Mungkin dia dah berjumpa dengan penulis lirik lagu tersebut mintak kebenaran sebab setau aku penulis tu pun salah seorang peminat band yang menyanyikan lagu tu. Atau kalau dia tak mintak kebenaran pun bukan lah satu kesalahan menggunakan ayat dalam lirik orang lain, suka hati dia lah. Atau dengan nada yang lebih positif penulis tu cuba mempromosikan lagu band tersebut.

Namun bila dah dipandang buruk oleh aku yang serba jahil ni mula lah aku rasa nak menulis tentang benda tersebut. Rasa macam tak profesional plak ciplak2 lirik lagu orang. Dah la album pun belum release lagi. Tak enak la bagi aku, bagi orang lain mungkin tak menimbulkan masalah langsung. Lain la kalau dia tulis dalam ayat dia;

"seperti yang dinyanyikan oleh BUTTERFINGERS dalam lagu 1000tahun, XXX (nama penyanyi) telah 'kembali kepada petak pertama' dengan kembali mengeluarkan album terbaru...bla..bla..bla.."

Mungkin itu lebih enak bagi aku. Nampak la yang kita ni pinjam ayat orang. Tak la nampak macam kita cuba memperbodohkan orang lain dan akhirnya kita yang nampak bodoh.

Tapi tak tau la kan. Mungkin ayat tu sememangnya keluar dari otak dia sendiri tanpa dipengaruhi oleh lirik lagu. Siapa tahu. Sedangkan pelanduk dua serupa pun wujud 7 orang yang sama dalam dunia ni, masakan takde orang yang mempunyai buah fikiran yang sama. Lagipun 'kembali ke petak pertama' dan 'kembali kepada petak pertama' ada juga perbezaannya kan.

Itu saja lah buat kali ini.
Renung-renungkan, dan selamat beramal. (macam biasa dengar je ayat ni)

K E M B A L I kepada petak pertama.
K E M B A L I kepada selamanya..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...