22.7.08

Lebih Terampil


"ha..macam ni la baru maju..lebih kecik, mantap, LEBIH TERAMPIL.."

lebih terampil rupanya.

bukannya senang dikepit.
macam mana la aku boleh salah dengar.
minta maaf Berita Harian.
aku tak anti Berita Harian.
aku anti akhbar itu saja.

teringat komik Guru Terampil Onizuka yang sering dibaca dulu.
beberapa kali jugak aku menghatamkan komik tu.
mengisahkan semangat kental seorang guru yang tak layak bergelar guru.
namun menunjukkan bahawa dia lebih layak dari guru yang layak.
sebenarnya tak de la semangat kental sangat pun yang ditunjukkan.
cuma kebodohan melampau yang kadangkadang nampak sedikit pandai.
menunjukkan kelayakan akademik tak semestinya satu jaminan.
untuk menjadi seorang guru yang bagus dan baik.
atau pun guru yang terampil seperti digambarkan oleh tajuknya.

sapa yang pernah terbaca komik tu mesti faham.
apa guru terampil yang dimaksudkan dalam komik tu.
seorang guru yang berjaya menawan hati muridmurid yang degil.
atau lebih tepat murid yang biadap dan tak reti dengar cakap.
dan aku yakin itulah juga sasaran Berita Harian dengan format baru ni.
menawan hati lebih ramai pembaca dari pelbagai lapisan.
kerana Berita Harian hadir dengan lebih kecil, mantap, dan terampil.

selamat berjaya berita harian.
semoga menjadi akhbar yang lebih terampil.
dan senang dikepit.

20.7.08

Penulisan Seni Layar


Orang cakap aku tulis style lama. Sama macam aku tulis masa zaman hingusan dulu (skarang pun still hingusan lagi), tak berubah langsung. Zaman dah berubah, Berita Harian pun dah berevolusi jadi kecik, senang dikepit macam kata mamat dalam iklan tu. Dorang kata aku still suka tulis merepekrepek, tak de hala tujuan, tak de isi, tak membina, tak menjana minda. Tak serius.

Jangan Serius Sangat.

Dulu masa di bangku sekolah, masa zaman kaki bangku (skarang pun still kaki bangku lagi) kami selalu diingatkan oleh ustaz, jangan guna perkataan negatif sebagai permulaan ayat dalam jawapan Pendidikan Islam. Elakkan guna perkataan tak, tidak, jangan, dan lainlain (ada lagi ke) pada pangkal jawapan.
Contohnya caracara mengeratkan silaturrahim sesama jiran; elakkan menjawab 'jangan menunjukkan muka masam kepada jiran' atau 'tidak menyakitkan hati jiran' . Sebaliknya jawablah dengan jawapan 'menunjukkan muka manis kepada jiran' atau 'menyedapkan hati jiran'. Dah jadi kelas Pendidikan Islam plak kan. Jadi bila katakata negatif dilemparkan kepadaku dengan berpuluhpuluh perkataan 'tak', aku pun terpaksalah menjawab dengan kata negatif yang lain.

Jangan Serius Sangat.

Dulu masa kecik-kecik, masa zaman aku isap susu (skarang aku tak isap susu dah) botol, aku selalu buang botol susu meratarata lepas dah abis guna. Pastu perut dah lapar balik mula la cari botol susu tak jumpa. Bondaku tak de pun cakap, "tu la lain kali fikir dulu sebelum buang". Selalu yang beliau cakap "Ha, tu la. Lain kali buang lagi jauhjauh, biar sampai cucur atap," sungguh sinis cadangan tu hingga aku yang dalam katogeri mumayis pun faham sindiran tu bukanlah satu arahan yang patut dituruti.
Atau pun kadangkadang di waktu senja kala, sewaktu aku bermainmain di luar rumah menikmati zaman mumayis bersama yang lain, terdengar la sahutan dari dalam rumah,"Main la puaspuas kat luar tu, senjasenja ni hantu banyak bersiarsiar. Sorok dek hantu kopek kang tau la." Berdesupdesup kami melarikan diri ke dalam rumah setelah diugut dengan nama hantu kopek. Sungguh gerun dengar nama hantu tu pada saat itu sedangkan mungkin hantu tu la yang nak sangat dijumpai pada saat ini (bukan aku la).
Begitu la cara ibu bapa kita memberi ajaran tidak formal kepada kita, lebih berkesan daripada menegah. Bila dikata jangan, makin la lagi nak dibuat. Jadi kalau nak mengajar seseorang itu jadi serius, tak mainmain. Mudah saja, tegah saja.

Jangan Serius Sangat.

Kalaulah aku belajar Penulisan Seni Layar, tentu aku tak perlu tulis semua ni. Aku boleh menulis sesuatu yang bernas, berisi, berkaliber, dan berguna. Orang lain pun tak belajar Penulisan Seni Layar gak. Tapi kalau aku belajar pun macam la aku faham. Macam la aku rajin pegi kelas. Macam la aku leh score pointer tinggi. Itu lah persoalannya sekarang.
Perlukah aku kembali ke zaman hingusan aku dulu (skarang pun still hingusan lagi), zaman aku kaki bangku (skarang pun still kaki bangku lagi), zaman aku isap susu (skarang aku tak isap susu dah) botol. Tak perlu lah kan. Sebab sekarang zaman dah berubah, Berita Harian pun dah berevolusi jadi kecik, senang dikepit macam kata mamat dalam iklan tu.

Aku tulis seperti dulu lagi. Maaf kawan-kawan.

Jangan Serius Sangat.

15.7.08

Here I Go


july the 15th.
three days late.
tak mengapa lah.
K E M B A L I pun patut launch 06.07.08.
but till now pun still not available.

.....................................................................................................................................................

k e m b a l i will be distributed by Universal Music to all retailers around Malaysia including Singapore and Brunei.
Price RM 29.90 without 10% discount. (don't buy anything more then that)
Scheduled to hit the store on 21st July, first 1000 might go home with a free poster.
Dont go now, be patience until we publish the retailers list , 21 st onwards will do!!

..................................................................................................................................................................

ringkas dan padat memo yang mereka tinggalkan. pasti difahami oleh ribuan yang menanti buah tangan terbaru mereka di luar sana. tak perlu bermadah-madah dan berbunga-bunga seperti lirik lagu mereka.

.............................................................................................................................................................

M A H A R A N I

Mereka kata ku gila
Lagilah aku suka
Otakku geliga
Fikiran luar biasa

Mereka kata ku samseng
Tapi ku tak ambil pusing
Pedulikan semua
Fikir apa yang penting

Jangan percaya kata mereka
Sudah ku kenal pasti
Kau pujaan hati
Cinta sejati memang boleh dibeli
Tapi tak mungkin ditukar ganti
Akan ku taati Maharani

Mereka kata ku tipu
Tapi ku tak meniru
Mereka semua pemburu
Pemburu yang cemburu

Semua tuduhan fitnah belaka
Ada yang suka
Juga ada yang benci
Biar peluru menembus kulitku
Suatu yang pasti
Kekal abadi
Akan ku taati Maharani

Mereka kata kau sama
Tiada apa yang berbeza
Aku tau kau tak serupa
Tak silau lihat harta

Jangan percaya kata mereka
Sudah ku kenal pasti
Kau pujaan hati
Cinta sejati memang boleh dibeli
Tapi tak mungkin ditukar ganti
Akan ku taati Maharani

.......................................................................................................................................................................

cukup mendalam maknanya. walaupun agak straight forward dengan makna yang mudah difahami. tapi difahami dengan pelbagai tafsiran masing-masing.

sudahlah.

pointnya hanya satu.
target mereka 6th july, dapat publish 21st july.
dua minggu jugak la tertunda tu.
target aku 12th july, dapat publish 15th july.
kira ok la kan.

dah la, tak penting lagi..

***********************

time to move on.
no more testing2.
here comes the real.

HERE I GO..

9.7.08

Test 3

-----------------------------------------------------------

Permulaan baik KL Indie Fest 08



VOKALIS Meet Uncle Hussein, Noh (tengah) penuh bertenaga
ketika menyanyikan lagu berjudul Lalala Kerjalah pada KL Indie
Fest 08 di Menara KL, baru-baru ini.

**Utusan Malaysia Online - Hiburan, 9 Julai 2008 / 6 Rejab 1429

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

apakah yang cuba disampaikan oleh wartawan Utusan Malaysia ni sebenarnya?
sejak bila plak Noh jadi vokalis Meet Uncle Hussain?

mungkin beliau tersilap, noboby perfect kan orang cakap.
tapi takkan lah tersilap dengan nama vokalis band lain. band HUJAN plak tu.
band yang dimaki setiap kali nama band tu ditimbulkan dlm festival indiependent terbesar (kata mereka) yang berlangsung dengan jayanya itu (kata meraka lagi).

ada ketika Naza dan Aru menyebut perkataan 'BILA' mengikut gaya Noh menyanyikan lagu Bila Aku Sudah Tiada, berderet-deret jari hantu di tunjukkan ke udara seraya makian dihamburkan berkali-kali. rata-ratanya berbunyi 'FUCK HUJAN'.

"apa yang korang benci sgt kat HUJAN tu? gua ok je. gua peace.."

spontan respon Aru sebelum meneruskan dengan lagu seterusnya. dan crowd kembali menggila.
Republik of Brickfield betul-betul menjadi pengubat duka aku malam tu lepas dapat tahu Butter tak dapat main; semoga sedara emmet cepat sembuh.

bukan itu yang nak ditekankan kat sini. itu pasal indie scene lain.
ini pasal akhbar yang dibaca bejuta-juta orang dalam sehari.
come on la.

takkan la nak tulis pasal indie fest tak buat revision kot.
ataupun beliau berpendapat bahawa semua vokalis band indie bernama Noh?
ataupun itu satu perlian berbentuk sinis kepada indie scence yang sering melaungkan 'SUPPORT OUR LOCAL MUSIC SCENE'..?

entah la. hanya mereka yang tahu.
mungkin hanya satu lagi kesilapan kecil mereka.
seperti ralat ketika menyiarkan berita pelajar terbaik SPM dengan 18A1 dua tahun lepas.
dan juga pernah dapat penangan 'Go To Hell' daripada Adnan Yaacob dalam dewan rakyat suatu ketika dahulu.

dah beberapa tahun aku tak membeli akhbar tu.
terasa jijik pulak nak beli akhbar tu sejak kes parang kira-kira lima tahun lepas.
penipuan terbesar yang aku pnah baca dalam surat kabar.
banyak mana lagi yang dorang tipu tak tau la.

dah la. maafkan la mereka. mereka pun nak cari makan.
dengan cara apa itu terpulang pada mereka.

semua orang buat salah. cuma satu ku pinta.
jangan la dibuat salah yang pelik-pelik.

nama vokalis tu LAN, jauh sangat bunyinya dengan NOH.
mungkin sama sebab tiga abjad, terkeliru. siapa tahu.

jangan serius sangat.

sekian.

8.7.08

Second Test


memperlahankan hayunan kipas langsung tak membantu mengurangkan kesejukan di tengah-tengah malam ni; atau lebih tepat di awal pagi ni.
saat-saat begini tido lah benda yang paling nikmat untuk di buat (sebagai seorang bujang la).
namun jarum jam dinding tak pulak aku nampak berpusing mengorbit paksinya sebab kat rumah ni tak ada jam dinding pun.

bukan la something yang pelik pun tak mempunyai jam dinding untuk sebijik rumah bujang yang aku sewa ni (dulunya rumah family) sebab aku ada jumpa jam dinding dalam rak kasut kat luar rumah petang tadi, masa ingin menghumban rak kasut yang dah tak de gaya rak kasut sampai kasut pun dah tak ngaku tu rak dia ke pinggir jalan raya di luar rumah biar dikutip dek sape-sape yang berminat. kat mana aku tadi,panjang sangat sampingan.

ha, jumpa jam dinding petang tadi. cantik lagi jam dinding tu. peninggalan tuan rumah gamaknya. anggap je lah begitu, kalau bukan tak tau la aku. siap apa nukilan khat 3-kul lg tu pada dasar jam tu. sayang nak menghumban jam tu bersama-sama rak kasut usang tu sekali. dengan harapan jam tu masih boleh berfungsi dgn normal aku selamatkan lah jasad jam tu dan bawak ke dalam rumah sebelum kembali kepada tugas asalku untuk menghumban rak kasut yang tak berupa rak ksut tu.

honestly, lebih sesuai rak ksut tu dikatakan mirip-mirip kepada tangga kandang kambing yang aku pernah nampak masa ikut pakcik aku balik kampung dia dekat senaling suatu ketika dahulu. banyak benar kambing di situ. anak kambing pun tak kurang comel jugak sebenarnya. tapi tak tau la kambing-kambing tu nak mengaku ke tak rak ni mirip kepada tangga kandang mereka. entah la, dah terlambat aku nak tanya. dah lama benar dah peristiwa lawatan ke senaling tu berlalu. lagi pun kalau aku tanya kambing tu pun confirm la aku kena cop gila dgn orang senaling. tak sanggup aku walaupun anak kambing agak comel pada pandangan aku.

ok lah. berbalik kepada jam dinding. selesai saja tugas menghumban rak kasut tu, aku KEMBALI mendapatkan jam dinding tersebut. nengok keadaannya yg berabuk sana sini, aku seperti biasa tak boleh tengok something yang tak sedap mata memandang terus ke dapur dan mengelap jam tu dengan span basuh pinggan bercolek axion kaler kuning(perisa lemon tak silap aku, span tu pun kaler kuning gak tapi bukan perisa lemon la, perisa biasa je). agak-agak dah nampak gaya macam jam skit, ok lah tu. aku naik atas cari bateri AA namun tak berjumpa. terpaksalah menunggu seketika.

lebih kurang sejam lepas tu sahabatku yang dikabarkan ada memiliki bateri AA pun KEMBALI ke rumah. honestly aku tak ingat pun pasal jam tu sebab tengah khusyuk melayan mozilla firefox time tu, dia yang tanya aku pasal jam tu. tapi tak best la kan. so diubahlah cerita, bila dia sampai je kat rumah lantas aku terus suruh dia mengenakan bateri AA di tempat yang disediakan pada belakang jam tersebut(nampak macam aku concern skit kan).

namun malangnya ternyata harapan aku tinggal kenangan. jam tu langsung tak menunjukkan nafsu untuk bergerak walaupun sedikit. sahabatku pun mengishtiharkan jam itu dah tak boleh berfungsi sama sekali walaupun aku cuba menegah dengan mengandaikan bateri AA dia yang bersalah. "energizer baru beli kot". cukup untuk melenyapkan sisa-sisa harapan aku. lepas tu sampai pula satu lagi statement dari rakan yang lain. kalau jam ni elok, takkan la dia letak dalam rak kasut dekat luar rumah tu. logik jugak, aku fikir.

begitu la cerita jam dinding tersebut. tak abis lagi. apabila disaran utuk dibuang saja jam tu, ada bantahan. cantik lagi jam tu, gantung je la, ada surah 3-kul lagi tu. padahal dorang tak tau aku yang mencantikkan jam tu. tak kesah la, aku buat kerja ikhlas. lalu diletakkanlah jam tu di atas kotak fius elektrik di tepi tangga sebab tak de tempat nak gantung. agak tinggi kotak fius tu. elok saja jam tu parking di situ, rakanku perasan pulak yang jam tu senget kedudukannya. lantas dia menjengketkan kaki dan menghulur tangan untuk membetulkan posisi jam tu.

arakian telah ditakdirkan apabila jarinya menyentuh saja jasad jam itu, hilang lah kestabilan jam itu dan terjatuh la menghempas ke lantai. di saat bertemu saja permukaan jam dengan permukaan lantai, terhasillah bunyi yang agak nyaring dan kuat atau digelar bunyi pecah. bermakna pecah la jam tersebut pada saat itu. aku tak dapat berbuat apa-apa. hanya melihat serpihan jam itu disapu dan dimuatkan ke dalam bakul sampah. menjeling saja sebenarnya.

begitulah ceritera mengenai sebuah jam dinding yang aku jumpa petang tadi. bukanlah penting sangat pun, tapi memang tak penting langsung. sekurang-kurangnya memberi aku modal untuk mengarut dalam coretan yang tak bermakna ini. sesiapa yang ada terbaca, seribu kemaafan dipohon jika membuang masa anda yang berharga. andai sakit hati, jangan lah dikutuk. kutuk je lah dalam hati. kepada yang tidak membaca tahniah di ucapkan. maknanya tahniah untuk satu dunia.

bukan apa, cuma kala hening kesejukan di tengah-tengah malam ni; atau lebih tepat di awal pagi ni, saat-saat paling nikmat untuk tido (sebagai seorang bujang la).agak pelik tanpa bunyi jetakan jarum saat jam dinding berpusing mengorbit paksinya sebab kat rumah ni tak ada jam dinding pun. bukan la something yang pelik pun tak mempunyai jam dinding untuk sebijik rumah bujang yang aku sewa ni (dulunya rumah family).

sebab aku ada jumpa jam dinding dalam rak kasut kat luar rumah petang tadi...

7.7.08

Testing

test test.
one two three.
four five six.
check check.
thank you.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...