25.8.08

90:10

"KAMI MAHU 90:10"

What does it mean abang-abang, akak-akak ?

Saya ni mentah lagi, fikiran belum matang, mumayyis orang cakap. Kurang faham lah slogan laungan abang-abang serta akak-akak dan ada juga makcik-makcik serta pakcik-pakcik yang penuh bersemangat menandatangani petisyen yang kabarnya dah bejaya mengumpulkan 700 tandatangan tu.

Saya kenal benar dengan nama-nama macam Sheila On 7, Dewa (now Dewa 19), Slank, dan lain-lain yang seangkatan dengan mereka. Saya suka dengar lagu mereka dulu. Masa zaman lagu berhantu Sephia dulu. Masa tu saya baru belajar bejalan, tateh orang panggil (saya tak pasti ejaannya). Saya semangat dengar lagu tu. Lagu Mery-Go-Slow pun saya minat sangat (saya tak pasti lagi ejaannya).

Masa tu abang-abang dan akak-akak tak kesah. Persaingan sihat kata mereka. Boleh lah, lagu mereka masih laku sebab penghebah radio waktu tu masih fasih bercakap bahasa melayu dengan sebutan orang melayu Malaysia.

Lepas tu, masa saya mula boleh belari-lari anak, saya dengar pulak kartun berenang menyeberang laut. Peterpend tak silap namanya (sekali lagi tak pasti ejaan). Mereka berjaya berenang dengan selamat dan berenang kembali ke sana membawa juta-juta duit rakyat kita. Tak mengapa, untuk perkembangan muzik kata abang-abang dan akak-akak. Tak cukup juta-juta mereka datang balik, terbang pula, tak perlu berenang lagi. Tapi kali ni, dengan rakan-rakan mereka. Samsong la, Radje la, Nidjib la (bukan Najib), Ungul la, macam-macam lagi la (semua ejaan tidak pasti).

Masa tu saya dengar suara-suara kecil yang cuba bercakap tentang hak kita. Mereka sedar kita dalam bahaya. Tapi mereka kecil sangat, corong radio pun tak keluar karya mereka. Kecik sangat, takde orang nak dengar pun, kata corong. Abang-abang dan akak-akak tak ambik port. Lagu tak sedap nak complain plak, lagu aku elok je keluar corong tiap-tiap hari, kata mereka. Lagu tak boleh jual tu sedar la diri, jangan nak salahkan orang pulak. Cemuhan saja yang mampu mereka berikan.

Majalah-majalah muzik mula mengakatan tentang perkara ni. Mereka sedar, sebab tu mereka tulis. Sudah lama mereka tulis benda tu, maknanya dah lama mereka sedar. Read again : majalah muzik. Bukan majalah hiburan yang saya maksudkan. Majalah muzik tulis pasal muzik, ahli muzik, event muzik, fakta muzik, dan segalanya tentang muzik. Majalah hiburan cerita pasal gossip, cinta, kawin, cerai, swimming pool, skandal, fitnah, musuh, dan segalanya tentang abang-abang dan akak-akak.

Mereka nak hak kita dibela, bukan hak mereka semata-mata. Mereka kata ibarat kera dihutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Mereka bukan suruh usir, tapi suruh kaji, suruh fikir. Mereka cuba bersuara. Saya dengar, tapi ramai yang tak dengar atau buat-buat tak dengar. Pedulikan la mereka, siapa mereka tu. Siapa yang kenal mereka. Majalah hiburan pun tak pernah masuk, banyak bunyi pulak. Mati kelaparan konon, ulat dalam batu pun boleh hidup. Pandai-pandai la cari makan.

Bukan masalah makan atau hidup. Ini soal industri, soal maruah, soal negara. Mereka cuba lagi tanpa putus asa. Mereka kata akan cuba lagi lain hari, sampai mati. Tapi tiada sahutan, hanya dikalangan mereka saja. Abang-abang dan akak-akak tak terganggu pun isi poket mereka, buat apa mereka kesah. Saya pernah terbaca sehingga mereka sanggup nak berdemonstrasi mengenai perkara ini, mungkin terpengaruh dengan reformasi barang kali. Namun undang-undang bukan di tangan mereka.

Akhirnya pabila cuba menjadi coba, pabila boleh menjadi bisa, pabila beza menjadi beda, pabila bila menjadi kapan, mereka terasa kerusi empuk mereka bertukar panas. Orang cakap panas bontot, tak senang duduk. Bila poket terasa ringan, corong mula nampak sempit, pentas bergegar, microphone masuk angin, mereka pun mula mencari balik rakaman suara orang yang mereka tak ambik port suatu ketika dulu. Lalu mereka ulang balik suara-suara itu dengan suara mereka yang lebih lunak kononnya. Keluar lah kembali segalanya. Kera dan susu, dianaktirikan, martabat industri, dan macam-macam lagi.

Sedangkan mereka yang sudah lama sedar pula tak ambik port dengan abang-abang dan akak-akak ni. Zaman tu dah berlalu kata mereka. Mereka dah perjuangkan lama dahulu, masa tu tak ada orang peduli. Tiada gunanya semua itu lagi. Mereka dah jumpa cara yang lebih baik dari itu, lebih baik daripada meminta ehsan, berteriak tanpa suara. Mereka sudah bergerak ke depan. Mencuba dengan pelbagai formula, untuk berenang pula ke sana. Dan membawa balik juta-juta kita yang dinikmati mereka. Tiada guna lagi bersuara, yang perlu sekarang ialah idea, kerja, keringat, dah hasil yang dapat menunjukkan kita lebih baik dari yang lain.

Abang-abang dan akak-akak. Teruskan lah usaha anda. Semoga berjaya. Supaya poket kembali kembung, kerusi kembali empuk, corong kembali luas, dan microphone kembali hangat. Saya amat-amat berharap dapat mendengar perkataaan cuba, boleh, beza, dan bila dalam bibit-bibit lagu yang keluar dari corong.

Semoga mereka berjaya. Sama-sama kita doakan.

90:10 - Perlukah ini semua?

Janganlah serius sangat abang-abang dan akak-akak.




1 comment:

Si Penanya (?) said...

en haziq! penulisan yg baik sebegini tiada yg memberi star(s)? bagus2... tertarik dgn gaya bahasa. aku link blog kau kat blog aku. ok? teruskan update. aku suka baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...