Aku baru teringat aku menulis tentang hujan, getah, dan penoreh tempoh hari.
Baru-baru ni aku berpeluang pulang ke kampung. Aku pun mengambil kesempatan menjeguk ke bangsal getah buku. Tak mengejutkan melihat bangsal itu lengang dengan getah buku. Tak sampai separuh pun bangsal tu berisi.
"Berapa hari hujan Long?"
"Tiap-tiap hari hujan."
Wah, kes berat ni. Aku menggeleng.
"Berapa harga sekarang Long?"
"Satu lapan."
"Tiga lapan?"
"SATU LAPAN!"
Satu lapan? Wah, yang tu aku terkejut. Lagi berat gini. Padan la separuh bangsal pun tak penuh. Masa aku meninggalkan kerja tu dulu harga getah sekilo dalam tiga ringgit ke tiga ringgit setengah. Dan pada suatu masa pernah mencecah paras lima ringgit sekilo, masa tu aku dah lama tak bekerja. Dan sekarang satu lapan?
"Lepas raya hari tu, turun la harga. Harga sawit pun turun juga."
Yang itu dari mulut nenda ku, keesokan harinya selepas aku tanya pasal harga getah.
"Owh.."
Itulah yang termampu aku ucapkan.
*Long merujuk kepada sepupu yang lebih muda dari aku. Aku panggil dia Long sebab tak ada orang yang panggil dia guna nama sebenar dia.
1 comment:
malaysia ni besar sangatlah
Post a Comment