10.11.08

Update


Update terbaru dari saya:

***

Sedang mengharungi minggu yang sukar, memenatkan, memeningkan kepala, melenguhkan sendi dan otot, meletihkan otak, membuntukan minda, dan lain-lain yang sama erti dengannya.

Namun tetap kulalui juga dengan tabah hati dan tenang sehingga ada yang mula syakwasangka dengan ketenangan ku. Jangan disangka air tenang tiada buaya, sebab buaya memang tak lepak kat area air deras.

Tertarik dengan cerita gossip terbaru rumahtangga kian bergolak Norman-Abby. Aku menaip 'norman+abby' di carian YouTube, cuba mencari video terbaru mereka, mana tau ada adengan tampar-menampar ke, seronok jugak dilihat. Lagi-lagi Abby kelihatan bertambah comel walaupun sedang bersedih dalam mengandungkan baby. Tapi malangnya banyak video yang kujumpa mengenai dua ekor anak ajing yang sedang bermain-main di halaman rumah dan anjing-anjing itu bernama Norman and Abby. Erm, tafsirkanlah sendiri. Atau kata Nabil, lu pikir la sendiri.

Pertandingan '3M' merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO turut menarik perhatianku. Muhyidin Yasin akan dicabar. Erm, menarik bunyinya. Politik sentiasa menjanjikan sesuatu yang menarik walaupun sesetengah orang dah mula menyampah dengan politik, namun aku tetap setia. Darah politik mengalir dalam tubuhku. Hahaha. Agak over bunyinya.

Dan akhir sekali sedang menunggu kemunculan Antoo Fighter di pawagam berhampiran. Jika ada kesempatan akan ku pergi menontonnya. Akan ku tulis di dalam diari ku sebagai filem-wajib-tonton (walaupun aku tak ada diari).

***

Jadi itu sajalah rasanya update dari saya untuk kali ini. Walaupun tak ada orang yang nak tahu, saya tetap lampirkan juga di sini.

Terima kasih.

Carutan Lama

Carutan ini saya coretkan sebaik pulang bercuti Aidilfitri. Namun tak siap-siap jugak disebabkan kesibukan melanda. Lantas saya menyiapkannya cincai-cincai untuk tatapan bersama. Ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar penulis (saya sendiri).

***

Sabtu.
Tiga hari menjelang aidilfitri.
Sekitar KL Central.

***

Aku tiba di ibu kota seawal jam 10 pagi Sabtu itu dengan menjangkakan kota raya bakal dipenuhi oleh warga kota mahu pun warga bukan kota pada hari itu. Tambah2 lagi budak sekolah baru start cuti, bertambah kuatlah syakwasangka aku.

Aku melangkah deras meninggalkan stesen KTM menuju ke seberang. Setiap langkah kurasakan dihayun begitu laju, mengejar sesuatu yang tak pasti. Tapi orang2 di kiri-kananku kelihatan melangkah lebih laju dari aku. Apa la yang mereka kejar ni, aku tak mengalah, aku jalan lagi laju. Huh!

Dalam aku sibuk berlumba siapa-jalan-lagi-laju dengan orang2 di kiri-kananku, aku terpandang sesuatu yang indah, takde la indah mana pun. Berjalan didepanku seorang gadis berbaju kurung hijau plane tanpa tudung. Apa yang menarik hati aku pun tak tau lah. Tapi macam menarik dipandang. Aku yang tengah syok berlumba tadi melupakan sebentar perlumbaanku. Aku mengekor gadis tu dari belakang.

***

Dari jauh aku dah dengar bunyi 'tet..tet..tet..' dari traffic light tepi jalan yang memberi maksud "melintas la sekarang!". Aku dah begitu hampir dengan jalan, aku mempercepatkan langkah. Aku mesti melintas cepat, mesti ramai orang beratur di seberang sana, membeli tiket monorail. Susah la kalau aku lambat. Aku memotong gadis itu, dah tak mempedulikan dia lagi dan terus meluru ke bahu jalan. Malangnya bunyi 'tet..tet..tet..' tu pun berhenti sebaik aku baru nak melangkah jalur kuda belang di situ. Cet..bentak hatiku, serta merta aku berhenti.

Pejalan kaki yang lain pun serta merta berhenti memberi laluan kepada kenderaan yang lalu lalang. Namun dengan tak semena-mena aku sedar kelibat baju hijau tiba-tiba lalu melepasiku dan terus melintas jalan dengan selambanya dan memaksa kenderaan yang baru nak bergerak kembali membrek. Alamak, gadis tu la, dia potong aku balik. Teringat aku kepada iklan raya Enot di kaca TV.

"Kalau saya boleh mendengar, pasti awak boleh melihat," terngiang-ngiang amanat pakcik buta dalam iklan tu.

Kalau ikutkan hati nak je aku tahan gadis tu dari menyeberang macam pakcik buta tu buat kat Enot dengan menahan tongkat dia kat perut Enot. Tapi malangnya aku tak mempunyai tongkat seperti itu.

Apakan daya.

***

Apabila imej orang-lidi-sedang-berjalan kembali bertukar hijau, aku dan pejalan kaki yang lain melintas jalan raya itu dengan senang hatinya. Dan sesampainya di kaunter tiket monorail, aku dapati sikit je orang yang beratur. Jangkaanku meleset sama sekali. Aku hanya perlu menunggu dua orang di hadapanku sebelum dapat membeli tiket monorail dengan jayanya. Aku mula rasa tak berbaloi perlumbaan aku tadi. Aku pun menuju ke kawasan menunggu tren tanpa membuang masa menggunakan escalator yang disediakan.

Aku terlihat kelibat gadis berbaju kurung hijau tadi tu sedang menunggu tren di atas. Sanggup ambil risiko melintas bukan pada waktunya dan menggadai nyawa, akhirnya tunngu tren dengan aku jugak. Langsung tak berbaloi, mengubat sikit hatiku tentang perlumbaan tadi. Aku cuba mendekatinya, nak tunggu tren sebelah dia. Namun tempat yang aku aim tu dah diambil terlebih dahulu oleh seorang amoi yang tak ku kenali (semua orang di situ tak ku kenali sebenarnya).

Aku hanya mengintainya dari jauh. Namun dia tak henti-henti melihat skrin mobile phone nya. Sambil tersenyum-senyum dan kadang kala tertawa sendirian. Erm. Pasti sesuatu yang membahagiakan.

***

Aku tak perlu menunggu lama sebelum tren sampai, sesuatu yang melegakan bagi ku. Lantas aku melangkah masuk ke dalam tren dan mencari-cari tempat duduk. Seat betul-betul belakang seat driver aku pilih sebab dah tak ada pilihan lain. Tapi driver nya takde pun, dia change side pegi kepala di sebelah sana.

Aku paling suka naik public. Banyak ragam orang yang dapat kita lihat dan banyak juga ragam kita yang orang dapat lihat. Dan satu lagi perkara semasa kita menaiki kenderaan awam, kita banyak bermonolog dengan diri sendiri. Kebanyakannya ialah mengutuk orang yang mana mata kita tak sedap melihat. Benarkan? Percayalah.

2.11.08

Hard Luck Guys


Akhirnya igauan ngeri menjadi kenyataan.


Pavlyuchenko menunjukkan jalan keluar ke tangga turun pada minit terakhir.

Harry Redknap meranapkan angan-angan segerombolan The KOP.

White Heart Lane; seperti dijangka menjadi medan pemusnah.

Usah ditanya, ternyata saya kecewa walaupun saya tiada di sana.

Maka itulah nasib 'pendahulu sementara'.

Akan cuba lagi, lain hari, sampai mati.

1.11.08

Carutan di Kala Malas Study


Sekarang jam 10:05 pagi di Liverpool. Aku seperti dapat merasai kedinginan pagi di sana. Pada masa yang sama aku dapat merasai kehangatan yang dirasai oleh penghuni di sana menanti perlawanan menentang Spurs beberapa jam saja lagi.


Game dijadual kan pukul 5:30 petang, selepas Asar. Pasti sempat bagi yang beragama Islam untuk menunaikan solat Asar terlebih dahulu sebelum bergegas ke White Heart Lane Stadium. Teringat masa zaman sekolah dahulu, bergegas ke padang selepas solat Asar untuk menyaksikan perlawanan MSSPk, bola mahupun ragbi. Solat pun dengan memakai seluar putih dan baju cross-colour itu. Semasa solat pun sudah dapat merasai semangat untuk menang walaupun hanya akan menjadi penonton di tepi padang.

Lawan yang dihadapi kali ini bukanlah calang-calang lawan. Anak buah Harry Redknap yang sedang menebus kekecewaan penyokong di White Heart Lane. Mereka baru saja mencuri satu mata di Emirates Stadium, dan pasti mereka memburu 3 mata di tempat sendiri.

Huh, satu cabaran yang cukup getir buat Stevie dan rakan-rakan dalam misi mempertahankan maruah untuk tidak dilabel sebagai 'pendahulu sementara' oleh pesaing-pesaing yang lain.

Ayuh rakan-rakan, kita buktikan pada mereka!

Three days to go. Aku sungguh malas.

Isu Semasa


Sudah lama saya tidak meninggalkan sebarang coretan/carutan di halaman ini. Bermakna sudah lama juga saya tidak berpeluang meleburkan apa yang terbuku di hati.

Beberapa hari yang lepas saya ada terbaca mengenai cadangan untuk mengurangkan atau memansuhkan terus bayaran yang dikenakan kepada pelajar lepasan SPM dan STPM untuk membeli nombor unik ID aplikasi dalam talian bagi permohonan kemasukan ke IPTA. Bayaran RM10.60 dan RM 15.60 yang dikenakan membebankan pelajar, menurut timbalan presidan GPMS.

Saya teringat ketika saya melalui zaman itu dahulu. Mungkin bayaran itu bukanlah sesuatu yang mendatangkan masalah buat saya dan saya yakin juga buat mereka yang lain kecuali golongan yang betul-betul kurang mampu (bukan yang buat-buat tak mampu untuk menagih simpati). Benar, sedikit sebanyak yuran itu membebankan pelajar, tambahan lagi pelajar terpaksa menambah 60 sen sebagai bayaran perkhidmatan kepada BSN. Ini sebenarnya yang kurang menyenangkan saya.

Perlukah bayaran 6o sen itu dikenakan kepada pelajar? Atas alasan bayaran kepada perkhidmatan yang disediakan oleh bank yang mana satu-satunya bank yang menyediakan perkhidmatan untuk permohonan ke IPTA itu. Perkhidmatan apa yang kita bayar sebenarnya? Saya berpendapat semua sudah sedia maklum perkhidmatan sebagaimanakah yang disediakan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN).

Premisnya sangat cantik, bangunan baru. Bahkan besar sekali. Dengan udara nyaman di dalamnya, dilengkapi sistem nombor giliran yang begitu sistematik, bagai tiada apa yang cacat cela. Kaunter yang disediakan cukup banyak, menjangkau ke 7 hingga lapan kaunter untuk berurusan. Namun malang sekali kaunter yang beroperasi cuma 2, atau tiga.

Saya masih ingat saya tiba dalam jam 2 petang lebih, selepas lunch hour hari itu. Saya terus menekan punat untuk mengambil angka giliran. Setelah mengoyak kertas putih kecil itu lantas saya menoleh ke skrin di hadapan. Wah, lebih 100 nombor yang saya terpaksa tunggu, dan kaunter yang berpenghuni hanya dua kaunter. Salah satu sedang melayan pelanggan dan satu lagi kelihatan seorang wanita sedang menghadap komputer tanpa pelanggan di hadapannya. Tapi dari pengamatan saya, orang yang ada dalam bank itu hanya kira-kira 50 orang sahaja. Jadi, apa maksudnya semua ini?

Situasi tersebut berlanjutan hingga beberapa nombor seterusnya. Pekerja wanita tadi masih asyik menghadap komputernya tanpa mengambil sebarang pelanggan. Mungkin beliau sedang asyik bermain solitaire, saya tak pasti. Maknanya ketika itu hanya satu kaunter yang berfungsi, dan beberapa kali nombor dipanggil tiada siapa yang tampil. Barangkali segelintir yang sudah bosan menunggu sama seperti saya pada ketika itu. Akhirnya saya mengalah dan datang kembali pada awal pagi keesokan harinya.

Jadi inilah perkhidmatan yang kita bayar sebanyak 60 sen itu. Mungkin tak berlaku di tempat yang lain, tapi saya yakin di kebanyakan tempat begitulah keadaannya. Masalahnya kita tidak diberikan pilihan untuk berurusan di bank mengikut kehendak kita. Kalau tidak, sudah tentu saya memilih bank-bank lain yang saya fikir berbaloi untuk membayar yuran perkhidmatan mereka sebanyak 60 sen itu.

Mungkin nampak kecil sangat jumlah 60 sen yang dikenakan itu. Tapi bayangkanlah setiap individu yang berhajat melanjutkan pelajaran ke IPTA terpaksa membayar 60 sen kepada BSN, berapa banyak keuntungan yang mereka terima atas perkhidmatan kelas pertama mereka itu. Sangat lumayan sehingga mampu menambah bilangan kaunter mereka dua kali ganda dari yang sebelumnya untuk ditinggalkan kosong tak berpenghuni.

Mungkin ramai yang tak bersetuju dengan saya, namun ini adalah pengalaman saya sendiri. Bukan sekali saya mengalaminya, dan bukan hanya satu tempat/cawangan saja yang pernah saya alami seperti ini. Cuma banknya saja yang sama, BSN, dan saya alami perkara yang sama juga di Pejabat Pos. Mungkin sekarang tidak lagi seperti itu, mungkin sudah berubah, saya tak pasti. Kerana sudah lama saya tak menjenguk keadaan bank ini. Saya berharap sudah berubah supaya tidak menbebankan adik-adik yang bakal berurusan di bank ini.

Jadi, apa salahnya jika dikurangkan cas itu kepada hanya 20 sen atau 30 sen. Sudah cukup banyak untungnya saya rasa. Atau apa salahnya dimansuhkan terus. Bukankah BSN merupakan bank milik kerajaan. Dah berjuta-juta rakyat membayar duit cukai dan sebagainya kepada kerajaan, perlukah lagi 60 sen itu sebagai bayaran perkhdmatan? Entahlah, mereka yang lebih arif. Siapalah yang akan mendengar keluhan rakyat-rakyat marhaines ini. Siapalah kita untuk bersuara.

60 sen? Alahai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...