1.11.08
Carutan di Kala Malas Study
Sekarang jam 10:05 pagi di Liverpool. Aku seperti dapat merasai kedinginan pagi di sana. Pada masa yang sama aku dapat merasai kehangatan yang dirasai oleh penghuni di sana menanti perlawanan menentang Spurs beberapa jam saja lagi.
Game dijadual kan pukul 5:30 petang, selepas Asar. Pasti sempat bagi yang beragama Islam untuk menunaikan solat Asar terlebih dahulu sebelum bergegas ke White Heart Lane Stadium. Teringat masa zaman sekolah dahulu, bergegas ke padang selepas solat Asar untuk menyaksikan perlawanan MSSPk, bola mahupun ragbi. Solat pun dengan memakai seluar putih dan baju cross-colour itu. Semasa solat pun sudah dapat merasai semangat untuk menang walaupun hanya akan menjadi penonton di tepi padang.
Lawan yang dihadapi kali ini bukanlah calang-calang lawan. Anak buah Harry Redknap yang sedang menebus kekecewaan penyokong di White Heart Lane. Mereka baru saja mencuri satu mata di Emirates Stadium, dan pasti mereka memburu 3 mata di tempat sendiri.
Huh, satu cabaran yang cukup getir buat Stevie dan rakan-rakan dalam misi mempertahankan maruah untuk tidak dilabel sebagai 'pendahulu sementara' oleh pesaing-pesaing yang lain.
Ayuh rakan-rakan, kita buktikan pada mereka!
Three days to go. Aku sungguh malas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment