2.9.08

Alhamdulillah

2 Ramadhan 1429

Ramadhan tiba lagi tahun ni. Aku puasa lagi. Sama macam yang aku buat beberapa tahun lepas. Sejak dari aku berusia enam. Aku cukup kental ketika tu. Sehari pun tak pernah miss. Abang-abangku menjeling cemburu. Nak duit raya lebih la tu, bisik mereka, walaupun aku boleh dengar dengan samar-samar.

Kawan-kawan lain masa tu dapat upah, sehari-seringgit. Abah cakap tak payah upah-upah la nak puasa, puasa nak pahala, bukan nak duit. Aku cakap kat kawan-kawan, dorang tak faham. Dapat duit la best, 3o ringgit dah cukup banyak. Walaupun terpaksa puasa tipu-tipu. Makan nyorok-nyorok, masuk hutan makan buah rambutan (cam pantun plak). Yang penting bagi mereka dapat duit, leh beli kereta dash-young-kuro. Tak pun beli mercun mancis.

Tapi aku tak macam tu, aku jujur, walaupun tak ada tawaran upah. Tapi aku tau, duit raya aku mesti lebih dari abang-abang aku. "Tu la, sape suruh tak puasa penuh, dapat la duit sikit". Aku pasti itu yang akan didengari oleh abang-abang aku di pagi raya yang hening dengan telinga yang panas. Aku pun dengar jugak, tapi dengan perasaan yang bangga dan eksen, sebelum kembali dibuli oleh mereka pada petang harinya.

Kini ramadhan kembali bertandang, dan akan pergi dalam masa kira-kira 28 hari lagi. Sebelum menggamit kehadiran syawal yang pastinya lebih dinanti-nanti. Ganjaran selepas sebulan berpuasa, orang kata, aku tak pasti. Lebih dinanti-nanti daripada ramadhan, bulan yang mempunyai satu malam yang bagaikan 1000 bulan. Lamanya seribu bulan, nak abiskan satu sem enam bulan pun dah cukup seksa. Begitu lah keistimewaan ramadhan. Sekali dalam setahun, mungkin dua kali setahun ikut kalendar kuda.

Alhamdulillah aku diberikan satu lagi nikmat ramadhan. Di usia yang makin tua walaupun masih muda. Bukan lagi umur enam tahun, masa untuk berlumba-lumba kumpul duit raya sapa lagi banyak. Mungkin sebab tu lah dulu aku kental menahan lapar dan dahaga. Mungkin, aku dah lupa. Yang penting aku puasa penuh, dan dapat duit raya lebih.

Semua itu sudah tidak bermakna lagi sekarang. Ramadhan membawa pengertian yang berbeza berbanding semasa umur enam. Pengertian yang masih dicari.


Alhamdulilllah.


2 comments:

Azue Azizi said...

nak duet raye! hehe.

RHAZ said...

puasa tak penuh mana leh dapat duet raya.hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...