23.12.10

Ada Apa Dengan Ngangkung?


Sejak akhir-akhir ni keje aku duk tengok web site FINAS tu je, dah leh letak kat bookmark dah web site tu gamaknya.hehe

Setelah membelek-belek web site tersebut, ini adalah antara perkara yang menarik perhatian aku:

Adeh apa kecik benar print screen ni, harap-harap boleh nampak lah ye.

OK, kalau tengok nombor 24 tu, Ngangkung berjaya mengutip RM7.77 juta dan bertanda bintang maknanya tayangannya masih belum tamat, maknanya kutipan Ngangkung masih boleh bertambah. Wow, that's really amazing! 7.77 juta beb!

Take a look at this pulak:

Di ranking pertama ialah Adnan Sempit dengan kutipan RM 7.66 juta, sedangkan Jangan Pandang Belakang yang dikatakan sebelum ni memegang rekod kutipan filem tempatan tertinggi hanyalah di tempat ke-6, dengan Sembilu pun kalah kot.hehe

OK, apa yang nak ditekankan di sini, kutipan filem Ngangkung dah pun memecah rekod mengatasi Adnan Sempit dan menjadi filem tempatan dengan kutipan paling tinggi setakat ini. Untuk rekod, Ngangkung adalah filem sulung arahan Ismail Bob Hasim yang belum pernah mengarah mana-mana filem sebelum ini. Wah, menarik bukan? OK, tak dinafikan mungkin jumlah kutipan dalam web site Finas tu pun bukanlah yang muktamad, mungkin hanya kutipan kasar dan akan dikemas kini kemudian. Kita tengok je lah nanti.

OK, ada apa dengan Ngangkung ni?


Ngangkung, Ngangkung, Ngangkung. Aku ada terbaca beberapa review menarik pasal filem Ngangkung dalam blog-blog bila aku google Ngangkung untuk tau best ke tak, sebab filem pengarah baru, aku masih ragu-ragu. Aku amat tertarik hati bila semua review yang aku baca memuji filem ni seratus peratus, rata-rata mengatakan filem ni bagus dan kelakar (favorite aku). Malah ada satu blog aku baca menulis begini, "Aku tak akan review filem tu kalau tak bagus". Macam tu pun ada ye? Jadi, pada ketika itu hati aku membuak-buak untuk meonton filem ini.

Tapi niat aku agak terbantut bila mendengar komen negatif dari seorang kawan aku. Tak best, baik tak payah tengok. Bila kawan aku ni kata tak best, aku tau dia berkata benar. Aku cakap balik dekat dia, tapi ramai orang pegi tengok kan? Kawan aku tu jawab, orang ramai tengok sebab ada Sam, orang ingat lawak macam Adnan Sempit, tapi tak pun. Sam tak lawak pun dalam tu. Bila aku dengar komen ringkas dari kawan aku tu, aku lupakan sebentar niat nak tengok Ngangkung tu. Sebab tu bila Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) keluar wayang, aku tak teragak-agak pergi tengok cerita tu dulu.

OK, nak dijadikan cerita, hari minggu lepas salah seorang kawan aku yang sama-sama tengok cerita HKLBR dengan aku hari tu ajak tengok wayang lagi, disebabkan kebosanan. Lalu kami mengambil keputusan untuk tengok Ngangkung pada hari itu sebab tak ada cerita lain yang menarik hati dan komen yang amat negatif tentang filem Tron dari kawan-kawan. Hall kecik untuk filem Ngangkung masih penuh walaupun dah masuk minggu ke-3 tayangan, aku duduk barisan ke-3 dari depan.

Secara jujurnya, aku tak meletakkan harapan yang tinggi ketika menonton filem ni. Tapi malangnya aku terpaksa mengakui bahawa harapan yang tak tinggi aku letakkan tu pun masih tak dapat dipenuhi oleh filem yang memegang rekod kutipan paling tinggi ini. Sedangkan kawan aku yang cakap cerita HKLBR tu terbaik pun boleh tertidur sebelah aku. Inikan aku yang menggangap HKLBR masih boleh diperbaiki, macam mana aku nak describe pandangan aku pasal filem ni pun tak tau lah. Tapi bukanlah kekecewaan aku tu sampai tahap aku kecewa masa tengok cerita Jin Notti mahupun cerita Maut. Ceritanya still boleh layan, tapi aku kecewa sebab ceritanya tu macam tak sepadan dengan jumlah kutipan yang amat tinggi.

Aku kadang-kadang hairan macam mana ada orang boleh cakap cerita ni terbaik, best gile, wajib tengok dan sebagainya. Sekali lagi aku bukan nak memperlekehkan filem tempatan terutamanya filem Melayu, tapi kita harus berpijak di bumi nyata dan mengakui kenyataan. Aku bertambah pelik bila ada orang kata Ngangkung is much better than HKLBR. Aku tau, setiap orang ada citarasa sendiri. Sudah tentu ramai yang bersetuju yang Ngangkung lebih baik daripada HKLBR berdasarkan hasil kutipan yang agak jauh berbeza.

Tapi bagi aku, tidak sama sekali. Kalau ditengok betul-betul, kedua-dua filem ni ada beberapa persamaan dalam jalan ceritanya. Pertamanya, kedua-duanya adalah filem yang ber-genre seram komedi. Kalau nak dilihat dari segi seramnya, aku akui Bob lebih banyak menyuntik elemen-elemen seram dibandingkan dengan Mamat Khalid. Tapi bagi aku, untuk sebuah filem seram komedi, the comedy always come first. Sebab tujuan utamanya adalah untuk bagi orang ketawa dan bukannya orang takut. Ngangkung menyajikan banyak unsur-unsur seram dan elemen kejutan untuk buat orang terkejut. Kesian aku tengok budak-budak kecik sebelah aku asik terkejut tengok cerita lawak. Tapi lawaknya taklah sehebat HKLBR dan aku rasa aku tergelak dua tiga kali je sepanjang tayangan filem tu. Disebabkan aku peminat komedi, bagi aku HKLBR menang dari segi ni.hehe

Persamaan keduanya pula ialah kedua-dua filem menyelitkan pengajaran dalam jalan ceritanya. Tapi yang berbeza ialah pengajaran dalam Ngangkung adalah jelas melalui jalan ceritanya, pasal orang main nombor ekor. Tapi cara HKLBR pula berlainan, pengajarannya berbeza mengikut babak-babak yang tertentu. Dalam jalan cerita keseluruhannya, tiada pengajaran pun sebenarnya sebab cerita orang gila yang lari balik rumah dari mental hospital. Tapi pengajarannya diterapkan dalam lawak-lawak sinis dan nasihat-nasihat sepanjang filem itu sendiri. Sekali lagi aku menyebelahi HKLBR dalam perkara ni.

Satu lagi persamaan dalam kedua-dua filem ni yang mana amat aku tak berkenan ialah jalan cerita yang berakhir dengan kesedihan. Tak salah kalau nak menyelitkan unsur sedih dalam filem komedi, tapi aku rasa unsur sedih dia tu macam terlalu berat untuk sebuah filem komedi. Bayangkanlah betapa sedihnya bila dapat tau awek Awie yang selama ni dia bayangkan hidup rupanya dah meninggal dan sepanjang cerita tu dia hanya berkhayal. Dalam Ngangkung lagilah sedih bila seorang bapa sanggup memukul anak perempuan yang amat disayanginya kerana obses dengan nombor ekor. Unsur-unsur sedih macam ni boleh menyentuh perasaan dan membuatkan orang menangis dalam wayang. Tapi tak kan lah orang nak menangis dalam tayangan sebuah filem seram komedi? Pelik bunyinya tu kan?

Orang tengok filem komedi untuk ketawa, kalau tersentuh sedikit sebanyak tu boleh la diterima. Aku pun tengok cerita Setem gelak bagai nak rak tapi tersentuh jugak tengok kasih sayang kakak-adik yang dilakonkan Vanidah Imran dan Que Haidar dalam filem tu. Itu barulah dinamakan side kick dalam komedi, tak boleh lah satu kesedihan berat diadunkan dalam komedi. Jadi pelik lah pulak rasanya. Aku tengok kedua-dua filem ni bila dah nak sampai ending dah masuk part sedih, aku macam terpikir, eh sedihnya cerita ni, nak buat apa ni? Nak gelak tak boleh, menyesal aku ketawakan diorang tadi. Sampai tahap macam tu sekali (sudah tentulah satu hyperbola semata-mata).

Aku geram punya pasal sampai aku lupa dah nak tulis apa tadi. OK, kesimpulannya HKLBR menang 3-1 sebab yang third tu dua-dua bolos. Tapi dari segi kutipan amatlah malang apabila HKLBR kalah teruk kira-kira dengan beza 3 juta (belum rasmi). Di sini aku dapat nampak satu perkara, pengarah bukanlah satu faktor yang besar untuk mendapat kutipan yang tinggi. Faktor yang paling penting ialah pelakon itu sendiri. Betul kata kawan aku, disebabkan Sam berlakon dalam Ngangkung, pandangan orang ramai mengenai filem tu mesti lawak gile sebab ada Sam. Sedangkan Sam memegang watak yang amat serius dalam filem tu. Tapi Shaheizy Sam, walau serius mana pun watak yang dibawanya, dia tetap seorang Sam yang lawak. Dia seorang pelakon yang amat bagus bagi aku. Nanti kalau rajin aku tulis pasal dia pulak.hehe

Lagi satu, daripada gambar rajah yang atas sekali kita dapat lihat kenapa Ngangkung mendapat lebih banyak kutipan dari HKLBR iaitu dari segi bilangan pawagam. Ngangkung ditayangkan di 59 buah pawagam sedangkan HKLBR hanya ditayangkan di 39 buah pawagam. Apa faktor dan sebab musababnya tak lah pula aku ketahui. Kalaulah filem HKLBR ditayangkan di 59 buah pawagam juga, dapatkah kutipannya mencecah angka 7 juta juga? Satu persoalan yang tak akan terjawab. Namun angka 4 juta juga merupakan satu angka yang dah cukup besar bagi filem Mamat Khalid sebenarnya.

Sebelum mengundur diri, sebenarnya aku ada satu lagi teori mengenai kenapa kedua-dua filem ini meletup di pawagam terutamanya filem Ngangkung. Tak dinafikanlah salah satu faktor utama ialah musim cuti sekolah dan kedua-dua filem sesuai ditonton seisi keluarga kan. Aku rasa kalau filem Upin Ipin ditayangkan pada masa macam ni, tak mustahil boleh menjangkau angka 10 juta! Satu lagi teori yang aku terfikir adalah lebih menarik dah tak berapa logik. Kalau ditengok dalam list tayangan filem tempatan mengikut urutan masa ditayangkan, filem Ngangkung adalah filem pertama yang ditayangkan selepas filem penuh kontroversi dan menjengkelkan ramai orang iaitu filem 2 Alam.

OK, ini hanya teori aku. Disebabkan ramai sangat orang yang meluat dan benci kepada filem 2 Alam yang dikatakan boleh mengutip 40 juta tu, mereka meluahkan perasaan tu dengan pergi menonton filem tempatan lain yang keluar selepas itu untuk menunjukkan filem lain jauh lebih laku dari filem 2 Alam yang menyakitkan hati itu. Dan ketika itu hanya ada filem Ngangkung yang dilakonkan oleh Shahiezy Sam pulak tu, jadi apa lagi? Untung besarlah filem Ngangkung.

Itulah teori yang baru aku terfikir yang membuatkan aku nak tulis entry ni, tapi jadi meleret-leret pula akhirnya.

Apa-apa pun, majulah industri filem untuk negara!

3 comments:

Anonymous said...

wah...first time i tengok satu review yg sgt detail but with very good insight. I tengok cerita Ngangkung dulu than baru HKLBK. I'm a big fan of Sam and movie Mamat Khalid, esp Rock and Zombie Kg Pisang. I pon dah tengok Estet yg tak laku tuh. Kalo nak ikut lawak mmg HKLBK lagi lawak tapi bila cerita dah abis....I rasa tak macam tak oomph citer tuh, rasa ada yg tak cukup, macam last2 sume hanya mimpi saja. Rasa macam kena tipu pon ada jugak sebab terlalu simple sgt apa sebenarnya Kak Limah and also dah boleh agak apa nak jadi seterusnya. Ngangkung pulak citer tak lawak sgt tapi jalan cerita lagi interesting and bila cerita dah abis timbul macam2 emosi, rasa insaf dgn kesusahan org lain pon ada. For those reasons, Ngangkung lagi best pada saya.

RHAZ said...

As I said, setiap orang ada citarasa yang berbeza. But after all,for me Ngangkung still tak boleh dikategorikan sebagai sebuah filem yang terrrbaik ataupun bagus gila.

Dari jalan cerita, erm...macam tak berapa logik sebenarnya seorang pemandu lori tak dapat sara hidup seorang isteri dan seorang anak kecik sampai beras pun takde kat rumah. Ramai je driver lori kat Malaysia ni boleh sara anak sampai 5,6 orang. Lainlah kalau turut diselitkan sebab lain yang mengukuhkan lagi kenapa si Azim tu takde duit sangat sampai terpaksa main nombor ekor.

Lagipun dari awal kita tau cerita tu pasal nombor ekor, dan kita tau main nombor ekor tu satu yang tak baik dan akan beri kesan buruk. Jadi cerita tu akan menceritakan betapa buruknya akibat main nombor ekor, dan diorang akan insaf akhirnya. So, dalam 5-10 minit pertama kita dah tau ending cerita tu, just tunggu bila nak abis je.hehe

Apa-apapun, terima kasih banyak-banyak di atas pandangan anda yang bernas ini. Saya menghargainya sangat-sangat.

Anonymous said...

review yg amat best, padat dan lengkap, sokong 100%
dan aku amat mnyukai komen balas tu, hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...