10.11.08

Carutan Lama

Carutan ini saya coretkan sebaik pulang bercuti Aidilfitri. Namun tak siap-siap jugak disebabkan kesibukan melanda. Lantas saya menyiapkannya cincai-cincai untuk tatapan bersama. Ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar penulis (saya sendiri).

***

Sabtu.
Tiga hari menjelang aidilfitri.
Sekitar KL Central.

***

Aku tiba di ibu kota seawal jam 10 pagi Sabtu itu dengan menjangkakan kota raya bakal dipenuhi oleh warga kota mahu pun warga bukan kota pada hari itu. Tambah2 lagi budak sekolah baru start cuti, bertambah kuatlah syakwasangka aku.

Aku melangkah deras meninggalkan stesen KTM menuju ke seberang. Setiap langkah kurasakan dihayun begitu laju, mengejar sesuatu yang tak pasti. Tapi orang2 di kiri-kananku kelihatan melangkah lebih laju dari aku. Apa la yang mereka kejar ni, aku tak mengalah, aku jalan lagi laju. Huh!

Dalam aku sibuk berlumba siapa-jalan-lagi-laju dengan orang2 di kiri-kananku, aku terpandang sesuatu yang indah, takde la indah mana pun. Berjalan didepanku seorang gadis berbaju kurung hijau plane tanpa tudung. Apa yang menarik hati aku pun tak tau lah. Tapi macam menarik dipandang. Aku yang tengah syok berlumba tadi melupakan sebentar perlumbaanku. Aku mengekor gadis tu dari belakang.

***

Dari jauh aku dah dengar bunyi 'tet..tet..tet..' dari traffic light tepi jalan yang memberi maksud "melintas la sekarang!". Aku dah begitu hampir dengan jalan, aku mempercepatkan langkah. Aku mesti melintas cepat, mesti ramai orang beratur di seberang sana, membeli tiket monorail. Susah la kalau aku lambat. Aku memotong gadis itu, dah tak mempedulikan dia lagi dan terus meluru ke bahu jalan. Malangnya bunyi 'tet..tet..tet..' tu pun berhenti sebaik aku baru nak melangkah jalur kuda belang di situ. Cet..bentak hatiku, serta merta aku berhenti.

Pejalan kaki yang lain pun serta merta berhenti memberi laluan kepada kenderaan yang lalu lalang. Namun dengan tak semena-mena aku sedar kelibat baju hijau tiba-tiba lalu melepasiku dan terus melintas jalan dengan selambanya dan memaksa kenderaan yang baru nak bergerak kembali membrek. Alamak, gadis tu la, dia potong aku balik. Teringat aku kepada iklan raya Enot di kaca TV.

"Kalau saya boleh mendengar, pasti awak boleh melihat," terngiang-ngiang amanat pakcik buta dalam iklan tu.

Kalau ikutkan hati nak je aku tahan gadis tu dari menyeberang macam pakcik buta tu buat kat Enot dengan menahan tongkat dia kat perut Enot. Tapi malangnya aku tak mempunyai tongkat seperti itu.

Apakan daya.

***

Apabila imej orang-lidi-sedang-berjalan kembali bertukar hijau, aku dan pejalan kaki yang lain melintas jalan raya itu dengan senang hatinya. Dan sesampainya di kaunter tiket monorail, aku dapati sikit je orang yang beratur. Jangkaanku meleset sama sekali. Aku hanya perlu menunggu dua orang di hadapanku sebelum dapat membeli tiket monorail dengan jayanya. Aku mula rasa tak berbaloi perlumbaan aku tadi. Aku pun menuju ke kawasan menunggu tren tanpa membuang masa menggunakan escalator yang disediakan.

Aku terlihat kelibat gadis berbaju kurung hijau tadi tu sedang menunggu tren di atas. Sanggup ambil risiko melintas bukan pada waktunya dan menggadai nyawa, akhirnya tunngu tren dengan aku jugak. Langsung tak berbaloi, mengubat sikit hatiku tentang perlumbaan tadi. Aku cuba mendekatinya, nak tunggu tren sebelah dia. Namun tempat yang aku aim tu dah diambil terlebih dahulu oleh seorang amoi yang tak ku kenali (semua orang di situ tak ku kenali sebenarnya).

Aku hanya mengintainya dari jauh. Namun dia tak henti-henti melihat skrin mobile phone nya. Sambil tersenyum-senyum dan kadang kala tertawa sendirian. Erm. Pasti sesuatu yang membahagiakan.

***

Aku tak perlu menunggu lama sebelum tren sampai, sesuatu yang melegakan bagi ku. Lantas aku melangkah masuk ke dalam tren dan mencari-cari tempat duduk. Seat betul-betul belakang seat driver aku pilih sebab dah tak ada pilihan lain. Tapi driver nya takde pun, dia change side pegi kepala di sebelah sana.

Aku paling suka naik public. Banyak ragam orang yang dapat kita lihat dan banyak juga ragam kita yang orang dapat lihat. Dan satu lagi perkara semasa kita menaiki kenderaan awam, kita banyak bermonolog dengan diri sendiri. Kebanyakannya ialah mengutuk orang yang mana mata kita tak sedap melihat. Benarkan? Percayalah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...