30.12.09

2009 - Tahun yang penuh serius.

Tahun 2009 dirasakan terlalu panjang berjalan, sampaikan aku terasa macam benda yang berlaku tahun ni macam berlaku tahun lepas. Padahal semuanya berlaku dalam tahun 2009, tahun yang amat panjang dan sarat dengan isu dan perkara yang padat.

Namun tahun ini jugak aku amat kurang menulis disebabkan kemalasan yang amat sangat disertakan dengan semangat tahi-tahi ayam semulajadi manusia. Memasuki tahun 2009 jugak penulisan aku menjadi semakin serius dengan bahasa dan ayat yang besimpul-simpul serta meleret-leret seperti sekarang. Sekali gus membelakangi nama blog Jangan Serius Sangat yang diperjuangkan selama ni.

OK bolehlah kita mulakan rangkuman tahun 2009 dari perspektif Jangan Serius Sangat menjelang tahun 2010 yang bakal tiba tak lama lagi.

2009 memberikan kita pelbagai kenangan dan peristiwa suka duka sampai aku tak tau nak start dari mana dulu ni.huhu. Baiklah, aku cuba sedaya upaya.

Selepas saja mengucapkan selamat tahun baru 2009 pada awal Januari lalu perkara pertama yang ditulis adalah mengenai bola sepak Malaysia. Mari kita mulakan dengan Harimau Malaya 2009.

Pasukan harapan segenap warga Malaysia yang juga menggunakan jolokan Harimau Malaya memulakan tahun 2009 dengan menghampakan, seperti biasa. Di bawah kendalian B. Sathianathan langkah longlai skuad bola sepak negara disambut dengan penuh cemuhan dan krikitan hebat semua pihak.

Akhirnya dengan mengeluarkan ungkapan "M League is not football" sebagai alasan kepada kemerosotan bola sepak negara, B. Sathianathan seperti dijangka dipecat daripada jawatannya dan digantikan oleh seorang lagi jurulatih tempatan, K. Rjagobal yang rambutnya sampai ke dahi seolah-olah memakai rambut palsu (tak penting).

Setelah K. Rajagobal mengambil alih, tak banyak yang aku tau dan ingat sepanjang skuad di bawah kendalian beliau.
Sehingga la pada pertengahan Julai, berpuluh ribu yang hadir di Stadium Bukit Jalil kononnya nak tengok kehebatan Manchester United dikejutkan dengan persembahan memberangsangkan skuad Harimau Malaya yang hampir-hampir memalukan Man. Utd. yang berkesudahan dengan gol Micheal Owen menyelamatkan Man. Utd dengan kemenangan tipis 3-2.
Dan akhirnya skuad Harimau Malaya yang dibarisi pemain bawah 23 kebangsaan berjaya menutup mulut pengkritik dengan membawa pulang pingat emas Sukan Sea dari bumi Laos dan mengakhiri kemarau 20 tahun negara dalam Sukan Sea. Satu kejayaan yang amat manis buat semua rakyat Malaysia, sudah sekian lama kita tak merasai kejayaan sebegini. Walaupun mungkin hanya seketika, kita harus meraikannnya.

Dengan itu skuad bola sepak kebangsaan akhirnya berjaya menamatkan kalendar 2009 dengan penuh gemilang walaupun bermula dengan hambar. Pingat emas di Laos dikatakan sebagai titik tolak peningkatan bola sepak tanah air. Aku berharap begitu lah, sangat berharap. Kalau cakap pasal bola ni, sampai bila pun tak abis.

Baik, terlalu panjang pasal bola. Kita berpindah ke agenda seterusnya.

* * * * *


Najib Razak dilantik ke jawatan tertinggi negara menggantikan Abdullah Ahmad Badawi pada April dan terus memperkenalkan gagasan 1Malaysia yang terus terusan dipromosikan ke seluruh negara hingga kini.





Dalam tahun yang sama juga, cuma lebih awal sedikit, Barack Obama diangkat sebagai Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat yang dijangka membawa banyak perubahan dalam dasar pemerintahan Amerika. Namun semuanya tampak sama saja hingga ke hari ini. Beliau dikhabarkan akan memperkenalkan gagasan 1Amerika tidak lama lagi.




* * * * * *

Sedikit perkembangan hiburan.


Band Meet Uncle Hussain yang menggegarkan idustri seni tanah air dengan menjuarai Juara Lagu TV3 dan Hits 1 RTM pada permulaan tahun mengalami pelbagai krisis sebelum mengumumkan dengan rasmi pengunduran vokalis utama mereka, Norazlan Roslee (kalau tak silap) atau Lan yang memilih untuk bergerak dengan band barunya, Azlan and The Typewriter.


Dan masa Rock The World 9 tempoh hari, disebabkan aku tak pergi (pergi tapi tak masuk) maka aku tak dapat tahu Meet Uncle Hussain menggunakan siapa sebagai vokalis mereka, tapi dapat dikenal pasti sebagai Black Mentor dan seorang lagi yang tak dikenali. Sesiapa yang tahu tolong hubungi saya ya.

* * * * *


Influenza A H1N1 yang lebih mudah disebut selesema babi juga tambah memeriahkan tahun 2009.

Wabak yg merebak dengan cepat di seluruh dunia ini menyebabkan suasana panik di beberapa buah negara termasuk Malaysia sendiri. Beberapa institusi pengajian terpaksa ditutup bagi mengelakkan menyebaran virus babi ini.

Namun apa yang menarik, dalam ramai yang sedar atau tidak, virus ni mulai redha ketika memasuki bulan Ramadhan dan hampir tiada jangkitan baru dalam bulan Ramadhan hingga ke Syawal. Besarnya kuasa tuhan.

* * * * *



Bumbung Stadium Sultan Mizan di Terengganu runtuh dalam masa setahun setelah siap dibina, manakala dalam pada yang sama, Jaya Supermarket di Petaling Jaya yang dalam proses perobohan, roboh secara tidak dijadualkan dan mengorbankan nyawa.

Kedua-dua kes roboh ini menjadi topik hangat di dalam dan juga di luar negara hingga ke Korea. Kita tunggu apa pulak nak roboh lepas ni.


* * * * *


Beliau boleh digelar sebagai lagenda filem Melayu. Filemnya amat unik dan tak mungkin dapat dibikin oleh orang lain dalam dunia ini filem menyerupai filem beliau.

Bakatnya hanya dapat kita nikmati hanya sebentar. Mungkin banyak lagi yang ingin beliau luahkan dalam karya beliau, namun hanya sampai sini dibenarkan yang esa.

Kita doakan kebahagiaannya di sana.
Al-fatihah untuk Allahyarhamah Yasmin Ahmad.



* * * * *


Nama Kartika Sari Dewi juga adalah di antara nama-nama yang paling popular menjadi sebutan dan tulisan di dalam blog tahun ini di samping nama-nama lain seperti Manohara Odelia Pinot, Altantuya Shaariibuu, Elizabeth Wong, dan semestinya Rosmah Mansor.

Kartika Sari Dewi yang juga seorang bekas model sambilan dan ibu kepada beberapa orang anak berjaya meletakkan nama dan wajahnya di muka depan akhbar-akhbar tempatan dalam masa lebih kurang satu minggu.

Mengenai kesnya, kite semua pun dah sedia maklum dan tidak perlu diulas lanjut.

(Gambar tidak diperlukan bagi bahagian ini.)


* * * * *

Masuk politik sikit. Tahun 2009 juga digelarkan tahun pilihanraya kecil. Banyak pilihanraya kecil kita tengok tahun ni. Siapa yang menang? Semua kita dah tau.

Cumanya ada orang cakap pilihanraya kecil ni membazir, tak payah buat pun tak apa. Tapi kalau tak buat siapa nak jadi wakil rakyat? Siapa nak bela nasib rakyat? (kalau bela la)

Jadi kena buat jugak la pilihanraya kecil. Sekurang-kurangnya kita tau ke mana pergi wang rakyat daripada hilang ke tempat-tempat yang kita tak tau.

Ok, sikit saja.

* * * * *

Rasanya itu saja lah yang telah dirangkumkan dalam blog ini sepanjang tahun 2009 (alasan penat menulis dan berfikir).

Diharapkan tahun 2010 datang dengan penuh hikmah dan keberkatan.

Aku memang dah tak ada modal nak mencarut apa lagi ni.

Sekian.

1.10.09

Paus di PD


Ikan paus muncul di Port Dickson - Malaysiakini

Sekumpulan ikan paus dilihat oleh penduduk berhampiran pantai Port Dickson, lapor dua akhbar berbahasa Cina - Nanyang Siang Pau dan Sin Chew Daily.

Biar betul??

Seorang saksi - yang dikenali sebagai Zamli - dipetik berkata beliau ternampak ikan paus itu ketika minum teh di gerai makan di tepi pantai itu.

Bertuah brader ni..

Menurutnya, terdapat lebih 10 ikan paus dalam kumpulan tersebut.

Wah, banyak tu..

Manakala penduduk lain pula memberitahu Nanyang bahawa selain ikan paus, mereka juga ternampak ikan lumba-lumba dekat pantai.

Pun ada??

Nelayan Su Ya Wah yang ketua kampung Kuala Lukut, berkata kehadiran itu ikan paus itu adalah sesuatu yang amat ganjil.

Memang amat ganjil..

***


aku amat malas menulis..
tapi ini memang amat pelik..
aku kagum seketika..

-RHAZ-

*gambar: Blue Whale of Catoosa

16.9.09

16 September

Satuuu............MALAYSIA!


13.9.09

23rd


Seminggu sebelum menjelang Syawal.

Lagu-lagu raya makin rancak berkumandang.

Sini sana lagu raya, baru lama sama saja.

Masjid surau dah makin kurang ahli saf.

Bolehlah kalau nak merasa terawih dalam air-cond.

Pasar raya diskaun bagai nak rak.

Kata nak bagi lebih penjimatan, selamat la duit.

Selamat jalan.

Ingatkan bazaar Ramadhan pun ada diskaun.

Haram tak dapat.

Jalan TAR penuh sesak, jalan-jalan selisih bahu.

Cuma harap-harap tahun ni;

jalan tar tak bermandi darah lagi.

Amin.
Justify Full

6.9.09

Mencarut

Hujan lebat betul. Tido sedap ni.

Aku menenyeh-nenyeh mata yang sememangnya tak mengantuk lagi. Angin hembusan kipas benar-benar menyejukkan aku, namun amat malas rasanya nak bangun pergi meng'adjust' kipas tu.

Lantak engkau la kipas, berpusing la selagi daya.

Hujan masih lebat. Angin yang merobos masuk dari tingkap menambah kesejukan aku, namun berat benar rasa punggung nak bangun menutup tingkap.

Lantak engkau la tingkap, terbuka la selagi boleh.

Sesekali aku menggosok kedua-dua belah tapak tangan sesama sendiri. Betul punya sejuk ni, namun nampaknya kemalasan aku lebih tebal dari kesejukan yang mula menyelimuti badan.

Lantak engkau la badan, sejuk la selagi mampu.

Lantak engkau la aku, malas la selagi tahan.

16th

6 September.
16 Ramadhan.

Assalamualaikum.
Esok dah hari ke berapa puasa?
Entah, tak tau.
Zaman budak-budak dulu selalu la kira.
Sekarang tak payah kira dah.
Bila nak masuk 10 malam terakhir pun tak tau.
Yang penting puasa kali ni semua bazaar Ramadhan kena pegi.
Semua juadah kena cuba.
Tak apa lah, lama lagi puasa.

Ramadhan masih panjang?

27.8.09

Iklan

Hari ini dah 27 Ogos.

3 hari menjelang sambutan Hari Kemerdekaan ke-52.

Aku masih menunggu iklan merdeka Petronas yang baru.

Mana tak keluar-keluar lagi nih, asik ulang iklan lama je.

Siapa pula pengarah kali ni?

Afdlin Shauki lagi ke macam tahun lepas?

Aku mengharapkan buah tangan terakhir dari Yasmin Ahmad.

Semoga bersemadi dengan aman. Al-fatihah.

Kartika Sari Dewi, Arak, dan Sebat

Saya bukanlah seorang penyokong PAS.

Saya juga bukanlah juga seorang anti-PAS.

Namun saya ada mengenali penyokong PAS.

Dan saya juga ada mengenali orang yang anti-PAS.

Akan tetapi saya tidak mengenali Kartika Sari Dewi Shukarno.

Setelah beberapa hari berita mengenai hamba Allah ini tersebar di dada-dada akhbar (saya kurang pasti apakah tujuan mereka), saya begitu tertarik dengan satu kenyataan media oleh Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang. Bagi saya apa yang dinyatakan beliau amat jelas dan dapat menghuraikan segala keserabutan dan kekeliruan mengenai kes Kartika ini. Alangkah baiknya jika ramai yang dapat membaca apa yang dinyatakan oleh beliau ini dengan terlebih dahulu mengenepikan fahaman politik sebentar.

Silalah baca kenyataan media beliau seperti yang di bawah jika anda rajin dan kesah.
Sekali lagi, saya bukanlah seorang penyokong PAS.

***

Isu hukuman sebat kepada pesalah minum arak telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk memberikan pandangan dan komen masing-masing.

Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (pindaan 1987) sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

Apabila asasnya adalah nas, maka ia adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya – kerana ia berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 hingga 80 rotan jumlahnya.

Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.

Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ia memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan.

Oleh yang demikian, kita meminta supaya pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan itu sehingga memberi gambaran salah mengikut syariat Islam.

Dalam masa yang sama kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun dan Penyayang.

Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam.

Haramnya arak adalah tidak mengira tempat – sama ada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.

Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya – adalah seumpama menghadapi nyamuk Aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi!

***

Saya amat tertarik dengan 3 perenggan terakhir itu dan amat bersetuju. Semoga Kartika Sari Dewi Shukarno membaca artikel ini dan tidaklah lagi obses untuk disebat. Amin.

26.8.09

Pematang Pasir

KEPUTUSAN PENUH

Barisan Nasional (UMNO) - 5,067 ( 5,571 )

Pakatan Rakyat (PAS) - 9,618 ( 11,004 )

Majoriti - 4,551 ( 5,433 )

Peratusan mengundi- 73.1% ( 82.6% )

*dalam kurungan adalah keputusan PRU Mac 2008

ANALISIS KASAR

Semua sudah sedia maklum bahawa PAS memenangi kerusi DUN Permatang Pasir dalam pilihanraya kecil ini.

Akan tetapi PAS telah kehilangan 1,386 undi berbanding pilihanraya sebelumnya.

Jadi, bolehlah dikatakan UMNO berjaya dalam pilihanraya ini seperti yang berlaku di DUN Manek Urai sebelum ini?

Namun tak semudah itu apabila UMNO turut kehilangan 504 undi.

Jadi, tiadalah pemenang dalam pilihanraya kali ini, hanya pengalah.

Persoalannya, kemana hilangnya undi-undi PAS dan UMNO ini? Sedangkan calon bebas tak bertanding kali ini.

Mungkin ada yang dah pergi, meninggalkan dunia selamanya (innalillah) .
Namun mungkin sedikit saja.

Atau mungkin ada tak dapat cuti balik kampung, berkerja nun jauh di bandar lain.

Namun mungkin sebilangan saja.

Atau mungkin ada yang penat berpuasa, tak berdaya ke pusat-pusat mengundi.
Namun mungkin segelintir saja.

Atau mungkin ada yang sibuk, tak berkesempatan turun mengundi.
Namun mungkin tak ramai yang sibuk.

Atau mungkin ada yang sudah bosan?
Dan mungkin merekalah yang ramai.

Lalu hilanglah undi seperti daun-daun kering berterbangan ditiup angin.

Seperti pahala bersahur yang semakin menipis menjelang waktu berbuka.

22.8.09

This is True


Sebelum tidur, jangan lupa niat puasa dulu.

Juga niat perkara-perkara yang baik.

Insyaallah dapat pahala.

Amin.

21.8.09

Kurangkan Mencarut

Ketika saya pulang dari makan tengahari tadi saya terdengar berita di radio dalam kereta kancil merah milik seorang rakan. Berita itu menyarankan agar pemilik-pemilik gerai di bazar Ramadhan mengambil langkah berjaga-jaga bagi menjegah penularan wabak H1N1 ketika mereka berniaga nanti. Contohnya dengan memakai topeng dan juga sarung tangan.

Tiba-tiba saya terbayangkan situasi di bazar Ramadhan, sungguh klasik. Dan saya mulai merasai kedatangan Ramadhan; buat pertama kalinya walaupun semua orang di sekeliling telah lama memperkatakannya bahkan saya menyaksikan sendiri pengumuman tarikh puasa oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja malam tadi. Alangkah jahilnya saya, merasai Ramadhan kerana bazarnya, bukan kerana keindahan dan kemuliaannya.

Teringat waktu mula-mula saya belajar puasa dulu. Seawal umur 5 tahun saya dah mula belajar puasa, terikut dengan abang-abang. Hari pertama saya puasa terasa sangat menyeksakan, siang terasa amat panjang. Ketika itu saya masih belum bersekolah lagi, hanya duduk di rumah menunggu abang-abang pulang untuk memberitahu mereka yang saya berpuasa hari itu kerana mereka sering mengejek saya tak puasa. Namun jangankan kata nak menyokong usaha murni adik mereka ni, air botol mirinda oren sejuk pula diletakkan di hadapan saya ketika tengahari yang panas terik itu. Namun saya tetap cekal, masih boleh bertahan.

Ketika itu bukanlah pada permulaan Ramadhan, sudah hampir ke penghujung dan sudah menghampiri Syawal. Saya sekeluarga tinggal di rumah nenek di kampung bersama makcik-makcik yang masih belum berkeluarga pada ketika itu. Pada sebelah petang mereka mulalah sibuk di dapur dengan juadah berbuka mahupun biskut-biskut raya mengikut resepi dalam majalah. Dan pada waktu itu jugalah tahap ketahanan sudah sampai ke tahap membahayakan. Kalau dalam cerita Ultraman lampu merah di dada sudah berkelip-kelip.

Langkah saya mula longlai dan berjalan ulang alik dari ruang tamu ke dapur. Di bibir tak henti-henti mengucapkan perkataan 'lapar' dan 'tak larat'. Ibu saya cakap sabarlah sekejap lagi, dah tak lama nak berbuka. Dan abang-abang seperti biasa menghasut supaya berbuka puasa, menunjukkan kuih yang kelihatan sedap dan akhirnya kena marah dan mereka berlari bermain di luar.

Pada satu ketika saya sudah sampai ke tahap maksima, ayah saya berkata kepada saya, kalau tak larat sangat berbuka saja lah, budak kecil tak apa berbuka awal. Saya masih ingat dengan jelas saya mengambil sekeping kuih raya berwarna kuning dan teragak-agak untuk memakannya. Abang-abang sudah berada di sisi, bersedia untuk meraikan kejayaan mereka. Saya bertanya kepada ayah saya, tak apa ke? Ayah saya mengangguk dan saya menjilat kuih itu, terasa begitu manis sekali.

Pada saat itu abang-abang saya yang telah lama berpakat terus mengejek saya tak puasa, seperti biasa yang mereka lakukan sebelum ini. Saya terus meletakkan kembali kuih itu dan mengatakan bahawa saya tak makan lagi. Mereka terus mengejek-ngejek saya dan mengatakan puasa dah batal waulaupun hanya dengan menjilat. Saya betul-betul tidak tahan dengan ejekan mereka masa itu dan berlari ke ruang tamu dan menangis. Ayah saya datang memujuk saya namun saya tak perduli dan akhirnya saya tertidur.

Saya terbangun ketika orang lain sudah selesai berbuka puasa pada malam itu. Ayah saya yang mengejutkan saya ketika itu mengajak saya makan. Beliau mengucapkan tahniah kerana berjaya berpuasa penuh sehari. Saya berasa sungguh gembira dan makan dengan penuh selera pada malam itu. Dan itulah saja sehari yang saya berpuasa dalam bulan Ramadhan tahun itu.

Apabila tiba Hari Raya, setiap kali ditanya saya akan menjawab saya berjaya berpuasa sehari dan akan mendapat pujian kerana boleh berpuasa semuda itu. Setiap kali itu juga akan dibantah oleh abang-abang saya yang mengatakan puasa saya batal. Itulah kisah semasa zaman kanak-kanak dulu, penuh dengan ragam. Pada tahun berikutnya saya berjaya menghabiskan puasa sebulan tanpa tertinggal sehari pun.

Seronok rasanya mengimbau kenangan yang dah lama ditinggalkan. Banyak lagi sebenarnya pengalaman-pengalaman berpuasa ketika kanak-kanak. Pada waktu kita belum lagi diwajibkan berpuasa dulu, bersungguh-sungguh nak puasa. Bila dah jadi wajib, lain pula ceritanya.

Jadi, dalam bulan Ramadhan ini saya berharap dapatlah kurang-kurangkan mencarut, dan tingkatkan amalan. Apakah yang cuba saya sampaikan ni pun tak tahulah motifnya.

Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak

Selamat Berpuasa

Ramadhan bertandang lagi.

Sungguh cepat rasanya setahun berlalu.

Tak terlarat kaki mengejar.

Tak terjangkau kepantasan masa.

Tercungap-cungap nafas mengiring waktu.

Sedar-sedar dah tiba di pintu Ramadhan.

Sudahkah bersedia?

Bukakan pintu itu.

Let me in.

haha sungguh pandai aku mengatur bahasa

20.7.09

Restoran Berahi II

Polis: 'Restoran berahi' tidak wujud

Polis yang menyiasat lokasi "Restoran Berahi" seperti yang dilaporkan dua wartawan akhbar Harian Metro hanya menemui sebuah tangki air dan reban ayam di atas bumbung restoran yang dimaksudkan itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata restoran berahi yang didakwa dua wartawan itu sebenarnya tidak wujud.

Katanya polis sudah mengambil keterangan daripada dua wartawan itu dan mereka memberitahu tidak memasuki restoran terbabit sebaliknya hanya mereka-reka cerita.

"Dalam keterangan, mereka (dua wartawan) mendakwa kegiatan itu berlaku di atas bumbung restoran terbabit tetapi mereka tidak naik ke atas bumbung berkenaan dan hanya melawat sehingga tangga restoran.

"Jadi kita percaya mereka hanya mereka-reka cerita yang sensasi tetapi hakikatnya tempat itu tidak wujud dan mendapatkan gambar melalui internet," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Ku berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 8A Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana menyiarkan berita tidak benar dan berniat jahat.

Beliau berkata satu laporan polis berhubung perkara itu telah dibuat oleh Ketua Balai Polis Brickfields pada hari yang sama laporan berita itu disiarkan.

* * *

Reban ayam ye.

Ayam apa ye?haha

Tangki air ye.

Air apa ye?haha

Sape ada jawapan tolonglah bagitau.

Metro Oh Metro...

19.7.09

Restoran Berahi


Restoran berahi

Oleh Salman Hamat dan Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: “Saya ingat restoran berahi sebegini hanya terdapat di luar negara, tak sangka di negara sendiri pun ada.

“Mungkin ini cara restoran terbabit mahu menarik pelanggan, tapi pada saya ia tidak sesuai dengan budaya kita,” kata seorang pelanggan sebuah restoran makanan laut di sini yang menyediakan pelayan hanya bercoli dan berseluar dalam.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Amri, 30-an, mendakwa terkejut ketika berkunjung ke restoran terbabit bersama pegawai atasannya.

Yang pasti, pelayan wanita seksi terbabit dijadikan umpan kepada pelanggan lelaki berpoket tebal untuk menjamu selera sambil ‘bermanja’ dengan pelayan.

Kebanyakan pelayan dipercayai warga China itu boleh disentuh atau diusik asalkan menyelitkan tip ketika mereka datang ke meja pelanggan.

Lebih mengejutkan, makanan turut dihidangkan di atas tubuh pelayan terbabit yang berbaring beramai-ramai di atas meja sebelum pelanggan memilih juadah digemari.

“Semua pelayan amat terlatih dan tidak segan silu membiarkan tubuh mereka ‘diterokai’ tangan gatal pelanggan.

“Malah, ada pelanggan yang bercumbu dengan pelayan seksi terbabit tanpa segan silu setiap kali mereka datang ke meja untuk menghidangkan makanan,” katanya.

Berkonsepkan ‘syurga makanan dunia’, restoran terbabit hanya menyediakan khidmat wanita seksi terbabit pada hujung minggu tertentu.

Bagaimanapun, mereka sedia menyediakan khidmat sama jika ada pihak berminat mengadakannya pada hari lain.

Difahamkan, restoran itu hanya dibuka kepada ahli berdaftar dan orang awam dilarang memasukinya kecuali dibawa ahli kelab.

Golongan berkenaan sanggup membayar antara RM500 hingga RM5,000 bagi menempah meja termasuk imbuhan kepada pelayan semata-mata mahukan layanan luar biasa.

Pada hari khidmat itu disediakan, setiap meja akan dicaj dua kali ganda daripada harga asal, tetapi perlu ditempah terlebih dulu, manakala tip kepada pelayan seksi terpulang kepada pelanggan.

Disebabkan sambutan hangat selain bimbang diketahui umum, restoran itu hanya menyediakan khidmat berkenaan di tingkat atas bangunan dua tingkat yang turut mempunyai kolam renang.

Kawasan restoran dikawal lebih lima pengawal bagi memastikan tiada kunjungan individu tidak diundang, terutama pihak berkuasa.

Difahamkan, pengawal akan mengetuk kon ke atas tar dua kali jika ada tetamu tidak diundang memasuki kawasan berkenaan.

“Siapa pun pasti berahi sebaik melihat pelayan cantik dan seksi berusia 20-an terbabit. Ada yang akan berlari-lari dalam keadaan separuh bogel di kawasan kolam renang.

“Ada yang melayan tetamu, namun paling istimewa terdapat berapa pelayan berbaring di atas meja dan makanan dihidangkan di atas tubuh mereka,” katanya ketika ditemui, semalam.

Berdasarkan maklumat diberikan, wartawan Harian Metro (HM) berjaya menyelinap masuk di antara puluhan VIP yang mengunjungi restoran terbabit yang beroperasi dari jam 10 pagi hingga 11 malam.

Risikan bermula sejak sebulan lalu apabila HM menerima e-mel mengandungi beberapa gambar panas pelayan restoran terbabit melayani pelanggan.

Bagi memastikan kesahihan e-mel berkenaan, dua wartawan HM berjaya memasuki restoran itu selepas beberapa kali mencuba.

Berdasarkan maklumat dikumpul, restoran terbabit didapati bersedia menganjurkan ‘parti liar’ berkenaan jika ada pihak berminat.


* * *


'Restoran berahi': Polis panggil 2 wartawan

Dua wartawan akhbar tempatan dipanggil polis bagi memberi keterangan di ibu pejabat polis kontinjen Kuala Lumpur berhubung laporan muka hadapan akhbar tersebut semalam yang bertajuk "Restoran Berahi".

Kedua-dua wartawan tersebut dipanggil memberi keterangan malam semalam selama dua jam iaitu dari pukul 8 hingga 10 malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPKKL Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan pihaknya memanggil kedua-dua wartawan tersebut berhubung pendedahan berani mengenai sebuah restoran yang kononnya menyediakan pelayan wanita seksi untuk melayan pelanggannya semasa menjamu selera, lapor Bernama.

Wartawan itu juga mendakwa perkhidmatan itu hanya terbuka kepada ahli restoran itu dengan perkhidmatannya diadakan pada hujung minggu tertentu sahaja.

Ku berkata laporan yang dikeluarkan itu adalah palsu kerana siasatan mendapati restoran tersebut tidak wujud.

Difahamkan gambar yang didedahkan wartawan tersebut diperoleh melalui internet dan restoran tersebut sebenarnya berada di sebuah negara jiran terdekat.

Ku berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 8A Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana menyiarkan berita tidak benar dan berniat jahat.

Akhbar itu berkata maklumat itu diperoleh berdasarkan emel yang dihantar orang ramai ke akhbar tersebut dan setelah sebulan membuat risikan, wartawannya berjaya menyelinap masuk di antara puluhan VIP yang mengunjungi restoran terbabit yang beroperasi dari jam 10 pagi hingga 11 malam.


* * *

Just one sentence,

Steady lah Metro! haha.

Alamak, dah dua.

Misteri Nusantara terbaru.

Siapa benar?

REMATCH!

Manchester United To Play Second Match In Malaysia On Monday

KUALA LUMPUR, July 18 (Bernama) -- After a superb opening match of the 2009 Asia Tour series, the English Premier League champion, Manchester United will play a second match in Malaysia.

"They will once again play against the Malaysian Selection at the National Stadium in Bukit Jalil at 8.45pm on Monday," chief executive officer of ProEvents Julian Kam said at a press conference, here, Saturday night.

Kam said with the current tense situation in Jakarta, the team had decided to cancel their trip there for safety reasons.

He said there will only be two types of tickets sold for the match on Monday, comprising RM308 for grandstand and RM58 for free seating.

Tickets can be purchased from ticket counters from Sunday onwards, starting at 12 noon, he said.

-BERNAMA

***

Wah Sir Alex tak puas hati nampak.

Betul punya geram ni.

Nak jaga maruah ke.huhu.

Nasib baik org Msia kaya-kaya.

Pegi la tengok ramai-ramai.

Pegi.

5.7.09

JULY


Julai datang lagi.

Jun dah lepas.

Jom tempah baju raya.

Jangan lupa puasa sunat.

Juga cepat-cepat ganti puasa.

Jika tak, tak sempat pula nanti.

Jadi, jangan lah lupa ya.

Jangan Serius Sangat.

12.6.09

14 AND STILL COUNTING...

congrats mate.

eventhough you are not reading this.

and it is quite late.

but it doesn't matter.

apa-apa lah.

lulus english sebagai syarat dapat sijil SPM.

erm.

good job roger.

5.6.09

Suratkabar Lama

Federer Buktikan Masih Berbisa

Gael Monfils, pemain tenis muda Perancis yang sedang meningkat naik nyata masih belum mampu untuk menyaingi kehebatan Roger Federer apabila tumpas dalam straight set kepada juara 13 kali Grand Slam itu dalam perlawanan suku akhir kejohanan Roland Garros yang berlangsung di Paris.

Namun Monfils yang juga digelar sebagai 'acrobatic player' itu memberi tentangan sengit kepada Federer dalam set pertama sebelum terpaksa akur dengan kekalahan melalui tie-break, 8-6. Namun dalam dua set berikutnya Federer menguasai permainan sepenuhnya dan menang dengan 6-2 dan 6-4.

Monfils yang berjaya mengenepikan bintang tenis Amerika Syarikat, Andy Roddick dengan mudah pada pertemuan peringkat sebelumnya ternyata tidak dapat mempamerkan kehebatannya seperti dalam pusingan sebelumnya di mana Monfils menang mudah, 6-4, 6-2, dan 6-3 dalam masa kurang 2 jam.

Federer yang bergelut dengan masalah prestasi sejak bermula kejohanan memastikan tempat ke separuh akhir sekali gus membuktikan dirinya masih lagi salah seorang pemain pilihan yang harus digeruni lawan.

Beliau hanya berjaya memenangi perlawanan melaui straight set pada pusingan pertama, dan terpaksa bermain dalam 4 dan 5 set dalam pusingan berikutnya walaupun bertemu pemain tidak ternama.Kemenangan mudah ke atas Monfils ini sekali gus kembali memberi keyakinan kepada peminat beliau bahawa zaman Roger Federer dalam dunis tenis masih belum berakhir.

Kejohanan Roland Garros yang juga digelar kejohanan Nadal-Takkan-Kalah (gelaran diberi sendiri oleh penulis) pada kali ini menyaksikan pelbagai kejutan berlaku yang mana tersingkirnya pilihan pertama yang juga juara bertahan, Rafael Nadal. Jadi, gelaran kejohanan Nadal-Takkan-Kalah nampaknya tidak boleh lagi diguna pakai.
Justify Full
Berita disediakan oleh RHAZ

***

bila lah orang nak ambik aku jadi wartawan akhbar tempatan ni.
erm.

p/s:ketika artikel ditulis Roger Federer telah layak ke pusingan akhir menewaskan Del Potro.

3.6.09

Tiada Isu




Jaya Supermarket Sect. 14 Petaling Jaya


Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Gong Badak

***

Selepas peristiwa runtuhan di Bukit Antarabangsa tak lama dulu, ini lah isu seterusnya yang membawa jurutera-jurutera terhebat Malaysia sekalian untuk beragenda sesama sendiri sekali lagi.

Yang menariknya kali ia datang dua dalam satu, dua-dua kes roboh, tapi dua situasi berlainan.

Satunya bangunan yang memang sedia nak dirobohkan, cuma pelan perobohan yang dikatakan tak betul. Aku tak pasti sama engineer terlibat ke tak dalam projek perobohan, sebab belum belajar, baru belajar construct, roboh belum lagi.

Manakala satu lagi sememangnya belum sedia nak dirobohkan sebab baru berusia setahun jagung. T-Team pun tak puas lagi main kat stadium tu, namun apakan daya terkubur di tengah jalan. Tapi padang takde effect kot, still boleh main lg. Ayuh!

Di samping itu, seperti biasa ahli-ahli politik jugak takkan terlepas pandang isu-isu seumpama ini. Kalau engineer borak senyap-senyap cari solution dalam bilik air-cond, tapi mereka borak mesti masuk paper, masuk tv.

Ini salah siapa? Tak ada kod rasmi roboh bangunan. Engineer Korea lepas tangan, lari balik Korea tak datang pantau stadium. PBT lepas tangan. JKR corrupt. Sana corrupt. Sini corrupt. Pengondolan bukit (takde kot dalam kes ni). Kerajaan Terengganu bergolak. Ops, tak berkaitan.

Jadi inilah yang akan kita dengar dalam masa terdekat ni sebelum ia senyap begitu saja. Kemudian timbul balik isu yang sama bila ada kes lain yang terjadi.

So, got issue?

3.5.09

Selesema BABI

Kementerian Kesihatan mulai sekarang akan merujuk wabak selesema babi sebagai influenza A (H1N1) seperti yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Ketika mengumumkan perkara itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow
Tiong Lai berharap media akan menggunakan istilah baru itu bagi tujuan penyeragaman, lapor Bernama.

"Dengan penyeragaman nama wabak influenza A(H1N1) ini, ia akan memudahkan laporan, berita akan lebih tepat, dan tidak akan menimbulkan kebimbangan kepada mana-mana pihak," katanya selepas mengadakan wawancara di stesen Radio Star FM hari ini.

Liow berkata siasatan WHO mendapati penyebaran wabak itu bukan
berpunca daripada kandang-kandang babi yang terletak berdekatan desa di Mexico, negara pertama wabak itu tercetus.

Tambahnya, kementerian menempatkan alat pengimbas di balai ketibaan lapangan terbang KLIA dan terminal LCCT di Sepang bagi melakukan saringan kesihatan terhadap penumpang.

"Setakat ini kami hanya menjalankan saringan kesihatan terhadap penumpang dari negara yang dilaporkan berlakunya kes influenza A (H1N1) seperti Mexico, Amerika Syarikat dan negara Eropah," Liow dipetik berkata.

Agensi berita itu juga melaporkan, tiada tanda jangkitan influenza A (H1N1) dikesan di kalangan 829 penumpang daripada 16 penerbangan antarabangsa yang menjalani saringan kesihatan semalam.

Kementerian juga dilaporkan bekerjasama dengan Jabatan Imigresen untuk mempergiatkan aktiviti saringan kesihatan di kesemua pintu masuk negara yang utama.

Pengarah kawalan penyakit kementerian, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman juga berkata, sehingga semalam tiada laporan kes yang disyaki melibatkan wabak berkenaan, manakala pemantauan penyakit selesema di semua fasiliti perubatan dan kesihatan di seluruh negara juga mendapati tiada peningkatan kes.

http://www.malaysiakini.com/news/103466

So, no more selesema BABI ok.
Marah plak menteri penerangan baru tu karang.
Tak sopan langsung, tak mencerminkan budi bahasa masyarakat Malaysia.
Kesian Nabil jadi orang pertama kena marah.
Tapi tak pe dah menag kereta sebijik.
Marah jangan tak marah!
Apa guna jadi pak menteri.
Siap dapat tukar potfolio febret walaupun tak menang MT.

Budi Bahasa Budaya Kita!

p/s: orang berbudi kita berbahasa,
orang memberi, kita merasa

4.4.09

3 APRIL

Justify Full
Tanggal 3 April 2009 mencatat satu sejarah baru dalam lipatan sejarah Malaysia apabila Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 telah mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertuan Agung.

Seperti yang dijanjikan oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun) pada tahun lepas, peralihan kuasa kepada Dato' Seri Najib Razak berlaku seperti yang dirancang walaupun ini bukanlah rancangan awal beliau yang terpaksa diubah akibat desakan akar umbi katanya (lebih tepat Tan Sri Muhyidin Yasin sebenarnya).

Dengan jasa beliau itu, Tan Sri Muhyidin Yasin bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri tidak lama lagi.

Tambahan lagi beliau telah berjaya memenangi kerusi Timbalan Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini yang mana berjaya mengetepikan Tan Sri Muhammad Mohd Taib sekali gus memberi gambaran bahawa Tan Sri Muhammad juga akan diketepikan dari senarai kabinet baru yang bakal diumumkan kelak, bermakna beliau akan kehilangan jawatan yang disandangnya sekarang iaitu sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Perdana Menteri Malaysia yang baru juga diramal akan berjaya memimpin negara ke arah yang lebih cemerlang, gemilang, dan terbilang di samping beliau merupakan seorang pemimpin yang disayangi dan disanjungi rakyat.

Dengan pelantikan Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 ini, Barisan Nasional dijangka akan berjaya menyapu bersih ketiga-tiga pilihanraya kecil di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Air yang akan berlangsung serentak pada 7 April ini.

Selain itu, penganalisis politik juga berpendapat bahawa Barisan Nasional juga akan berjaya merampas kembali 4 negeri yang jatuh ke tangan pembangkang serta berjaya menakluk kembali Kelantan pada pilihanraya umum yang akan datang.

Keyakinan ini timbul disebabkan oleh personaliti Dato' Seri Najb Razak (bakal Tun) yang amat desenangi dan disegani rakyat tidak kira dari pihak penyokong kerajaan mahupun pembangkang.

Hal ini dapat dilihat apabila beliau mengumumkan pembebasan 18 orang tahanan ISA serta memansuhkan larangan pengeluaran 2 akhbar milik pembangkang pada malam pertama beliau sebagai Perdana Menteri.

Selamat bertugas Mr Prime Minister!

***

harap2 akhbar utusan malaysia akan terima aku bekerja dengan artikel yang amat menyayat hati ni, yang mana wartawan diorang pun tak sanggup tulis artikel macam ni, mesti diorang tak sanggup menahan ketawa.hahaha

28.2.09

Beberapa Perkara

1. Bulan february adalah bulan yang paling sikit hari tapi kurasa macam terlalu lama nak mengabiskan bulan ni, tak tahu mengapa.

2. Hidup ni takkan selamanya kita berasa selesa walaupun kita memang biasa hidup dengan selesa.

3. Selesa di sini bukan bermaksud banyak duit, cukup makan pakai tempat tinggal, atau tak dibelenggu masalah mahupun hutang.

4. Selesa dalam konteks dapat melakukan apa yang kita nak lakukan tanpa halangan atau gangguan atau sekatan walupun apa yang kita nak lakukan tu bukanlah sesuatu yang membuatkan kita selesa.

5. Kadangkala halangan atau dugaan tu datang menyapa saja, seperti angin sepoi bahasa, terasa di muka dan cepat-cepat pula hilang kesannya, seketika kemudian ia datang lagi menyapa, namun kita tak pernah mengendahkannya.

6. Sesekali pula masalah tu datang betul-betul mengganggu kita, mengacau kita, mengusutkan kita, seperti angin ribut kecil, meniup rambut kita, kusut masai jadinya, serabut dibuatnya, tapi tubuh kita tetap teguh, sikit pun ribut kecil tu tak dapat mengganggunya, namun kesan ribut kecil tu tetap kita terasa, walaupun mungkin hanya seketika.

7. Namun jarang sekali ia datang seperti taufan, malah mungkin tak pernah, membawa sekali semua benda bersamanya, tubuh kita turut diheret sama, perkara seperti ni lah yang betul-betul mengacaubilaukan hidup kita, malah kesannya amat dahsyat dan lama berlarutan, malam-malam sebelum tido kita akan memikirkannya, menyesalinya, membuatkan mata tak senang lelap.

8. Sesiapa yang pernah mengalami sesuatu seumpama itu, malah pernah beberapa kali mengalaminya, maka bersyukurlah. Setiap kali kita laluinya kita belajar banyak benda, menjadikan kita lebih kuat untuk menentang taufan yang mendatang.

9. Dan barang siapa yang belum pernah melauinya, cubalah untuk bersedia, kerana kita takkan boleh besedia sepenuhnya, kita tak tahu sekuat mana angin yang akan bertiup dan ketika mana ia akan bertiup.

10. Bersedialah semana mungkin kerana hidup takkan selamanya selesa.

*yang ini memang tak berapa difahami penulis sendiri, hanya melayan jari yang menaip mengikut irama mata yang terkatup-katup.

Pengumuman

KEMPEN BOIKOT BERMULA DI SELURUH DUNIA











BOIKOT BARANG BUATAN ZIONIS


Sila perhatikan barkod 729 – ini adalah barangan buatan negara Zionis.

Barangan ini sedang menyusup masuk. Waspada dimana-mana sahaja ketika membeli belah.

Kempen boikot Zionis Isreal telah dilancarkan di seluruh dunia.

*dipetik dari laman blog TT.

The Happening



Aku baru sudah habis menonton filem "The Happening" setelah beberapa hari cuba menyudahkannya. Bukanlah panjang mana pun cite tu, disebabkan ketiadaan masa terpaksa memakan beberapa hari.

The Happening, seperti diketahui ramai (atau tak tahu), adalah sebuah filem M Night Shyamalan. Tak banyak yang aku tau pasal director sorang ni. Tapi yang aku tau dia sorang director yang hebat dan mengarahkan filem-filem yang hebat.

Bila aku tengok je intro cite The Happening ni, nampak je nama M. Night Shyamalan (baru skarang aku reti sebut nama dia) aku terus decide nak menonton hingga ke tahap nama-nama watak dan pelakon terpapar sambil bergerak ke atas.

Sebabnya aku adalah peminat filem "The Village". Aku minat gile The Village, bagi aku cite ni sangat style, walaupun sorang rakan mengatakan cite tu sangat bosan. Tapi bagi aku tak, kejutan dalam filem tu btul-btul berjaya mengejutkan aku dengan sesuatu yang tak ku jangkakan. Tak tau la bagi orang lain, untuk rekod aku tak pernah tengok cite ni dari awal, mungkin sebab tu aku terkejut. hehe.

Bagi The Happening ni plak takde la mengejutkan malah tak memeningkan seperti tajuknya just agak mengantuk kalau menonton jauh malam sebab cerita yang agak slow. Jadi, apa sebenarnya aku nak cakap ni. Erm, ceritanya memang menarik dan penuh misteri macam filem-filem beliau yang lain dan membuat kita banyak berfikir, kalau rajin la, kalau tak lantak la kan.

Bila aku menonton cite ni mengingatkan aku kepada novel karya Ramlee Awang Mursyid yang paling baru aku baca itu hari, "Ungu Karmila". Ramlee Awang Mursyid amat berjasa dalam hidup aku. Beliau lah yang membuatkan aku berselera nak baca novel dan kadang-kadang jadi bernafsu.

Tapi tu la, filem tu betul-betul berkaitan novel Ungu Karmila tu. Tang mana yang berkaitan tu? Ntah la, susah nak cakap. Kalau rajin tengok la filem tu, dan baca la novel tu. Kalau rajin la, kalau tak lantak la kan.

16.2.09

Sejarah


Ketika kita membaca sesuatu sejarah, apa yang boleh kita jangkakan dan harapkan? Adakah kita jangkakan fakta sejarah yang kita baca tu adalah tepat dan benar sepenuhnya. Tak mungkin, tak ada sejarah yang betul-betul tepat walaupun sejarah yang kita belajar masa kat sekolah.

Banyak fakta-fakta sejarah yang telah berubah sama ada dengan sengaja atau tidak. Jadi macam mana kita nak dapatkan fakta-fakta sejarah yang benar-benar kita yakin? Secara mudahnya ialah dengan cara lisan, kata-kata yang keluar dari mulut orang-orang yang lebih mengetahui, untuk fakta yang lebih tepat dari yang pernah mengalaminya sendiri, atau sekurangnya dari orang yang pernah mendengar dari orang yang pernah mengalami, atau dari orang selepas itu dan seterusnya.

Tapi masalahnya jika kita ingin mengetahui fakta mengenai peristiwa yang telah berlaku terlalu lama dahulu, atau lebih mudah jika kita ingin mengetahui asal usul keturunan kita, atau asal usul pembukaan tanah kelahiran kita. Jika bergantung kepada sumber lisan, kita mungkin hanya akan dapat mendengar dari orang yang mendengar dari orang yang mendengar yang entah ke berapa dari orang yang mengalaminya sendiri.

Secara tak langsung kita pun akan menjadi sumber kepada orang lain. Dan dalam proses mendengar dari orang yang mendengar yang entah ke berapa dari orang yang mengalaminya sendiri ini, sudah tentu ceritanya kalau tak banyak pun sedikit telah terpesong dari yang keluar dari mulut orang yang mengalaminya sendiri. Jadi dengan kata lain, sumber lisan bukanlah satu sumber yang tepat.

Lainlah kalau ada catatan-catatan lama yang masih tersimpan. Itu pun jika kita mengambil kira catatan itu mencatatkan perkara yang benar-benar belaka. Mungkin ada pihak pada suatu ketika dahulu hanya mencatatkan perkara itu dengan niat untuk mengelirukan masyarakat pada ketika itu, dan apabila kita menjumpainya pada hari ini kita mengganggap itulah fakta sejarah yang sahih kerana tarikh yang tercatat adalah beratus-ratus tahun yang lepas.

Jadi dimanakah kepuasan untuk mencari sejarah itu sendiri. Kita tak akan puas selagi kita tak mengalaminya sendiri.


----------

Akhirnya aku berjaya me-mengantuk-kan diri dengan menulis benda yang tak beerti ni.
Semuanya gara-gara aku baru lepas baca sebuah buku sejarah dan aku tak faham.

Sekian. (menguap)

13.2.09

Elections

Dua pilihanraya serentak.
Penamaan calon 29 Mac.
Aku igt 29 Febuari.
Aku ingat SPR buat lawak tahun lompat.
Sempena pesta lompat-melompat di Perak.
Tapi 29 Mac tu pun dah kira buat lawak gak.
Mengundi dijadualkan 7 April.
Kalau ada pertandinganlah.
Macam kata pengerusi baru SPR tadi.
Pemilihan UMNO bulan Mac.
Maknanya pilihanraya lepas pemilihan.
Jadi apa maknanya?
Kenapa tak buat sebelumnya?
Atau serentak?
Lagi bagus.
Ntah la.
Bosan.

25.1.09

En. Husin


Hari ini genap 5 hari Barack Hussein Obama menerima panggilan 'Mr President' di Amerika Syarikat.

Hari ini juga genap seminggu Meet Uncle Hussain merangkul Anugerah Juara Lagu yang ke-23.

Rupanya Pak Cik Hussein dah jadi presiden kat Amerika, susah la mereka nak jumpa lepas ni.

Tahniah MUH, anda berjaya memukau audiens pada malam itu, sebagai mana Barack Hussein Obama memukau rakyat amerika.

Dulu, aku pernah tulis dalam blog ni marahkan seorang wartawan hiburan yang salah tulis nama vokalis MUH sebagai Noh. Marah betul aku sampai aku tulis dalam blog. Baca ni, kalau tak percaya.

Aku marah punya pasal dorang leh menang AJL. Aku memang boleh jadi penilik nasib la, tak pun peramal masa depan, atau penganalisis politik. Karut la.

Akhir kata, tahniah kepada Meet Uncle Hussain.


Dan kepada Uncle Hussein juga.


Kicking!


Aku bukanlah saorang penilik nasib, atau peramal masa depan, mahupun penganalisis ekonomi. Tapi macam biasa la, apa yang aku tulis dulu ada kebenarannya di masa kini.

Karut lah. Malas cakap panjang, rujuk carutan dibawah bertajuk Congratz!

Btul kan aku cakap, Sathia alive, memang pun, semua orang tau. Tapi yang penting dia kicking! Betul-betul kick kali ni.huhu

M-League is not football.


Wah, ayat apa tu? Ayat pedas kah, ayat keluhan kah, ayat putus asa kah, ayat bodek kah. Atau ayat nak lepaskan diri. Senang sikit nak kena pecat, tak yah jadi coach lagi dah. Dah abis keluar semua formula tapi team tak ke mana jugak. Baik la bagi ayat maut punya, pastu kena pecat, abis cerita. Biar orang lain plak yang take over, take over team dan take over semua cemuhan.

Genius Sathia ni, and kicking!

17.1.09

Update Lagi

Aku tak tau nak update apa.

Selamat.

3.1.09

Selamat


Selamat.

Selamat tahun baru 2009

Walaupun dah tak baru sangat (dah 3 hari).


Aku di Bukit Ampang ketika detik 2008 melambai pergi.

Melihat bunga-bunga api meletup di sana sini sekitar kota raya.

Walaupun hanya di celah-celah pepohon, sebab port best dah penuh.

Kereta bersusun-susun turun dan naik, masing-masing terkejar-kejar.

Dengan botol 100 Plus ku genggam di tangan sambil berpeluk tubuh.

Kusaksikan kemeriahannya di segenap ibu kota.

Semoga tiada apa-apa yang tak diingini berlaku.

Semoga semuanya baik-baik saja.

Semoga semuanya selamat.

Selamat.

A Happy 2009

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...