22.7.08

Lebih Terampil


"ha..macam ni la baru maju..lebih kecik, mantap, LEBIH TERAMPIL.."

lebih terampil rupanya.

bukannya senang dikepit.
macam mana la aku boleh salah dengar.
minta maaf Berita Harian.
aku tak anti Berita Harian.
aku anti akhbar itu saja.

teringat komik Guru Terampil Onizuka yang sering dibaca dulu.
beberapa kali jugak aku menghatamkan komik tu.
mengisahkan semangat kental seorang guru yang tak layak bergelar guru.
namun menunjukkan bahawa dia lebih layak dari guru yang layak.
sebenarnya tak de la semangat kental sangat pun yang ditunjukkan.
cuma kebodohan melampau yang kadangkadang nampak sedikit pandai.
menunjukkan kelayakan akademik tak semestinya satu jaminan.
untuk menjadi seorang guru yang bagus dan baik.
atau pun guru yang terampil seperti digambarkan oleh tajuknya.

sapa yang pernah terbaca komik tu mesti faham.
apa guru terampil yang dimaksudkan dalam komik tu.
seorang guru yang berjaya menawan hati muridmurid yang degil.
atau lebih tepat murid yang biadap dan tak reti dengar cakap.
dan aku yakin itulah juga sasaran Berita Harian dengan format baru ni.
menawan hati lebih ramai pembaca dari pelbagai lapisan.
kerana Berita Harian hadir dengan lebih kecil, mantap, dan terampil.

selamat berjaya berita harian.
semoga menjadi akhbar yang lebih terampil.
dan senang dikepit.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...